"awak menghidup kan perasaan saya yang mati..." suara itu berbisik lagi. Apa maksudnya? Bingung.....
Tiba tiba, kepalaku terasa dibenamkan kedalam air. Pedih mata tahap petala dan masin mulut aku dimasuki air laut. Aku bergelut seorang diri. Bertarung nyawa. Siapa yang berada di belakang aku? Tercungap-cungap aku mencari nafas. Senak penafasan. Terasa lemah tak berdaya lagi untuk melawan. Sakit tekak aku menjerit. Pasrah. Gelap.
"Hey.. Hey... Bangun.." suara lagi? Aku celikkan mata. Muka ku berpeluh. Aku dimana ni? Aku pandang sebelah. Aan masih lena dibuai mimpi. Aku di dalam kapal terbang. Apa teruk sangat mimpi aku tu? Jauh betul terlajaknya. Pantai? Kapal terbang? Uikss... "awak okey?" tegur seorang lelaki di tepi Aan. Sejak bila ada dia ni? Kening di sebelah kanan aku jingkitkan.
Mungkin last minute baru masuk.
Aku teragak agak mengangguk. "awak mimpi tadi.. meracau teruk. Saya tak sampai hati nak kejut kan awak.." dia terus memberi 'maklumat' tanpa dipinta. Oh nooo.... malu betul.
"tapi badan awak dah berpeluh, awak menjerit, seolah olah awak tenggelam dalam dunia mimpi awak sendiri.."
aku dah malu tahap gaban dah ni. Mesti tak molek betul cara aku tidur tadi!
"dan.. awak mengacau semua orang sebenarnya." Bang! Bang! Bang!
Oh hoiiiii... Harap muka aje handsome tapi tak sopan betul menegur perempuan melayu yang tertidur dan TERmengigau di dalam kapal terbang seperti aku ni. Sobs! Aku mengigau aje bukan meracau dengan rela hati. Tutup mulut aje lah, malas + malu nak menjawab. Aku mengerling lelaki yang bersweater berwarna maroon itu. Ohh...dia lelap balik. Selamat! Senak perut dengan kata-kata dari bibir merah non smoking itu. Mungkin aku kacau dia tidur kut, tu yang kejut kan aku tu. Tak sampai hati konon.. sembang lebih! Cakap je lah straight foward yang aku ni mengacau dia tidur. Tak perlu lah nak cakap aku menjerit teruk ke apa. Buat malu aku je.
Tapi.. Mimpi tadi.. Sangat pelik. "awak mendamaikan saya?" perlahan bibir aku menutur tiga perkataan yang membingung kan kotak fikiran aku. Apa maksud mimpi itu? ayat itu.. Aku tersentak. Fikiran aku mula teringat kan seseorang. Wajah itu mula menerjah kotak fikiran.
..... Hazim?
Hati aku berair semula. Hidung terasa pedih. Kepala aku pening. Celaru. Mata berair tanpa sedar. Dalam diam aku menyeka air mata yang menitis. Adakah mimpi itu petanda?
Kalau lah masa boleh berputar semula....
Hazim,
Saya rindu kan awak.
Aku terlena tanpa sedar.
So,the story line really good and I can imagine how cute Aan is. And 'Hazim' ?!!!! I cant believe it. Cant wait for the next chapter :) x
ReplyDelete