Saturday, 30 May 2015

Love In Rain 9

"Assalamualaikum, Waf kau kat mana ni?" soal Miza di hujung talian. Petang baru nak cari aku.. Apa punya kawan lah. Nasib lah sayang.

"Waalaikumussalam. aku kat kampus lagi,"

"tak balik lagi?!" suara Miza meninggi. Risau agaknya. aku melihat jam di tangan. Jam menginjak ke pukul 6:30 petang. Gigit bibir, fikirkan alasan!

"err aku pergi dinner.."

"hah?! Kau pergi dinner? Dengan siapa? Alaaa.. Aku baru nak buat mac and cheese malam ni. Tak apalah Waf, aku makan dengan Jannah dulu kali ni.." tawa Miza jelas kedengaran di corong talian. Aku mencebik. "alah.... Rugi la aku pergi dinner hari ni!" aku menghentak kaki tanda menyesal + rugi sebab berjanji dengan Jimmy nak bawa dia pergi makan. Tanda maaf ya Wafeen? Sekali lagi Miza menghamburkan ilai tawanya.

"its okay my friend.. Kita masih ada esok. Ermmm... Kau dine dengan siapa?"

"dengan err..-"

"Wafeen! Jom pergi makan cepat saya lapaaaaar ni! Oh sorry awak tengah cakap dalam telefon ke, cakap dengan siapa tu?" aku mengarahkan Jimmy untuk senyap dengan meletakkan jari dibibir. Oh mampus dan kantoi lah kalau Miza dengar!

"wah!!! Keluar date dengan Jimmy ya? Untung kau Wafeen! Pergi lah dinner aku tak mahu kacau, pasal mac and cheese tu.. Esok kita buat?"

"ha? ye lah.. Bye Miza, Assalamualaikum!" aku menamatkan talian seraya memandang Jimmy yang berpeluk tubuh di bawah pokok itu. Pandangan matanya menikam tepat anak mata aku. Relaks tapi masih sejuk.

"awak ni memang suka datang macam magic ke? Tiba tiba je boleh ada kat belakang saya." aku menjongket kan kening gaya ala-ala polis penyiasat CSI gitu.

"as you said, magic." dia tersengih.

"not funny, Jimmy."

aku berjalan terus meninggalkan Jimmy. Dia jalan menyaingi aku.

"then make it funny,"

"how?"

"believe or not, I will always be there whenever you're thinking about me. On time." dia senyum herot.

Aku terkedu. Ada benar nya juga kata Jimmy. Tapi mengarut! Bukan dia ada kuasa nak tilik fikiran dan hati aku.

"Mr. Azim, we call that as coincidence.."

"and faith." dia menyambung pula.

Aku memandang Jimmy dari tepi. Dia masih memandang jalan. Aku terkesan dengan kata kata Jimmy. Faith? Takdir? Atau kebetulan sahaja? Hesy... Sudah tentu lah secara kebetulan. Takdir? Ridiculous! Tiba tiba dia pandang aku. Caught red handed, Wafeen is staring at him! Jimmy mengemam senyuman dan pandang ke depan semula.

"kenapa? Tak percaya?" soalnya dengan suara yang tenang. Suara yang mendebarkan hati aku.

"apa yang tak percayanya? Eh kita nak pergi mana ni? Kenapa kita jalan?" aku menukar topik selaju jet zero fighter. Tak mahu lebih mendalamkan topik takdir yang aku rasa awkward ni. Jimmy bagaikan baru tersedar, melepaskan tawa kecil dan menarik lembut pony tail aku. "sebab awak lah ni kita jalan sampai sini. Dah lah, saya park kereta saya kat depan tu, jom naik kereta saya."  aku memuncungkan bibir.

"kenapa awak suka tarik rambut saya Jimmy?"

"suka-suka" aku ternganga. Suka suka? Suka hati mak nenek dia je!

"meh saya cubit awak." aku mencubit bahu kanannya perlahan. Jimmy mengaduh.

"kenapa awak cubit saya?!" tempik Jimmy dalam tawa. Lucu sangat agaknya kena cubit.

"suka-suka." aku balas balik sambil buat muka eksyen gaya beyonce.

"sweet revenge of Wafeen Amani. As sweet as waffle's syrup. Saya suka."  dia mengenyit mata. Aku pula terus mengalihkan pandangan mata ke tempat lain. Jantung aku laju mengepam, selaju menaiki roller coster.

"Jimmy lambat lagi ke nak jumpa kereta awak? Saya penat ni berjalan. Kenapa awak park kereta awak jauh sangat?" aku mengeluh. Jimmy ketawa sambil mengirai rambut aku perlahan. "habis lah rambut saya Jimmy!" aku berhenti berjalan. Dia pun sama. Dia memandang mata aku dengan satu pandang yang aku kurang mengerti...

"you can't stop me from doing that, silly girl." seraya itu, dia mencubit hidung aku dan terus berjalan ke arah kereta nya. "Jimmy.. Awak teruk." dia ketawa lagi, lagi dan lagi. Aku tak faham Jimmy. Dia macam ada dua personaliti. Jimmy yang tenang dan Jimmy yang suka ketawa. "hey, apa yang awak berangan tu Wafeen? Cepat lah, saya lapar ni!" aku menjeling Jimmy yang sudah jauh kehadapan dan berjalan ke arahnya. Apabila aku menyaingi Jimmy, dia rapatkan wajahnya kemuka aku dan,

"kalau awak rasa rugi sebab keluar dengan saya, saya sebaliknya."

dia membuka pintu kereta dan berdesup kedalamnya meninggalkan aku keseorangan di luar mengeras dengan muka yang membahang kerana malu.

Jimmy dengar?

Urghhh!

Wednesday, 27 May 2015

Love In Rain 8

"takpe lah, boleh kahwin free."

"err awak ni dah ngantuk sangat ni Jimmy. Pergi tidur lah." dia mengangkat kening kirinya.

"mata saya masih segar lah."

"tapi saya dah mengantuk.. Saya tidur dulu okey?"

"senyum jap." huh? aku kerut dahi. "apa?" dia buat muka bosan level langit ketujuh. "smile.. Senyum.. Smile dalam bahasa inggerisnya." dia jelaskan maksud senyum siap buat demonstrasi lagi! Aku faham lah senyum... Tapi..

"for what?"

"just for a second."

"ehh.. Mm okay," aku senyum dengan separuh rela hati. Ada ke suruh orang senyum senyum pula.

"ok thanks."

"err kenapa awak suruh saya senyum?"

"saje." boleh pulak? Aku peluk selimut dengan kemas.

"bagitahu la saya Jim-"

"goodnight." dia terus off facetime. Aku pula yang makan hati. Apahal nak suruh aku senyum pula tiba tiba? Pening la aku dengan mamat sorang ni. Alih-alih, aku pula yang tertidur sendiri. Penat!

* * * *

"Wafeen, have you done with your thesis?" soal Encik Hadri yang berdiri didepan aku. Alamak... Nak jawab apa ni? Tu lah semalam berface time tak teringat thesis semua!

"mhmm.. sir,"

"ya?"

"in progress lah sir, once it done, i'll tell you." jelasku sambil tersenyum.
Muka sir tenang je. Harap harap mood dia baik lah hari ni ya..

Encik Hadri ketawa kecil seraya menganggukkan kepalanya. "okay lah Wafeen, I give you a chance to make it complete before sem break.. alright?" mata aku bersinar. Ni bukan baik, ni lebih dari baik!

"thank you sir, I will try to complete it as soon as it possible before sem break."

"okay,"

aku tunduk hormat dan terus berlalu dari situ. Apalah pergi toilet pun terserempak dengan Encik Hadri. Haihh.. lapar lah pulak. Aku pandang jam di tangan. Baru nak dekat pukul 9, kelas mula pukul 10. Aku terus bergerak ke café. Aku pesan milo ais dan kuey teow goreng. Aku ambil tempat yang tersorok sikit. Senang, tak ada siapa nak kacau. Baru dua suap makan, tiba tiba ada suara riuh dari arah luar memasuki café. Oh damn it! Jimmy dan kawan-kawannya memasuki café tanpa menyedari aku kat sini. Ok bagus tapi kenapa mesti jumpa dia pagi-pagi ni?! Okay.. don't get it cocky, memang dia tak kacau aku secara fizikal  tapi secara mentalnya memang mengacau betul. Aku tunduk kebawah mengunyah kuey teow. Makan menunduk memang menyeksa betul lah.. Sakit tengkuk aku. Mana Miza dengan Jannah ni? Hari ni pagi pagi lagi dua minah tu dah ghaib. Kejut aku pun tak.. Sobs..

"weh nak duduk mana ni?"

"sini je lah."  lepas tu, aku dengar ada orang menarik kerusi belakang aku. Ya Allah.. Kenapa lah mereka mereka ni duduk kat sini? Aku pejam mata, berdoa agar Jimmy tidak menegur aku.

"hi, makan sorang je?" namun, doa yang baru aku minta tadi tidak dikabulkan. Dia memusingkan badannya, meletakkan kedua dua belah tangan di atas kepala kerusi sambil memangku kepalanya. Gaya bad boy gitu.

