"Aunty you're going with us?" teruja Farhan atau nama manjanya, Aan menyoal aku. Aku mengangguk laju dan memberi senyuman kepada kanak kanak berumur 6 tahun itu. Dia ketawa kegelian apabila aku mula menggeletek lehernya seperti biasa apabila kami bertemu. Aan memang seorang yang manja tapi, tak semua orang boleh rapat dengan Aan. Aan jenis tidak cepat mesra. "kak Mel, Ad bawa Aan pergi beli something sekejap eh?" aku meminta izin kepada kak Mel aka mummy kepada si Aan ni. Kak Mel ni berdarah campuran arab dan jepun. Sebab itu muka anak anak dia dan abang Kif comel dan putih belaka. Kak Mel sekadar mengangguk.
"Aunty su, wait for awhile. I want to wear my flannel," kemeja flannel yang di ikat di pinggang sedari tadi, di pakai. Coincidence, ada macam dinding berwarna hitam yang bersinar membantu memantul reflection kami. Aku membetulkan tudung ataupun lebih tepat, selendang berwarna krim cerah itu dan melihat penampilan aku. Baju kot sejuk berkain sederhana tebal berwarna hijau lumut dan baju stripes lengan panjang didalam. Seluar slack warja hitam dan sepasang kasut but dari doctor martens. "Aan, how aunty looks like? I mean my outfit. Is it okay or I look ugly?" Aan buat buat seperti meneka. Jari penunjuknya sudah berada didagu. Memikir? Oh hoiii.. Lamanya!
"aunty, you look great in this coat and you're always beautiful and lovely."
memang dah namanya kumbang, kumbang juga lah kan? Kecil kecil lagi sudah pandai memuji. Esok besar? Oh no.... Dangerous! "Aan can you promise aunty a thing?" aku dah mencangkung di tepi Aan. "what is it?" "please dont be a playboy in future. Dont hurt girl's feeling. Treat them well as a lady and a woman. Be gentleman okay lil bub?" dia mengangguk. Faham ke tak, tu belakang kira. Sekarang semuanya, now or never! Tak mahu lah anak buah aku jadi kasanova. Mintak simpang!!
"Aan if you want to buy some snacks then buy, we can munch it later in plane. Because 13 hours is a hella long period" aku mencotcet apabila kami sampai di kedai menjual coklat itu. Aan hanya tergelak sambil tangannya ligat mengambil 'barang keperluan' kami. Actually seronok mempunyai anak buah macam Aan ni. Manja dan mengikut arahan. Cuma.... Tulah. Kena berspeaking aje dengan dia ni. Dah lama tak balik Malaysia. Correction, dari lahir tak pernah balik Malaysia selalu. Balik pun time raya aje.
Aku lah yang jenuh kena mengajar dia bahasa melayu. Kalau dia cakap sepatah perkataan pun sudah kira bertuah lah berbanding dulu, sepatah haram pun dia tak mahu sebut. Macam azab benar. Bila disuruh cakap 'sayang makcik su' disebutnya 'sayeng mekcik su' keras perut jugalah mengajar dia ni. Tak apalah, janji sudah ada improvement, itu sudah baik.
Selepas membuat pembayaran kami terus ke tempat balai berlepas. "maksu dan anak buah sama je," kata papa. "borong sakan ya?" kata mama pula. Bertambah lebar lah sengihan aku.
Setelah usai menyalam mama dan papa, aku cepat cepat berdesup ke dalam boarding hall. Tak mahu rasa sedih.. Dan rindu. Mata mama semasa aku menyalam dia tadi pun aku tahu dia sedih. Mata mama menceritakan segalanya. Ad akan jaga diri ma. Itu janji Ad. Aku mengambil tempat duduk disebelah Aan dan... ZZzzZzz 13 hours to go..
No comments:
Post a Comment