Saturday, 11 April 2015

The Nothing Something 13

"awal bangun hari ni Ad?" kak Mel menegur aku. aku hanya tersenyum. Aik, salah ke? Karang kena cop anak dara pemalas macam mana? "senyum aje dari tadi.... Ada apa apa ke? Tell me princess." kali ni abang pula mengacau konsentrasi aku menyapu nutella ke roti untuk Aan. Kak Mel yang menuang kopi untuk suaminya itu tergelak dan mengangguk perlahan. "mana ada apa apa lah.." aku menggigit roti sambil tanganku ligat bermain dengan Aim di baby chair. Aim hanya ketawa. Tangannya memegang sudu yang mencedok bubur ayam. Nasib baik tak kena aunty su.. Kalau kena, aunty geletek Aim sampai pengsan!

"happy kot Ilman datang semalam.." kata kak Mel menambah perencah.

"Abang rasa, he's better than Ha-"  kak Mel menepuk bahu abang Kif. Kata kata abang Kif terbantut.  Aku faham. Pedih hidung menahan perasaan. Aku buat buat tergelak dengan Aan.

"Adreena.."

"yes?" aku mengalih kan pandangan kepada abang.

"im sorry.." aku tersenyum kelat.

"Ad tak kisah la.." aku terkejut apabila terdengar ada bunyi hon dari luar rumah. Ni mesti Ilman. Aku mencapai tudung segera dan menyarungkannya ke atas kepala.

"Assalamualaikum.. Dah siap?" aku menggeleng. "Waalaikumussalam. Not yet. Saya tak iron tudung lagi. Pergi la borak dengan abang. Dia ada kat dapur."  aku terus melangkah ke bilik. Nak pakai apa hari ni? Almari aku buka. Banyak baju.. Tapi dilemma nak pakai yang mana satu. Typical perempuan! Akhirnya, baju lengan panjang berwarna putih aku padankan dengan kot labuh berwarna peach dan seluar slack berwarna hitam aku sarungkan. Kasut? Aku hanya memakai sneaker.
Tudung pula, wideshawl berwarna cream aku lilit di kepala. Aku tersenyum sendiri melihat penampilan aku. Ok lah ni. Aku turun ke bawah.

"okay jom."

"Addreena.." Ilman kenapa? Oh oh!

"bye abang, Kak Mel and my little bubs.. Assalamualaikum!" usai salam menyalam kami gerak ke kampus. 

Di dalam kereta, sunyi sepi menemani kami berdua. Yang bunyi hanya deruman tayar kereta aje. Mana mungkin aku boleh bercakap kalau aku rasa malu tak terampun sekarang ni? Aku curi curi tengok Ilman. Masih segak. Cuma hari ni dia hanya mengenakan sweater maroon dan seluar jean. Sweater...... The first time we met! Rindu rambut poyo dia yang panjang tu. Mata aku hala ke tepi tingkap. Aku tergelak kecil. Lucu + menyampah dengan perangai 'tah hape hape' dia mula mula dulu. Kalau dulu kata kata dia asyik sinis memperli aje, sekarang dah okey. Cuma suka menyakat aku. Hobi kut.

"dah puas analysis saya?" tahu tahu aje Ilman ni..

"eh.. mana ada saya analysis awak. Jangan perasan okey?"

"ingat saya tak tahu ke orang tu curi curi tengok saya?" dia menoleh seketika ke arah aku. Senyum senget.

"orang mana?? meh saya cucuk mata dia tu!" kami tergelak.

"orang kat sebelah saya ni lah. Bila tanya suka saya ke tak, terus off handphone mesti blushing je." kali ini Ilman gelak seorang kerana berjaya mendiam kan aku. Pipi aku panas.

"saya baru cakap, dah senyap balik."

"dah dah, jangan cakap. Focus on the road." aku dah malu gila ni! Mana nak sorok muka merah merah macam ni? Dalam ketiak Ilman boleh? Aduh Adreena! Aku ketuk kepala aku.

"dah, jangan nak ketuk kepala sangat. Kita dah sampai." Ilman memberhentikan kereta.

"dah sampai?"

"yela.. Cepat lah keluar nak saya angkat awak dulu baru nak keluar ke?" keningnye terangkat. pervert 69 sudah mari! Aku menggeleng kepala laju. Cepat cepat aku keluar dari kereta. Kami jalan beriringan. Tiba tiba ada seorang perempuan berpakaian serupa minah salih celup datang ke arah kami. Rambut karatnya dipintal pintal. "Sayang!" oh gediknya suara! Sayang? Sayang tengkorak kau! Tangan kirinya pula memaut lengan Ilman. Ilman menepis. Hiks.. Tak malu ke pegang pegang Ilman. Erm rasanya dia ni Arisa. Pelajar pandai yang ditanggung kerajaan Malaysia. Dulu baju kurung jadi peneman, sekarang skirt sendat dan baju berlengan pendek? Oh hoi.. Tak sejuk ke? Lupa daratan betul minah ni. Kesian keluarga kat kampung tu! "apa ni Arisa tak malu ke pegang pegang saya?" hatiku bersorak riang!

"i just nak ajak you pergi dinner together je. Are you free tonight?"

"no, he's not free tonight. Malam ni we both nak pergi dinner. Kan sayang?" Suara aku lembutkan. Ilman kelihatan tersentak kemudiannya tersenyum, mengangguk. Arisa merengus geram memandang aku. "hey, aku tak bercakap dengan kau okey? Aku tengah bercakap dengan Ilman. So please don't bother?" hilang terus perangai malu malunya dulu. kalau dulu hanya pandai, saya awak, sekarang.... aku pun pening. "but Ilman is my fiancee so back off or you will get something." suara aku sinis kan dan meninggalkan Ilman bersama Arisa. Ilman mengejar dan berjalan sebelah aku.

"rasa nak tabik dekat awak," aku tergelak.

"saya tak suka tengok dia pegang pegang awak." dia ketawa.

"why?"

"geli."

"ke jealous?"

"no time."

"thank you fiancee, jumpa lepas class okay? Assalamualaikum."

Aku mengangguk. "Waalaikumussalam, bye!!"

fiancee? Aku tersenyum sendiri. Langkah aku tuju ke kelas.

Ahhhhhh... Boring nya kelas harini. Hani dan Melin tak datang. Berpakat ke apa? Aku menongkat dagu.

Bing! Whatsapp masuk. Aku tersenyum.

Ilman: bored?

Me: very much.

Ilman: talk to me then.

Me: plus plus plus bored :\

Ilman: k.

Oh merajuk?

Me: okay.

Ilman: /secretly sobbing under desk/

Aku tergelak. Apa lah Ilman ni. Buat lawak pula.

"Miss Adree, are you still in our discussion?"  tanya prof. Harrold. Aku dah terlongo.  Mata aku pejam seketika. Malu.

"i..im sorry prof."

"take your seat back and concentration in class is important..." apa dia membebel lepas tu aku dah tak dengar.

Ilman: ha tidur dalam kelas!

Me: saya tak tidur lah Ilman.. Saya kena marah dengan prof. Harrold.

Ilman: hahaha! Padan muka :P

Me: /secretly crying under desk/

Ilman: jangan tiru ayat saya.. kalau awak nangis, saya lapkan ok?

Me: no way! Pervert 69!

Ilman: lapkan air mata count as pervert 69 juga ke? ye lah.. Saya reda.

Me: stop making me laugh!

Ilman: then stop laughing first

Me: after class, saya nak bagitau awak something.

Ilman: I will wait for it.

"Miss Adree!!!!!" suara prof Harrold memetir lagi. Oh malunya!

No comments:

Post a Comment