"no lah, saya makan dengan roommate saya ni, awak tak boleh nampak dia ke?" aku buat muka terkejut. Jimmy ketawa kecil sambil sebelah tangannya membetulkan bingkai mata yang terlorot di hidung.
"weh Jim, kau nak makan ke, nak ngorat awek?" tegur seorang lelaki dan tak silap aku...  tu ashraf rasanya. Same batch and salah satu student yang famous sebab ramai juniors minta couple. How sad perempuan zaman sekarang yaa.. "tu la Jim. Makan doh." kata Arfan, kawan Jimmy.

"bising ah korang ni." kata Jimmy. Kepalanya masih senget, setia memandang aku. Aku pula yang tak selesa nak makan. Nak toleh depan tengok kuey teow pun susah.

"Wafeen, jom la join we all makan sekali." pelawa seorang lelaki yang memang aku kenal. Kenal sangat. Danial. Jimmy kawan dengan Danial? Senior paling hot tu... Aku tersenyum kekok. Aku nampak Jimmy pandang aku dengan pandangan paling sejuk. Eh kenapa? "err boleh ke?" melihat aku yang macam orang tak betul, Ashraf dan Arfan ketawa. Danial tersengih lebar. "mesti la boleh. Jom join kitorang. Meh sit sebelah saya." pelawa Danial. Tiba tiba Jimmy bangun dan mengalihkan pinggan dan cawan aku di sebelah makanan dia. "awak duduk sini je. Nak makan makan cepat." kata Jimmy dengan suara mendatar. Aku perasan Ashraf dan Arfan sedang mengemam senyuman. "no more Mia?" tanya  Danial tiba tiba. "shut up la weh." balas Jimmy pula. Mia? Haihh dua orang ni gaduh pasal awek ke? Untung lah si Mia tu.. Ketawa Arfan terhambur secara spontannya. Terkejut I noks! Biul ke apa gelak tiba tiba ni? "wey kau ni dah kenapa?" soal Jimmy dengan ekspresi geram. "takde apa cuma rasa lawak je.." aku ketawa kecil. Lawak juga Arfan ni. "Wafeen kan?" tanya Ashraf. Aku mengangguk, malu malu sikit. "bila kenal si Jimmy ni?" tanya Ashraf sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Bibirnya gelap sedikit. Smoking? Huuu.. So not my type. "a few weeks ago juga lah." serentak tiga lelaki di hadapan aku dan Jimmy mengangguk. Aku menyedut air milo sampai habis. One shot katako!

"emmm, saya pergi dulu. Bye."

"laa.. Awalnya." keluh Danial. Aku ketawa kecil. Eh sebelum ni tak pernah tegur pun? Buat macam lama kenal pulak si Danial ni..

"saya ada class pukul 10 ni."

"baru 9 setengah, lepak lah dulu." rayu Arfan. Aku menggeleng.

"sorry ya? Maybe next time."

"okay lah, bye Wafeen. Nanti bagi number phone ya?" dia mengenyit mata nakal.

Aku pura pura ketawa dan terus tarik diri dari situ. Rasa angin atmosfera kecanggungan tu merata-rata tempat kat situ. Sebaik sahaja aku keluar, aku terus menarik nafas lega.

"suka nampak kawan dengan kawan-kawan saya? Ada hati ke?"  aku tertutup mata secara automatik dan spontannya sebaik sahaja terdengar suara Jimmy dari arah belakang.

"hey hey kenapa tutup mata ni?" aku celikkan sebelah mata. Jimmy sedang memerhatikan aku. Wajah nya risau? He worries about me? Aku celikkan dua dua belah mata. "sebab awak lah. Terkejut saya! Tiba tiba je ada kat belakang saya." dia tersengih.

"awak buat saya macam tak wujud je kat dalam tu." dia memeluk tubuh berjalan sebelah aku.

"awak tak bercakap pun?" aku bidas balik.

"nak cakap apa? Awak tu main mata dengan Danial, ingat saya tak tahu?" aku terus menoleh ke arah Jimmy. Aku mencekak pinggang. Menahan geram yang dah naik satu oktaf.

"awak jangan tuduh sesuka hati ya? Saya bukan orang yang macam tu tau. Kalau awak tak ada kat situ tadi, saya takkan duduk dengan kawan kawan awak tu.." aku baru tersedar aku terlepas cakap. Wafeen!!!!! Kalau dah kalut mula lah semua serba tak kena. Jalan pun hampir nak tersandung. Jimmy jalan memotong aku. Tangan dalam poket. Dia berjalan secara terbalik. Arah yang sama, cuma badan menghadap aku.

"habis tu sebab saya la?" Jimmy dah mula perah santan...

"hikss... Sebab awak tu saya kenal.. Yang lain, saya baru kenal."

coverline! Itu memang penting. Takkan aku nak beritahu Jimmy semua perkara sebenar yang aku suka dia? Oh no, no.. Its too early to start a new brand relationship. Baik lah berkawan. Lebih baik. 

"whatever." kata Jimmy.

Baru nak tengok jam, kaki aku tersandung dekat longkang kecil pula. Berdebub! Jatuh juga. Aku pejam mata. "ouch..!!" rasanya, aku tak cakap ouch pun. Eh suara aku transform jadi suara lelaki ke?.. peliknya aku tak rasa sakit sangat pun. Aku celikkan mata dan aku sedang berada di atas... Jimmy? Oh my God!!!!! Aku mengigau ke apa ni? Someone please kejutkan aku bangun!! Malu nya! Aku terus menolak tubuh Jimmy dan segera bangun menolong Jimmy. Muka Jimmy berkerut seribu. Mesti sakit sangatkan.... Kena himpap dengan raksasa 45 kg? Aku memandang Jimmy cemas. Tak bercakap lah pula si Jimmy ni. okey ke tak? Aku menggigit bibir lembut. Rasa gusar menghimpit hati. Kalau aku tak tengok jam tadi, mesti aku tak tersandung dan mesti... Jimmy tak selamat kan aku buat kali kedua!

"Jimmy.. Awak okey tak ni? Sorry lah saya tahu kalau saya tak tengok jam mesti saya tak jatuh dan mesti saya tak TERhimpap awak.." aku tekankan perkataan ter itu bagi dia tahu, aku tak sengaja!

"sakit lah orang tu landing baik punya atas saya. Badan kecik, tapi berat betul!" aku menepuk belakang Jimmy. "hey pasal berat orang perempuan jangan cakap ya? Sensitif tau!" dia ketawa kecil sambil mengaduh. "sakit lah silly girl, awak pukul dekat belakang saya, mesti lebam ni.." dia buat muka sedih pula. Aku naik cemas lagi sekali! "jom kita pergi klinik nak?"

"taknak lah, tak apa. Sikit je. Esok lusa baik lah." aku mengangguk. Kalau dah begitu....

"balik nanti saya belanja awak dinner sebagai tanda maaf saya? Deal?"

"awak bayar for it?"

"not too expensive please, im not a rich bitch. Saya biasa je" dia ketawa sambil menunjal kepala aku.

"silly Wafeen. Ada saya cakap nak makan somethings expensive?" dia menjongketkan keningnya. Aku menggeleng perlahan.

"err tak ada.. Tapi manalah tahu! Awak tu orang kaya berada."  dia menyekeh kepala aku pula.

"sekali lagi awak cakap macam tu, saya cemarkan first kiss awak." aku terus terdiam. Malu 44 hasta... Mengapa bibir gue juga mahu dijadikan mangsa mu? Jimmy  membetulkan rambutnya. Dia berhenti seketika.

"so deal are made kan?" aku angguk tapi mata aku tak pandang dia. Malu masih berbekas di jiwa ni. Bila nak vanish pun tak tahu lah.

"see you later then, you are naekoya."
Tempoyak?

"pardon?"

dia ketawa meninggalkan aku seorang diri terpinga-pinga. Tempoyak? Dengar macam  bahasa... Korea. Nanti lah aku tanya apa maksudnya dekat si Jannah. Maybe dia tahu. Dari terus berangan di situ, aku terus bergegas ke kelas.

'kalau lambat siap kamu semua!' masih segar lagi suara Prof. Halina di gegendang telinga. Prof. Halina. Seorang professor yang tegas dan garang macam singa. You mess up with her, she will destroy your entire life. Uhhh scary!

Monday, 25 May 2015

Love In Rain 7

"weh Waf! korang pergi mana tadi hah?" tanya Jannah sebaik sahaja aku mengunci pintu. Aku mengurut dada kerana terperanjat diserang tiba tiba.

"haaaa pergi dating eh? Huahuahua! Aku dah cakap, Jimmy memang syok kat kau lah, Waf!" mereka ketawa besar mengenakan aku. Ni lah aku tak suka ni! Aku berjalan ke sofa. Haiiii tak tidur lagi dua orang ni. Oh lupa.. Malam ni ada drama korea patut la minah minah ni berjaga. Aku memintal bucu bantal.

"we all pergi makan je."

"woaahh!! Kau pakai macam ni je beb pergi dinner?" tanya Miza tak percaya. Aku angguk.

"wahh biar benar beb? kau pergi dinner kat mana?" apa lah Miza ni tak henti-henti bercakap tak penat agaknya. Aku garu dahi. "benar lah tu kau ada nampak ke dia change balik tadi?" kata Jannah memihak kepada aku.

"oh.. Eh kau pergi makan kat mana?"

