Monday, 30 March 2015

The Nothing Something 2

"Aunty you're going with us?" teruja Farhan atau nama manjanya, Aan menyoal aku. Aku mengangguk laju dan memberi senyuman kepada kanak kanak berumur 6 tahun itu. Dia ketawa kegelian apabila aku mula menggeletek lehernya seperti biasa apabila kami bertemu. Aan memang seorang yang manja tapi, tak semua orang boleh rapat dengan Aan. Aan jenis tidak cepat mesra. "kak Mel, Ad bawa Aan pergi beli something sekejap eh?" aku meminta izin kepada kak Mel aka mummy kepada si Aan ni. Kak Mel ni berdarah campuran arab dan jepun. Sebab itu muka anak anak dia dan abang Kif comel dan putih belaka. Kak Mel sekadar mengangguk.

   "Aunty su, wait for awhile. I want to wear my flannel," kemeja flannel yang di ikat di pinggang sedari tadi, di pakai. Coincidence, ada macam dinding berwarna hitam yang bersinar  membantu memantul reflection kami. Aku membetulkan tudung ataupun lebih tepat, selendang berwarna krim cerah itu dan melihat penampilan aku. Baju kot sejuk berkain sederhana tebal berwarna hijau lumut dan baju stripes lengan panjang didalam. Seluar slack warja hitam dan sepasang kasut but dari doctor martens. "Aan, how aunty looks like? I mean my outfit. Is it okay or I look ugly?" Aan buat buat seperti meneka. Jari penunjuknya sudah berada didagu. Memikir? Oh hoiii.. Lamanya!

"aunty, you look great in this coat and you're always beautiful and lovely."

memang dah namanya kumbang, kumbang juga lah kan? Kecil kecil lagi sudah pandai memuji. Esok besar? Oh no.... Dangerous! "Aan can you promise aunty a thing?" aku dah mencangkung di tepi Aan. "what is it?" "please dont be a playboy in future. Dont hurt girl's feeling. Treat them well as a lady and a woman. Be gentleman okay lil bub?" dia mengangguk. Faham ke tak, tu belakang kira. Sekarang semuanya,  now or never! Tak mahu lah anak buah aku jadi kasanova. Mintak simpang!!

         "Aan if you want to buy some snacks then buy, we can munch it later in plane. Because 13 hours is a hella long period" aku mencotcet apabila kami sampai di kedai menjual coklat itu. Aan hanya tergelak sambil tangannya ligat mengambil 'barang keperluan' kami. Actually seronok mempunyai anak buah macam Aan ni. Manja dan mengikut arahan. Cuma.... Tulah. Kena berspeaking aje dengan dia ni. Dah lama tak balik Malaysia. Correction, dari lahir tak pernah balik Malaysia selalu. Balik pun time raya aje.

Aku lah yang jenuh kena mengajar dia bahasa melayu. Kalau dia cakap sepatah perkataan pun sudah kira bertuah lah berbanding dulu, sepatah haram pun dia tak mahu sebut. Macam azab benar. Bila disuruh cakap 'sayang makcik su' disebutnya 'sayeng mekcik su' keras perut jugalah mengajar dia ni. Tak apalah, janji sudah ada improvement, itu sudah baik.

 Selepas membuat pembayaran kami terus ke tempat balai berlepas. "maksu dan anak buah sama je," kata papa. "borong sakan ya?" kata mama pula. Bertambah lebar lah sengihan aku.

Setelah usai menyalam mama dan papa, aku cepat cepat berdesup ke dalam boarding hall. Tak mahu rasa sedih.. Dan rindu. Mata mama semasa aku menyalam dia tadi pun aku tahu dia sedih. Mata mama menceritakan segalanya. Ad akan jaga diri ma. Itu janji Ad. Aku mengambil tempat duduk disebelah Aan dan... ZZzzZzz 13 hours to go..

The Nothing Something 1

"Done packing?"