"Coffee Bean."

"WHAT!!? You wore your pyjama to Coffee Bean?! HAHAHAHAHA" terhambur ilai tawa dua perempuan itu. kali ini Jannah pun terikut ketawa sekali. Sengal punya kawan! Aku muncung sedepa. "hesy.. Teruk sangat ke aku pakai baju tidur ni?" Jannah menahan tawa. Miza pula sedang menenangkan diri dari terus ketawa macam pontianak. Dikipas mukanya dengan tangan."Tak, tak cuma pelik je. Si Jimmy tak cakap apa apa ke kau pakai pyjama ni?" tanya Jannah separa serius. Aku memintal-mintal bucu bantal.

'Awak nampak cute dan kemas dah macam ni'

Aku geleng kepala. Takkan nak bagitahu yang ni kot? Tak perlu! Nanti diorang mesti gelakkan aku. Huh.. No..No..

"apa yang kau gelengkan tu?"

"ah, uh.. Takde apa lah. Jimmy tak kata apa pun. Dia okey je aku pakai macam ni." Miza buat senyum penuh makna untuk kesekian kalinya lagi. Mula lah tu!

"haa Miza, please don't make your own speculation ya?"

"kau ni macam tahu tahu je.."

"aku dah kenal sangat dengan Sharifah Almiza ni. Dah lah aku nak naik atas. Nak tidur!" Jannah mencebik.

"nak elak dari kitorang lah tu!" pipi aku merona merah. "weh no lah.. Aku just ngantuk. Korang tak nak tidur lagi ke?" aku pura pura menguap. Kaki dah mendaki anak tangga yang pertama. Bukan ngantuk sangat pun cuma malas nak layan. Malas ke malu? Erghh.

"nanti kitorang tidur lah. Hey, kau punya iPhone ni tak nak ke? Dah macam macam bunyi masuk. Agaknya berjuta lah kot mesejnya." mata aku terbeliak segar. Eh telefon aku! Aku pantas berlari semula ke ruang tamu dan mendapatkan iPhone kesayangan aku. "thanks Miza, muah ciked!" Miza ketawa kegelian. Jannah pula tak ambil pusing. Yang dia tahu, dia nak fokus kat drama Korea tu aje. Apa yang handsomenya pun aku tak tahu lah. Aku terus mendaki anak anak tanga dan masuk ke bilik. Aku pergi ke bilik air untuk membasuh muka dan memakai facial mask. Waahh sejuk dan lega sikit! Aku baring goyang kaki pula di atas katil. Tiba tiba rasa mengantuk hilang melayang lepas membasuh muka. Ajaib bin benar!

Bing! Pesanan whatsapp masuk. Hati aku tak senada denyutan dia. Apa mamat ni nak lagi? Tak reti nak tidur juga ke? Haiyoo. Aku tekan mesej dari Jimmy itu.

Jimmy: woi

Woi? Hui nasty bahasa!

Me: hm?

Jimmy: buka face time kejap.

Me: tak nak. Saya nak tidur.

Huh gila apa Jimmy ni pukul 11:30 malam ajak berface time.

Jimmy: open. It. Now.

Me: awak ni memang suka mengarah orang ke?

Typing.....

Jimmy: nope. Only to you though.

Speechless sepuluh saat.

Me: kenapa saya pulak?

Jimmy: sebab awak lembab.

Perasaan bunga bunga tadi dah hancur macam kena pijak dengan lori ayam. Okey, aku tinggalkan bluetick aje kat dia. Ada ke patut cakap aku lembab? Si lembab ni jugak lah yang teman kau pergi makan tadi. Kacang memang lupakan kulit! Tiba tiba nada dering iPhone aku berbunyi.

"Wafeen, sorry okay? Saya gurau tadi."

"kasar betul gurauan awak Jimmy"

"huh, macam awak tak kenal saya.."

"memang tak kenal pun." selamba aku menjawab. Aku ketawa dalam hati mesti dia geram. Ya mesti punya! Sebab dia berdiam lama.

"buka lah facetime!"

"kalau saya tak nak?"

"saya hantar satu kampus gambar awak pakai pyjama, nak?" mulut aku ternganga luas.

"g..gambar saya? Huh awak tipu, awak sengaja je kan nak blackmail saya?"

"terserah nak percaya atau tak."

"hantar gambar tu dekat saya.."

"okey."

Talian tamat.

Me: mana gambar?

Jimmy: tengah send lah

Jimmy: image

Jimmy: image

Jimmy menghantar dua gambar aku di Coffee Bean tadi. Gambar situasi pertama, aku sedang menghirup kopi. gambar yang kedua, aku sedang tersenyum dengan budak budak sekolah tadi. Memang tak dinafikan, gambar kandid aku ni memang comel tapi malu lah kalau satu U tengok. Dengan pyjama dan rambut kusut masai. Aku merengus geram. Aku tekan facetime dan nama Jimmy.

"Woi! Take off that mask dulu boleh tak? Seram tau saya tengok!" eh aku sendiri pun lupa face mask masih di muka tapi bagus la tu dapat takutkan Jimmy. Ingat berani sangat. Tu la ajak bervideo cam pula malam malam macam ni. Jimmy sedang berbaring dan tidak memakai kaca mata..

not bad.

"dah. Hey kenapa awak tangkap gambar saya senyap senyap?" dia buat muka cool lagi.

"sebab comel?" erk.. Tercekik air liur!

"banyak lah awak punya come. Erghh. Awak nak apa sebenarnya?" aku menutur geram.

"teman saya tidur kejap."

"kalau kena tangkap dengan jabatan Agama macam mana?" alamak soalan bodoh!

"tak apa lah, boleh kahwin free."

Erk?

Tuesday, 19 May 2015

The Nothing Something 23

"happy birthday, sayang."

Okey.. Boleh tak aku nak pengsan je terus kat sini? Aku rasa lah kan kalau lama-lama aku dengan Ilman, boleh mati sebab banyak sangat kejutan. Sangat terkejut sampai aku tak boleh nak luahkan apa-apa. Aku mengerlipkan mata memandang Ilman yang sedang tersengih lebar.

"saya tengah mimpi ke sekarang Ilman?"

"mesti lah tak. Kenapa awak terkejut sangat dengan suprise saya? Ohhh saya tahu.. Awak mesti tengah terharu kan dalam hati? Mesti dalam hati awak cakap, 'Ilman kahwinlah dengan saya sebab awak ni sweetlah..'" dia ketawa sendiri. Hah? Makan masa 6 saat jugalah untuk aku cerna kata kata Ilman. "Kahwin dengan awak?"

"slow!!"

"eeee tak mahu saya kahwin dengan orang kuat perasan level 69 macam awak ni!"

"eleh.. Awak terharu kan sebenarnya?" aku cuba mengekalkan muka selamba aku tapi gagal sebab Ilman!

"sikit lah.."

"haa.. Terharu kan?"

"hey saya cakap sikit je lah!" aku memeluk tubuh dan Ilman? Terus-terusan ketawa.

"awak patut tengok tau muka awak sendiri masa saya wish tu. Pipi awak merah macam buah epal lepastu riaksi awak macam tengah berkhayal.. Haish Adreena, Adreena,"

"awak ni cakap banyak lah Ilman, hadiah untuk saya tak ada ke?" aku cuba menutup malu dan cepat cepat menyekat percakapan Ilman dari terus melalut. Ilman buat gaya sedang menfikirkan sesuatu. "wait a minute," dia berlari keluar rumah. Kemudian dia datang semula dengan sebuah kotak berwarna putih bersaiz sederhana besar. Aku sekali lagi terkejut.

"apa awak bawa ni?" kataku sedikit gugup. Buatnya ada handbag ke apa ke dalam tu, mau la jugak aku melompat kan?

"open it. I hope you like it."

Selepas mendapat lampu hijau dari Ilman, aku terus membuka balutan kotak itu. eh, baru perasan ada sekeping kad bersaiz A4 di tepi. Ilman ketawa kecil. Dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan aku. Sengihannya lebar terpalit dibibir. Aku memegang kad tersebut dan Ilman mengarahkan aku untuk membacanya.

"read as loud as you can,"

"heol.. tak mahu lah saya."

"okay, okay. Just read, cukup saya seorang je dengar." aku menarik nafas dan mula membaca isi-isi yang terkandung di dalam kad itu.

"To Adreena,
I know this is very cliché tapi saya nak awak tahu, saya sayangkan awak dan awak tahu kan macam mana kalau manusia tak dapat oksigen? (cuba picit hidung dan tahan nafas awak, haaa trouble breathing kan? Macam tu lah hari saya bila tak jumpa awak).."

aku ketawa memandang Ilman. Ilman masih dengan riak selamba dia. "apa ni Ilman.." aku tahan tawa. "teruskan baca,"

"the very first moment bila saya nampak awak, saya rasa biasa je. Bila saya dapat satu row sit dengan awak dekat flight, lagi saya tak suka! Awak tahu kenapa? Awak mengigau dan bising tau tak? So, saya decide untuk kejutkan awak. Saya nampak awak macam terkejut. Muka awak merah masa tu, saya tak pasti kenapa (maybe sebab saya handsome sangat kot.. Hehehe). Bila awak menangis lepas tu saya rasa risau. Sebab saya ke awak menangis? Bila awak terjaga, main dengan Aan saya jadi suka mengusik awak. 13 jam perjalanan ke sini sudah cukup untuk buat hati saya terpaut kepada awak. Perasaan tak suka tu lama kelamaan bertukar kepada suka. Saya tak percayakan instinct saya sangat. Mungkin hanya ujian dari Allah, dihadirkan dengan perasaan sebegitu. Tapi bila saya terjumpa awak semula, saya rasa happy sangat saya rasa awak memang ada something dengan takdir saya. Bermula dari strangers kepada kawan dan saya tak sangka awak boleh bertahan dengan saya selama 2 tahun. Unbelievable dan unexpected tapi tu lah takdir. Selamat hari jadi, Adreena Zahirah Harith." aku menahan sebak dan tawa. Ilman....

"mana awak belajar hah buat karangan sweet macam ni?" aku menyeka air mata yang turun tanpa dipinta. Marah marah menangis juga. Dasar cembeng!

"saya A+ untuk bm SPM okey.. Jangan pandang saya sebelah mata, tapi pandang saya dengan dua belah mata awak yang cantik tu." aku tersenyum simpul. Apa lah Ilman melalut ni..

"buka la hadiah tu."

"nanti lah saya buka dalam bilik. Baru suprise!" Ilman ketawa halus.

"up to you."

Saturday, 16 May 2015

Love In Rain 6

"wah wah Waf, aku dengar kau ada suka seseorang." aku yang sedang meletak secawan kopi latte ke atas meja kopi, tersentak mendengar kata kata Jannah.

"sapa bagitahu kau ni? Bukan kau baru balik ke?"

aku cover rasa malu dengan menghirup latte perlahan-lahan. Teguk semua karang, melecur mulut sebab panas tahap 69! Jannah yang sedang duduk atau lebih spesifiknya, yang sedang berbaring di atas sofa berbentuk L sambil mengunyah kacang itu ketawa kecil. "macam kau tak tahu radio bergerak rumah kita ni." aku dah agak! "Miza?" "Sharifah Almiza lah siapa lagi," aku pada mulanya ingin mengutuk Miza jadi ketawa terus. Lucu pula.. Miza.. Miza.. "eh how's your vacation?" aku menukar topik. Tak mahu Jannah bertanya lebih lanjut tentang Jimmy. Jannah mula membetulkan posisi kedudukannya, duduk menegak. Dia tersenyum senget. "vacation lah sangat kan.."

"eh betul lah vacation. Kau balik kampung kan?"

"hm ya.."

"apasal sedih aje ni? Pasal Rayyan ke?" aku terkekeh ketawa. Perempuan itu membaling bantal kusyen ke arah aku. Cis. Aku baling semula.

"ish apasal korang main baling-baling bantal ni? Buang tebiat ke wey!" entah dari ceruk mana datangnya si Miza ini, dia terus menghempaskan punggungnya keatas sofa diantara aku dan Jannah.

"dia ni la cakap pasal Rayyan pula tiba tiba." adu Jannah kepada Miza sambil memuncungkan bibir. Angelina Jolie sangat! "eh, kita cakap je pasal Rayyan kenapa nak marah? Haaaaaa" Aku dan Miza berkomplot mengenakan Jannah yang sudah tertunduk malu itu.  Pipinya kemerah-merahan.

"I never know that he's my long lost childhood friend. Time aku last jumpa dia dulu, he was a fat boy!! But now.. Puberty hit him hard weh!" kata Jannah bersungguh-sungguh. Macam nak menangis pun ada. Aku dan Miza pula hanya mampu menahan tawa melihat muka cemberut Jannah.

"and that time, his name was Alif.."

"and now?" Miza menyampuk dengan penuh rasa ketidak-sabar-an.

"Rayyan.."

"What? Dia tukar nama? Fuhh epik." tiba tiba aku teringat kan Jimmy. bukan menukar nama walhal hanya nama panggilan sahaja. Jannah menggeleng laju.

"nama dia Rayyan. Nama dia Alif jugak. So... His name is Alif Rayyan."

Ohh... Not bad namanya. Orangnya pun mesti kacak. Kalau tidak, macam mana tuan puteri Jannah Afrina kita ni boleh sukakan lelaki itu kan.

"he likes you?" soal Miza dengan penuh tanda tanya. Mungkin mood doktor cintanya sudah kembali. "i don't know.. but empat hari di kampung was enough for making me fall in love with him!"

"kira bertepuk sebelah tangan lah ni ya?"

"bertepuk sebelah tangan lah kot.." Jannah buat muka sayu.

"by the way, Waf, tadi kan si Jimmy kata nak jumpa kau masa balik. Dia cakap apa time kau dengan dia kat kafe tu? Story lah!" Miza mula mengunyah kacang di tangan Jannah. Aduh. Sekarang time aku pula!

"err.. dia.. dia just nak number phone aku je. That's all."

"aku rasa dia suka kau lah beb." kata Miza, berseloroh.  Mata aku membulat dan segera menggeleng. "mana ada! Kami kawan je." Miza mencebik.

"kawan apa kalau seorang dah mula suka kat seorang lagi?" tepat kena batang hidung aku sendiri. Hiks Miza ni...

"aku.. Aku tak tahu nak kata apa tapi memang ridiculous lah kalau kau cakap dia suka aku."

"yang dia tekap kan tangan kat dahi kau tadi apa kes?" Miza buat kening double jerk style. Aku terpana.

"kau nampak?!"

"ye la!" aku cubit badannya bertalu talu. Jannah hanya mampu tergelak memandang kami.

"kau ni naughty lah Miza!" kata Jannah.

"well you know me," kata Miza dengan lagak kekwatnya. Aku dan Jannah menepuk-nepuk badannya. Miza ketawa dalam kesakitan. "wehh.. Enough..haha...ahaha."

Tiba-tiba deringan telefon aku berbunyi. Aku melihat nama yang tertera dan aku tersentak. Miza yang melihat perubahan riaksi aku, mula menjeling ke arah skrin telefon aku. Dia segera merampas telefon aku dan mengangkat. Aku tak sempat nak menghalang. Semuanya terlalu pantas!

"Miza.. Give my phone back!"

"Hello.. Ha? Ni Miza. Ya, ya, housemate Wafeen. Mm kejap ya, kawan aku ni malu malu pulak aku tak ta..aduh!! Sakit la Wafeen!" dia sempat lagi memarahi aku ketika bercakap dalam telefon. Mesti Jimmy tengah fikir bukan bukan. Miza bagi semula telefon kepada aku. Talian masih on. Perlahan-lahan aku bawa telefon ke telinga kanan.

"ermm hai," ketawa halus dihujung talian.

"hai. Tengah sibuk ke?"

"tak. Saya tengah tengok tv."

"then keluar sekarang. Saya kat simpang yang saya hantar awak haritu." aku terkejut. Apa dia nak?

"emm Jimmy, saya ada kerja pula tiba-tiba. Kalau saya tak pergi tak apa kan?" alasan yang aku tahu akan ditolak mentah-mentah.

"no excuses please. Tadi awak kata awak tengah tengok tv lepas tu tiba tiba ada kerja. Are you avoiding me?" suaranya mula mengendur. Aku mengeluh.

"okay. I'm coming. Just.. Wait there."

"don't be late,"

"okay." klik! Talian diputuskan. Aku pergi ke cermin melihat pakaian aku. Pijama bercorak kotak-kotak. Rambut aku hanya ikat pony tail biasa. Ah.. Okay lah tu. Aku terus ke muka pintu utama rumah. "weh weh kau nak pergi mana?" tanya Jannah risau. "aku nak pergi jumpa Jimmy." aku cuba beriak biasa. Namun, kedua dua gadis yang berada di atas sofa itu menghadiakan senyuman penuh makna kepadaku.

"Hey! Jangan fikir bukan-bukan okey." aku menempelak. Mereka ketawa besar dan menyambung semula menonton tv. "take care dude!" "ya ya I will."

Aku jalan ke simpang itu dan aku terlihat seorang lelaki memakai hoodie berwarna kelabu dan seluar tracksuit berjalur putih di tepi. Dia sedang berdiri memeluk tubuh. Matanya masih galak memandang aku yang sedang menghampirinya. Sekarang aku betul betul berada di depan Jimmy. Aku menarik muka masam. Dia masih tersenyum. Mujur lah handsome. Cuba muka macam pecah rumah, mesti orang ingat gila.

"messy betul rambut awak. Rumah tak ada sikat ke?"  aku menjeling Jimmy. "ada sikat. Cuma saya malas nak sikat. Awak lah, ajak keluar malam malam ni. Awak nak apa?" aku membentak.

"cute." aku ternganga. Dia tersenyum.

"what cute?"

"your pyjama" muka aku dah berona merah. Nasib waktu malam kurang sikit cahayanya. Kalau tak mesti si Jimmy ni nampak aku tengah blushing. Rambut aku yang terjuntai di tepi, dia alihkan kebelakang telinga. Untuk ke sekian kalinya, aku terkejut. "okay dah tak messy. Jom teman saya pergi dinner."

"dinner?"  aku memandang Jimmy kurang percaya. Ha?

"ye la makan malam dalam bahasa melayunya. Jom lah." dia memasukkan tangannya ke dalam poket hoodie.