Aku mengangguk lemah. Soalan dari abang tadi seolah olah hendak menghalau aku pergi. Tiket penerbangan yang sah sehingga esok itu, aku teliti sekali lagi. Nama aku. Tarikh esok. Bersedia? Belum. Sumpah aku tak rela nak kena further studies kat luar negara. Apa kurangnya pendidikan dalam negara? Mengapa perlu dibandingkan pelajaran di sini dan di luar sana? Bagi aku, sama saja kalau seseorang itu pandai. Ramai saja yang berjaya dalam Malaysia ni. Ah sebelum ini, aku dah ambil degree di MSU. Ok aje pendidikannya. Semua sama sahaja tetapi tidak bagi  papa. Bagi papa, pendidikan luar negara lebih menjamin masa hadapan.

                 Fatwanya.

Lepas sahaja aku mendapat degree, papa terus meng'sign in' kan aku di University Of Cambridge, UK. Nama uni memang gah tapi hati aku ni yang tak gagah. Nak pula result aku semua cantik, lagi lah papa suka. Aku memang gembira tapi berjauhan dengan mama dan papa? Itu satu perkara yang saaaangat tidak normal bagi aku.

"Hey, tak mahu lah sedih macam ni.." abang Kif atau nama sebenarnya Aakif Zaharul Harith, mencubit pipi ku. Aku menepis perlahan.
       
"Mana tak sedih? Ad tak pernah jauh dengan mama dan papa. Ad selalu jadi anak yang baik. Ehem.. add on, nakal. Nakal sikit je. But why they push me far away to London? Ad tak suka. Shah Alam pun okay what?"

Aku memuncung kan bibir. Merajuk. Sebal. Terletus ketawa abang Kif. Handsome. Kalau tak fikir abang, memang aku dah kahwin dah dengan abang Kif ni. Huhuhuhu. Gila kau Adreena! Pengsan mama nanti.

Abang memeluk bahuku. "Adreena sayang.. ramai lagi nak further study kat sana, dalam ramai ramai orang, princess abang juga yang dapat masuk. Please appreciate it will you? Sometimes, things only come once in your life. So, feel lucky and grab the chance lah. Lagipun master kan 3 tahun je. Ad boleh ambik angin sana pula. Bertukar angin, orang  kata hehehehe," eh gelak pula dia. Aku tengah sedih boleh lagi ceramah pasal angin la apa lah. "Ad tak sesuai lagi dengan keadaan di sana." oh sangat lah menipu! Tahun lepas aje sudah 2 kali aku pergi sana masa cuti sem. Shopping punya pasal!

"Adreena oh Adreena, boleh tak Ad jangan bagi alasan?" abang tahu aku menipu. Gagal.

"Lagipun, abang kan stay sana.." aku buat muka.  "Buat sementara waktu, nak sesuai kan diri Ad boleh tinggal di rumah abang. Tak payah pergi rumah papa pun tak apa. Penthouse abang di sana tu banyak lagi bilik. Duduk sana je lah ya?" aku buat muka statik. Tawaran abang menarik. Duduk rumah abang, main dengan farhan dan fahim, jimat duit.... Aku memang tak boleh lah dengan abang ni. Ada aja modal nak pujuk aku. Aku pula cepat termakan pujuk rayu. Tubuh tegap itu aku peluk erat.

Abang yang memahami. Yang dipercayai dan mempercayai.

"Thanks abang Kif.. sayangggg abang," abang mengusap lembut kepala aku. "Dah, jangan sedih sedih. Tidur now abang nak pergi tengok Aan dan Aim pula." Aku mengangguk perlahan. Mata aku memerhati sosok tubuh abang yang berlalu dari bilik beradu aku. Aku mengeluh. Apa lah nasib. Aku ni memang sengal! Orang lain berebut nak ke London aku aje kekwat pula. Peluang depan mata saja buat tak nampak? Adreena yang tidak bersyukur.

Beg besar itu aku zip. All packed. Aku redha je lah. Semoga Allah memberkati hidup aku dan hari hari yang mendatang. Amin. Bye Malaysia.. tanah airku.