"dengan baju saya macam ni? Kejap saya pergi-"

"tak payah."

"tapi-"

"no." hiks.. Susah betul bila ada aje orang nak potong kata kata. Nak bercakap pun tak senang.

"awak dah cantik dan kemas dah pakai macam ni. Now, jom." dia memegang kemas tenganku dan dipimpinnya tanganku ke sebuah kereta. Hati aku dah berdebar. Antara suka dan geram.

Mini cooper? Kaya betul mamat ni. Tapi haritu kenapa tak naik kereta sahaja? Kenapa jalan kaki? Pencinta alam sekitar?  "hey masuk lah. Nak jadi patung cendana ke kat luar tu?"  aku tersentak dari lamunan dan segera memasukkan tubuh aku kedalam kereta itu. Jimmy sedang memerhatikan aku. Aku pandang Jimmy pelik. "Apa tengok tengok?"

"seatbelt tu pakai. Karang accident, saya pula yang kena," aku jadi termalu sendiri. Seketika kemudian, aku memakai seatbelt. Baru lah kereta Mini Cooper Jimmy bergerak. Keadaan sepi diantara kami. Hanya radio yang berbunyi perlahan menyelubungi kami. Tiba tiba aku teringatkan sesuatu. Aku menepuk dahi. "Jimmy.." dia memandang aku sekilas. "apa?"

"saya lupa bawa purse." aku dah mula cemas.

"biar je. Awak makan lepas tu buat muka kesian ke apa ke mesti orang kedai tu bagi free of charge."

"banyak lah awak! Kalau saya kena cuci pinggan macam mana?"

"kita cuci pinggan sama-sama." aku ketawa kecil. Jimmy juga begitu.

"awak ni.. Saya serious lah."

"awak tu Wafeen lah bukan serious," loyar buruk sekali lagi!

"saya yang ajak, saya lah yang belanja. Tak perlu risau okay?" dia memandang aku. Aku pandang dia. Pandangan kami bertaut dan dup dap dup dap aku segera mengalihkan pandangan.

Kami sampai di Coffee Bean yang berdekatan. Ada juga beberapa pasang mata melihat aku dengan penuh kehairanan dan ada juga yang tersengih. Jimmy buat donno dan melayan aku seperti biasa. Aku hanya memesan sepotong blueberry cheesecake dan secawan espresso. Jimmy pula memesan croissant dan secawan latte. Kami menikmati makanan sehingga licin. Upps... Nampak sangat ke aku lapar? Teruknya kau ni Wafeen.

"comot," belum sempat aku membalas, dia terlebih dahulu mengambil tisu dan mengelap kesan kotoran ditepi bibir. Sekumpulan pelajar perempuan yang duduk di meja sebelah, melihat kami. Ada yang cakap 'cute lah couple tu'. Macam aku tak dengarkan! Aku hanya tunduk malu. Ish Jimmy ni. Macam lah aku tak boleh lap sendiri.

"abang.. Ni adik abang ke?" soal seorang daripada mereka.

"hmm my wife?" mereka terkejut tak percaya. Aku seribu kali terperanjat tenuk! "Wife apanya, haha.. Err kami kawan je lah." aku menutup malu dengan pura pura ketawa. Mereka pun terikut ketawa sama.

"macam lebih dari kawan aje. Something special I assumed?" budak perempuan itu menebak sekali lagi. Belum sempat Jimmy membalas, aku terlebih dahulu memotong laju 180km/j.

"kawan tak boleh buat macam tu ke dik? Hehehe. Eh dah lewat ni kenapa tak balik lagi?" aku cuba untuk menukar topik. Jimmy masih tersenyum memandang aku. "alah kak, malam masih muda! Bagi lah kami enjoy malam minggu ni. Esok-esok nak SPM dah.. Tak boleh nak have fun."

"betul tu," teman-temannya mengiakan. "tapi awak awak semua ni perempuan. Jaga diri ya jangan merewang kemana mana lepas ni. Balik rumah terus!" nasihat aku seperti seorang kakak.

"thanks kak! Akak ni baik lah. Kalau akak kahwin dengan abang ni, jemput lah kami ya?" Jimmy tersengih-sengih. Senyuman aku dah jadi senyuman paling kekok sekali. Aku hanya diam tak menjawab.

"emm come," Jimmy mula bangun  dan aku membuntuti Jimmy. Sempat lagi aku memberi lambaian kepada budak budak itu. Aku pakai seatbelt setelah kami memasuki kereta. Jimmy duduk menghadap aku. "suka awak kawan dengan budak budak tu ya?" aku tersenyum kecil.

"saya rasa matang bila lepak dengan diorang,"

"matang lah sangatkan. Saya rasa kalau awak duduk dengan diorang satu meja pun saya tak akan perasan yang awak ni budak U."

dia mula ketawa dan membetulkan cara kedudukan nya. Kebetulan ada botol air mineral kecil di dalam kereta Jimmy, aku ambil dan aku pukul lengan Jimmy dengan botol itu. Jimmy ketawa lagi. Tiba-tiba aku macam dipukau. Hari ni aku rasa, hari yang paling banyak Jimmy gelak. Amazing.

"hey... Awak dengar ke tak ni saya panggil awak?"

"err ya apa?"

"kita dah sampai.  Eem... Thanks sebab ikut saya.."

"thanks juga sebab belanja saya."

Dia mengusap kepala aku.

"goodnight."  kata Jimmy.  Lidah aku dah kelu.. Aku segera keluar dari perut mini cooper dan berlari ke rumah.

Jantung aku dah tak stabil.

Friday, 15 May 2015

Love In Rain 5

Aku melangkah masuk ke pagar utama UKM dengan perasaan berdebar-debar. Tak mahu terserempak dengan Jimmy. Tak mahu! Tak mahu! "kau ni dah apahal Waf? geleng-geleng macam orang tak betul je tiba tiba?" aku tersenyum canggung pada Miza. "err... Aku takut terjumpa Jimmy." "laaaa... Apa yang kau takut kan? C'mon... Kalau kau suka tu fight for it lah, bukan mengelak dari dia."

"kau tak faham lah dude." Miza terkekeh ketawa. Mukanya jadi kemerah-merahan tidak pasti kerana ketawa ataupun berdiri di bawah panas terik. "dude??"

"duuuuude" aku menekan perkataan itu sekali lagi kami meletuskan tawa. Apa yang lucu aku kurang spesifik. Kaki masih laju melangkah ke dalam kampus.

"Wafeen, dah check result awak?" tegur salah seorang rakan aku di kampus, Akif. Aku tersenyum manis dan menggeleng. "belum, Mesti ramai orang kat notice board tu. Awak?" ujarku penuh kejujuran. Aku lemas berada di tempat yang menyesakkan dada dan pandangan aku.

"orang dah tengok dah.. Em not bad lah. Macam yang orang target." dia tersenyum sambil bercerita walaupun aku tak tanya.

"okay lah tu. Atleast awak pass. Congrats!" dia tersenyum lebar dan mengangguk. "nanti awak punya result, cerita la jugak kat orang eh?" aku balas dengan sebuah anggukkan juga. Dia seperti berpuas hati dengan anggukan aku, tersenyum dan melangkah pergi.

Pap! Bahu aku ditepuk dari belakang. Aku segera menoleh. Heh Miza ni! Tak reti nak bagi salam agaknya. Kurang kesedaran sivik betul. "tak reti nak bagi salam ke?"

"Assalamualaikum Wafeen Amani binti Khairul Azhar." perli Miza dengan nada yang ceria. "Waalaikumussalam Sharifah Almiza," aku menjawab salam Miza dengan pernuh gaya ceria juga. Dia tersengih. Tudungnya dibetulkan sedikit. "eh beb, kau dah check result belum?" aku menjulingkan mata. Kenapa semua orang sibuk pasal keputusan sekarang ni? Lepas lepas ni dah tak boleh nak pergi tengok lagi ke? diorang dah nak cabutkan ke kertas tu dari notice board?

"huh? Belum. Kau?"

"belum. Jom lah pergi check!"

lengan aku ditarik tapi kaki aku masih memaku, enggan mengikut Miza yang sudah excited hendak pergi periksa resultnya. Tahu lah budak cemerlang. Top 20 pula tu.

"eh kau ni kenapa? come on lah babe."

"kejap-kejap lagi tak boleh pergi ke? Aku malas lah nak pergi berkerumun dengan semua orang nak tengok result.."

"no! no! you have to come with me. Jom pergi ceeepat!" dia buat gaya kuasa veto dia pula sambil menarik lengan aku. Kuat jugak minah ni. Aku tarik muka masam. "ye la, ye la. Aku ikut. Let go my hand please." riak muka Miza gembira semendang. Dia melepas kan tangan aku. Huh suka lah tu aku ikut.

Haaaaaa betul lah aku punya instinct! Aku memang dah agak. Memang ada punya budak budak yang berkumpul di sini. "aku dah ca.. Wey wey, Kau ni apahal?" aku melihat Miza dengan kerutan di dahi. Hairan. Tapi kerutan di dahi Miza lagi hebat. Berpeluh lagi!  Tadi dia yang beria-ria sangat mengajak aku, tup-tup.. "aku sakit perut doh! Aku tak tahan. Be right back!" dia terus pergi meninggalkan aku yang tercengang seorang diri.

"tunggu aku kat sini!"

sempat lagi berpesan tu! Aku sekadar mengangguk perlahan menghantar pemergiannya yang hampir ghaib dari pandangan mata. Aku toleh semula ke papan notis. Orang dah berkurangan tapi masih ada sekumpulan pelajar lelaki dan diantaranya ada seorang lelaki memakai baju T hitam dan seluar jean berwarna biru menarik perhatian aku. Aku rasa aku kenal tapi pelik, dia sedang bergelak ketawa? Oh lagi tiga puluh kali kacak  bila dia gelak. Kenapa dia tak gelak macam ni bila dengan aku? Kenapa asyik cool je? eh jap, kenapa aku rasa dia macam tengah pandang aku sekarang? wait... Dia memang tengah tengok aku lah! Aku segera mengalihkan pandangan. Minta-minta dia pergi dengan pantasnya dari situ. Haaaiiii lama pula si Miza ke tandas. Membuang ke tengah bertapa? Aku curi curi pandang kebelakang. Buku aku pekupkan kehidung, menutup sebahagian mukaku. Okay. Dia dah tak ada! Aku menarik nafas lega. Perlahan-lahan buku aku tutup. Kaki aku laju melangkah ke papan notis.

"3.7? Oh pandai juga awak ni."  oh crap. aku menutup mata. Rasanya dah tahu suara siapa. kenapa lah dia masih disini. Badan aku dipusingkan menghadap dirinya. Aku mendongak memandang Jimmy yang tersengih.

"apa awak buat kat sini?"

"lap lantai." aku balas kata katanya dengan sebuah jelingan.

"saya betul betul ni."

"saya betul betul lah ni." dia ketawa kecil sambil membetulkan bingkai spec nya yang mula melorot ke bawah.

"saya serious lah." aku buat muka marah.

"saya Jimmy lah..." loyar paling terburuk sekali! Aku hanya diam mengetap bibir dan pandang ke notice board semula. Tiba tiba gatal mata pula nak tengok dia punya.

AZIM AMRI BIN BADRUL AMIN. 3.9. LULUS. wah.. Budak pandai juga Jimmy ni. Hm aku punya?

WAFEEN AMANI BINTI KHAIRUL AZHAR. 3.7. LULUS.

cukup cukup makan je. Tak apalah. Janji pass, cukuplah.

"hey.. Sorry. Saya datang sebab nak jumpa awak lah."

"kawan kawan awak tadi mana?" errr.. Soalan yang tak related pula aku tanya.

"kawan kawan saya? oh diorang di kafe. Kenapa?"  aku pantas menggeleng. Tiba tiba dia melekapkan belakang telapak tangannya ke dahi aku. Aku terkejut dengan tindakannya yang aku rasa memang spontan itu.

"Jimmy... Apa a..awak buat ni?!" aku menegur Jimmy geram.

"tak panas. Thank God." dia tersenyum kecil.

"tak panas?"

"hmm yes. Awak tak demam dan tak selsema. Awak okey je hari ni. Syukurlah. Nak main hujan lagi?" dia tersengih. Aku menunduk malu. Huh... Kenapa dia baik sangat dengan aku ni?

"kenapa awak mengelak dari saya tadi?"

"mana ada saya mengelak.." dia perasan pula tadi. Errgh.

"jangan tipu lah, silly girl. I saw you. Tutup muka dengan buku semua." sah! Dia nampak aku. Aku baru nak membalas tapi niat aku terbantut apabila aku ternampak Miza yang sedang berlari ke arah aku.

"Wafeen! Sorry! Aku sakit perut sangat tadi tu yang lama tu!" dia buat senyum serba salah.

"membuang ke bertapa dalam tu? Nak tunggu pokok tumbuh atas kepala dulu baru teringatkan aku ke apa?"

"hisshh kau ni! Aku sakit perut lah! Sorry lah!" dia mencubit lengan aku dan untuk seketika dia mengalih pandangan ke arah Jimmy. Dia terkejut seketika namun sedaya upaya dikawal riaknya. "Jimmy? Wahh apa kau buat kat sini?"

"jumpa Wafeen." balas Jimmy sambil menggosok perlahan bahagian belakang tengkuknya. Miza pula sibuk menggoncang lengan aku. Aku pandang Miza dengan pandangan yang membawa maksud 'apa-yang-kau-nak?' dan 'tolong-jangan-merepek!'  Miza terusan senyum senget memandang aku dan Jimmy bersilih ganti.

"err, okay lah Jimmy. Kami pergi dulu ya?" aku memegang tangan Miza dan mahu cepat cepat pergi dari sini, namun, tangan aku direntap oleh Jimmy.

"jumpa saya sebelum balik." dia terus beredar. huh? Jumpa saya sebelum balik? teruk pula si Jimmy ni. Dah macam dia pula yang mengawal aku. Aku memandang Miza di sebelah. Mulut aku seperti dikunci. Miza sedang memandang aku misteri semacam. Sengihannya juga lain macam.

"what?"

"nothing.. I guess the time is here."

"what time?"

"a time for you to fall in love," dia bersiul kecil. Aku? Hanya membisu seribu bahasa.

No... No... No.

Monday, 11 May 2015

Love In Rain 4

Selepas dihantar pulang oleh Jimmy, aku terus naik ke atas tidak mempedulikan Miza yang menjengah kehadiran aku dari dalam dapur. Jantung aku masih berdetak laju.  Nafas pun belum betul teratur. Cari inhaler betul!  Selepas mencampak backpack ke tepi katil, aku campakkan pula diri aku ke atas katil.

"Dah. Sampai sini je lah awak hantar saya. Depan tu rumah saya. Saya boleh jalan sendiri." kata aku sambil menjuihkan bibir ke arah rumah dua tingkat berwarna peach itu. Dia mengangguk. "Uh.. Err okay. Bye Jimmy.. Thanks." ucapku perlahan. Aku mendongakkan wajah memandang anak mata Jimmy yang aku rasa cantik walaupun hanya dapat dilihat dari luar kaca matanya yang tebal itu. Dengan tanpa riaksi di wajah nya, dia mengusap kepala aku.

"i want to see you again." 

Aku rasa jantung aku dah terkeluar jatuh di atas jalan akibat berdebar over limit. Hingga sekarang aku masih tak tahu kenapa aku berperasaan macam ni.

"Arrgggh!!" aku menekupkan telinga menggunakan bantal dan menjerit sekuat hati. Boleh release kan tension? Doktor psikatri kata lah. 

Kenapa dengan aku?!!! Mata dia, hidung dia, spec mata dia?!! Semuanya seperti berterbangan bebas di kotak fikiran aku.

Bunyi ketukan dari luar bilik, menyedarkan lamunan. "woi.. Kau okay tak? Apahal kau menjerit macam orang gila? Kena sampuk ke wey?!" jerit Miza dari luar. Aku membuka pintu perlahan. Bantal masih aku pekupkan di tepi telinga. Miza merenung aku pelik namun diterjah juga masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil aku. "kau ni dah kenapa?"

"im having a sickness now."

"kau serious ke weh? Ya Allah! Berapa hari lagi kau dapat hidup?" Miza kalut menggoncang badan aku. Aku menjeling Miza tajam. "Heyy!!! Choii mulut kau. Aku ada sick yang lain lah.. Bukan yang nak mati punya. Eh.. Ada juga lah yang nak mati tapi... Eh..." Dia menepuk pehaku. Aku mengaduh kesakitan. Erghh apa main tepuk-tepuk ni?!

"heh... Kalau macam tu kau boleh tak straightforward terus? Tak perlu lah nak berkias dengan aku ni. Cakap pun dah tak betul."  Miza mencebir.

"aku rasa kau dan Jannah kenal kan Jimmy..?" Miza buat muka skeptik pula.

"ohhh... That guy. Azim Amri? Budak yang ambik course programming tu ke?" oh... Aku hanya mengangguk. Baru tahu.  "hah, kenapa dengan dia?" Miza memandang aku penuh syak wasangka lalu dia tersenyum sinis.

"Miza... Aku.. Aku..."

"girl... Don't say....." Gadis kacukan Jepun itu melihat aku sambil tersenyum nakal. Something's fishy...

"uhhh shut up! I'm not really sure." aku benamkan muka ke dalam bantal. Miza ketawa besar. "apa yang kau tak sure? Aku kan doctor love to everyone so mind to tell me?" soal Miza dengan lagak persis seorang doktor cinta yang terlebih expert. Aku masih ragu ragu hendak membuka pekung didada, tapi alang alang dah terlanjur cerita...

"i guess I like him.." Miza ketawa sekali lagi. Aku mendengus. Hampeh punya kawan, aku baling lesung batu kat kepala karang...

"ohh okay, okay sorry.. Since when you started to know and like him?" macam pergi interview dalam rancang doktor cinta Miza pula. "today..?" rahang Miza terbuka luas. "seriously? Bila kau start kenal dia?"

"today jugak lah."

"kau tak pernah nampak dia kat campus sebelum ni?" aku geleng sekali lagi.

"and how can that love thingy happened?"

"we stucked in a rain. He talk to me. Dia cerita kat aku macam macam pasal kau dan Jannah."  Miza mengusap dagunya berulang kali.

"so it's love at the first sight! And perhaps.... Love in rain?" kata Miza penuh semangat. Muka aku merona merah. Could it be...

Love.... In rain?

Sunday, 10 May 2015

Love In Rain 3

Jimmy melepaskan keluhan berat. Berat? Ya, berat kerana aku dapat mendengar keluhan lelaki itu. Apa yang dikeluhkan? Aku menjeling Jimmy. Dia sedang menongkat dagu. Bagpack hitamnya diletakan disebelah. "bila lah hujan ni nak berhenti? Its almost two hours we have been staying here!" Jimmy membentak. Aku pula hanya menekup bag galas jenama Nike AirMax aku rapat ke dada. Sejuk yang mencengkam!

"hey awak dengar tak apa saya cakap?" aku angkat muka. Dia buat muka bengang. Laaa... Cakap dengan aku ke? Mana lah aku tau kan?

"awak ingat saya Tuhan ke nak ramal bila hujan ni boleh stop?" giliran aku pula membalas. Dia terdiam dan pandangannya galak menikam wajah aku. Aku pula jadi tak selesa.

"jom." huh? Aku mengerutkan dahi tanda kurang faham. Jom? Jom kemana?

"apa?"

"ikut je lah." dia menarik lengan aku supaya bangun dari tempat duduk. Aku memerhatikan Jimmy yang sedang membuka jaket windbreaker berwarna hitamnya. Usai membuka jaket, jaket itu di letakkan pula keatas kepala aku. Aku merenung Jimmy, hairan. "what are you going to do?" soalan aku dibiar sepi. dia masih sibuk membetulkan posisi jaket yang berada di atas kepala aku. Dari sini, aku dapat melihat wajah Jimmy dengan lebih terperinci.

Kulit licin dari perempuan, checked.

Rambut macam messy bed hair, checked.

Bingkai spec berwarna hitam dan bersaiz sederhana besar, checked.

Hidung mancung, checked.

Senyuman manis tahap cotton candy, masih unchecked.

"okay, dah jom.." aku masih tercegat disitu. Dia ni, dari tadi jom, jom, jom, bila aku tanya, ikut je lah apa lah. Hey dia ingat aku ni toys? A Barbie that he can play with?  "come on! Buat apa awak tercegat kat situ?" aku menjegilkan mata. Dia menahan ketawa sekali lagi. Lawak ke? Dia tak tahu ke aku tengah geram sangat-sangat ni? Aku tetap berdiam diri. Dia menghampiri aku. "im sending you home." Jimmy masih beriak biasa memandang aku. "no need. Saya boleh tunggu hujan reda dan balik sendiri." aku pulangkan balik jaket dia. Dia ketawa kecil.

"okay. Sekarang dah pukul 6:30 petang, awak nak stay sini, stay seorang diri, Im going home." dia mula menyarungkan jaketnya semula. Aku masih diam tak berkutik.

"hujan macam tak ada tanda-tanda nak berhenti lagi.. Duduk lah sini sorang sorang..." hati aku dah mula berperang dengan perasaan bercampur baur. Macam mana kalau aku jadi mangsa kidnap? Uhhh seram..

"nanti awak tinggal sini sorang sorang, ada orang kidnap, tak ada siapa dengar awak menjerit. mungkin masa tu saya tengah sedap mengunyah ayam goreng.." apa kena mengena ayam goreng? Dia pun satu, kalau nak balik, balik sahaja lah! Tak payah banyak cakap. Sahaja nak provoke aku. Dia dah melangkah keluar dari tempat menunggu bas. I guess, ive no choice..

"Jimmy.. Jimmy.. Tunggu saya." aku berlari mendapatkan Jimmy tapi malang pula nasib kaki aku tergelincir terpijak bungkusan plastik makanan. Aku memejamkan mata. Errr? Tak rasa sakit pun? Aku membuka sebelah mata. Ada dua batang tangan erat memegang lengan aku.  mata kami bertaut untuk kali kedua. Jimmy beriak tenang tapi matanya serius memandang aku. Aku segera berdiri dan menarik lengan aku dari pegangan Jimmy. Dia melepaskan bagpack nya ke jalan dan membuka jaketnya. Dia segera meletakkan jaketnya dia atas kepala aku. Dia pakai semula begpacknya dan terus berjalan. Aku dibiarkan disitu. Jimmy marahkan aku ke?

"Jimmy..." aku berlari kecil. Dia toleh ke belakang.

"jangan lari.." aku berhenti berlari tetapi berjalan laju ke arah Jimmy. Aku berdiri di hadapan lelaki itu dan terpaksa mendongak sedikit untuk memandang wajahnya. Dia menjentik dahi aku. "ouch! Sakitlah.." aku menggosok-gosok dahi. "tu lah, saya dah cakap, ikut je saya awak tak mahu. Too snobbish. Lepas tu takut juga, berlari dekat saya dan hampir terjatuh. Kalau awak jatuh tadi.. saya tak tahu apa nak cakap." dia mengeluh. Aku menunduk. "uhmm.. Sorry." Jimmy ketawa halus. "dah lah. Bagitahu direction saya hantar awak balik." aku mengangguk.

"err.. Okay."

Kenapa aku rasa selamat bila Jimmy ada? Bukankah dia seorang stranger juga? Kenapa kami jadi begitu rapat? Dia kenal aku. Tapi aku tak kenal dia. Huh... Bila Jannah balik, aku mesti serang dia semuanya tentang Jimmy!

Saturday, 9 May 2015

Love In Rain 2


"jangan nak bau-bau sangat. Just use it. It safe. Lagisatu ia saya punya. Mesti la wangi."

aku membalas pandangan matanya yang tak berapa nak tajam itu dengan sebuah jelingan sambil mengiraikan rambut aku menggunakan tuala tersebut. Aku melepaskan keluhan kecil. Nasib lah hari ini aku hanya mengenakan  hoodie yang oversized berwarna kelabu dan seluar slim fit berwarna hitam. Kasut pula, sepasang Converse berwarna maroon. Buatnya aku pakai baju kurung hari ni? Naya..
Ada hikmah rupanya penggosok baju aku rosak. Hujan masih lebat mencurah. Aku memeluk tubuh, memanaskan badan. Aku menghembus-hembuskan nafas ketelapak tangan, menggosok dan menekap kan kedua-dua belah tapak tangan dipipi. Wah... Sekurang kurangnya dapat juga lah rasa kehangatannya. Ada dua batang kaki terpacak didepan aku. Aku terpaksa mendongak untuk melihat lelaki tersebut.

"what?"

"my towel." aku menyerahkan semula tuala itu kepada tuannya.

"nah.. Thank-" belum sempat hendak berterima kasih, lelaki itu terlebih dahulu mengelap rambut aku. Perlahan dan lembut. Nafas aku seperti tidak teratur. Dada berombak kencang. Apa lelaki ni buat?

"apa ni?"

"just shut up." aku mencemikkan muka. Dia ketawa.

"jangan buat muka macam tu."

"suka hati saya lah. Awak sibuk kenapa?" dia menarik sehelai rambut aku. Aku terjerit kesakitan. "Hey! Sakit tau. Dah lah, huh!" dia ketawa halus. Entah kenapa suara dia buat jantung laju mengepam, adrenaline laju bergerak ke seluruh tubuh. Aku cuba untuk menolak lelaki itu tetapi dia menahan. "hey, hey.. Sorry ok. Just stay still." dia terus terusan mengelap rambut aku.

"okay done." dia meletakkan tuala kecil itu ke belakang leher.

"kenapa awak buat macam tu hah?" aku menjegilkan mata. Dia seperti menahan tawa. Tak takut?

"no thank you at all?" dia tersenyum sinis pula.

"err.. Thanks but why did you do that?" aku mula menyikat rambut.

"kalau rambut basah, lagi lah awak sejuk. Awak lap pun macam tak kering je so why not I help you?"

"but kita tak pernah kenal?"

"oops you mean you? Saya kenal awak lah."

"whats my name then?"

"Wafeen Amani?" di mengjengketkan keningnya. mata aku besar terbuka. Rahang terjatuh.

"ma..mana awak tahu?"

"saya tahu lah."

"tell me.."

"why should i?"

"it's unfair because I dont know your name, but you know mine." aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Jannah.. Your housemate?" aku angguk dan ohhh.... Dont say....

"she told me about you." bullseye! Tepat tekaan aku. Jadi Jannah lah yang membuka cerita tentang aku kepada lelaki ni? Hehh ceh punya kawan. "what's your name?"

"hampir setengah jam kita kat sini baru sekarang awak tanya nama saya?" dia mencemikkan muka sambil memeluk tubuh. Aku ketawa kecil.

"kenapa berdiri? Duduk lah."

"senang."

"huh? Senang apanya?" aku memeluk beg galas rapat ke dada. Kurang sikit rasa sejuk, macam peluk teddy bear pun ada.

"it's easier to see your face," aku mengangkat muka. Pandangan kami bertaut. Hati aku tak keruan. Aku pandang bawah semula. Fuhh.. Lebih selamat. "awak tak bagitahu lagi nama awak.." aku meneruskan topik utama semula. "nama saya Jimmy." aku ketawa. Jimmy? Haii peliknya nama. Nama sebenar apa? Najmi? Jamal?

"apa yang gelak sampai geleng geleng kepala tu? Mengutuk saya?" dia membetulkan posisi kaca matanya yang terlorot di batang hidungnya.

"pelik betul nama awak. Memang Jimmy atau awak ubah?"

"nama sebenar saya Azim. Keluarga saya panggil Jimmy. So, nama saya Jimmy." ohhhh... nama punya sedap tapi panggil Jimmy. Suka hati lah. Kenapa aku sibuk kan? Dia mengeluarkan satu peket choclate Ritter Sport berwarna hijau.. Hazelnut? Gulp. Aku bermain-main dengan kasut. Perut aku jadi lapar pula tengok dia syok mengunyah Ritter Sport tu. Nak mintak nanti dikata tak malu pula. Tiba-tiba ada benda menekan kepala aku. Aku terpaksa dongak. Dia sedang menghulurkan bungkusan Ritter Sport itu kepada aku. Aku hendak mencapai, tapi dilarikan semula. Sebaliknya, Jimmy menyuakan choclate itu ke mulut aku. Aku terkejut. Dada aku berdebar. Dia betul-betul duduk bersebelahan dengan aku. Too close.... "hey awak nak ke tak nak? Taknak saya makan seorang je lah."  dia mengalihkan Ritter sport itu dari aku. Aku pula berperang dalam hati seperti Rose didalam cerita Titanic yang memanggil bot penyelamat kembali selepas teringatkan janjinya kepada Jack. "Jimmy.. Saya nak sikit?"  dia kembali menyuakan Ritter Sport dihadapan mulut aku. Dia dah makan sebahagian besar. Cet.. Tapi aku gigit juga choclate itu sebab aku lapar. The almond combined with chocolate.. Heaven.......

"want some more?" aku menggeleng. Segaris senyuman aku hadiahkan kepada Jimmy.

"awak makanlah."

"uh.. Okay."

Perasaan apa ni... Kenapa aku cepat mesra dengan dia? Okay...

Ni tak normal.

The Nothing Something 22

"It's your final year! And happy birthday!" aku tersenyum dan mengangguk. Tangan menerima huluran hadiah dari abang. "thank you abang and kak Mel.." hari demi hari, dah final year aku di London. Tak sabar nak pulang ke Malaysia. Rindu kepada mama dan papa membuak buak! Macam mana lah aku boleh survive di sini ya? Rasa nak gelak je bila aku mengada ngada dulu takmahu belajar di London. Rasa teruk sangat. Kalau lah aku tak pursued untuk sambung belajar disini, mesti aku tak kenal Ilman. Bersyukur sangat kepada Tuhan, hidup aku lebih bahagia dengan insan insan yang mencintai dan yang sering menyokong aku. "we gonna celebrate aunty's birthday?" tanya Aan. Kak mel mengusap kepala anaknya.

"yes my son. Aan dah bagi hadiah kat aunty?"

"Aan dah letak di meja aunty. I hope you like it aunty." kata Aan sambil tersenyum menayangkan barisan gigi putihnya. sejak rapat dengan Ilman, dia dah fasih sikit cakap melayu. Katanya, belajar cakap bahasa melayu sangat menyeronokkan walaupun susah. Aku pula terharu. Ilman dah tak ajar ajaran sesat kepada Aan.Seronoknya! "so Aan lah yang bagi a box of choclate and a bouquet of roses tu?" Aan mengangguk. Spontan, aku memeluk Aan. "thank you Aan. You're the best nephew ive ever have!"  aku merenggangkan pelukan setelah mendengar ada panggilan. Aku tersenyum melihat gerangan si pemanggil. Rindu sangat.

"Assalamualaikum..Happy birthday, Adreena sayang!"

"Waalaikumussalam..thank you pa, Ad ingat papa lupa birthday Ad.." aku buat suara sedih. Abang yang memerhatikan aku hanya mencebik. Hipokrit betul adiknya seorang ini. Aku hanya ketawa kecil membuat isyarat mata.

"mana boleh papa lupa anak kesayangan papa," papa ketawa dihujung talian. "where's my present?" aku tanya dengan muka penuh keterujaan. "papa bagi Ilman boleh?" aku menggeleng. "hikss apa ni papa, Ilman is already mine. Takkan nak bagi Ilman lagi kut?"

"amboi... Ingat Adreena, jaga batas juga. Kamu anak papa lagi, masih dibawah tanggungjawab papa. Dah bertunang bukan tiket untuk bermesra ya.." aku tersentap. Papa bagi ayat deep pula! Aku tergelak hambar bagi menutup rasa malu. "Ad tahu lah papa, kan abang ada kat sini... Ad pandai lah jaga diri. Kalau Ilman usik Ad, Ad wacha dia satu kali!" papa tergelak lagi sekali dihujung talian. "jangan bagi satu kali, 69 kali pun tak apa!" kami sama sama ketawa. Memang bapak borek, anak rintik betul! Abang pula tak lepas memandang aku dengan pandangan hairan. Jeles lah tu.. "oh ya pa, mama mana? Rindu dengat dia.." aku buat suara manja.

"mama ada ni ha, nak cakap dengan mama?"

"nak."

"assalamualaikum Adreena, selamat hari jadi princess.." aku tersenyum girang. "waalaikumussalam. Thanks ma.. I miss you!"

"kalau rindu tu tak reti nak balik Malaysia ke?" aku ketawa.

"alang alang final year, kasi habis terus lah, ma."

"dah dua tahun, anak anak mama tak raya di Malaysia. Rindu kamu semua.. Semua sihat ke?" alahaiii mama... Ni aku nak menangis ni.

"final year pun dah nak habis ma, insyallah lagi 3 bulan kami balik terus Malaysia. Abang pun dah sign contract untuk resigned. Nak kerja syarikat papa je katanya.  Kami pun rindu kan mama.. Kami sihat je."

"Alhamdulillah lah semua sihat. Ha elok lah tu, balik lah sini cepat. Rumah mama ni besar tapi penghuni nya tak ada, nanti Ad balik Malaysia, kahwin dengan Ilman duduk di rumah mama je ya?" aku terbatuk kecil. Kahwin? Dah bersedia? Uhuk.
"baik ma!" 

"dah lah, mama ada meeting dengan pn. Aishah. Mama letak dulu ya? Assalamualaikum."  aku tersenyum menatap skrin telefon. Kurang sikit rasa rindu setelah menerima telefon dari orang tersayang. Oh ya masih ada seorang. Mana lah ya? "sembang panjang nampak.."

"mesti lah! Mama ngan papa rindukan Ad, bukan abang." aku menjelirkan lidah. Abang hanya menjeling. "dah lah abang dan kak Mel nak prepare some food for your celebration." aku tersengih. "abang..."

"what?"

"thank you! I love you my brother."

"ahhh dah jangan hug abang tight sangat nanti kak Mel jeles," kak Mel hanya ketawa. Aku merenggangkan pelukan. Tiba tiba loceng rumah berbunyi. Aku bergegas ke muka pintu. Ilman. Aku tersenyum simpul. Dia membalas senyuman aku. Manis. Manis. Manis. Diabetes!

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.." aku menjawab salam. Dia pandang aku, aku pandang dia. Macam pelik je.. "Taknak jemput saya masuk?" aku segera ketepi memberi laluan kepada Ilman. No wish? Huh...? Dia.. Dia lupa? Alahh sedihnya. Aku buat  muka monyok. Ah takkan dia lupa? Dah berapa kali aku setkan iPhone dia birthday aku. Takkan tak ada? Dia buat muka selamba. "Ilman awak tahu tak hari ni hari apa?"

"hari sabtu,"

"tarikh?"

"12 haribulan kan?" hairan.. Hari jadi aku dia tak ingat?

"awak ada terhantuk kat mana mana ke sebelum ni?" dia ketawa sebelum menggeleng. Sah dia lupa! Gelak lagi tu. Erghhh!

"excuse.. Saya nak pergi tandas jap." aku terus keluar dari rumah dan berlari ke mini garden. Benci lah duduk dalam rumah tu. Takkan dia lupa? Ah sampainya hati awak Ilman tak ingat hari jadi saya... Teruk betul. Aku baling batu ke kolam ikan.

"hey kesian lah ikan tu. Sakit badan dia." aku toleh ke kiri dengan ekspressi yang terperanjat. Macam mana dia boleh ada kat sini? Apa dia buat kat sini?

"apa awak buat kat sini?"

"cari awak lah."

"kan saya kata saya nak pergi tandas?"

"ada ke orang pergi tandas ikut pintu keluar rumah?" aku menggigit bibir. Apa lah kau ni Adreena.. Lain kali kena ikut pintu belakang ni!

"err macam mana awak tahu saya disini?" lagi sekali soalan bodoh.

"dah memang kat sini aje awak lepak bila awak sedih kan.. So what's it?" dia tersengih.

"what's it awak tanya? Awak tahu tak, awak dah lupa-"

"saya tak lupa. Saya takkan lupa. Mustahil saya boleh lupa." aku mengangkat muka memandang Ilman. Huh..?

"Happy birthday, sayang."

The Nothing Something 21

"dia ada buat apa apa?" aku mengangguk.

"dia cakap saya gunakan awak." Ilman menjengkat keningnya.

"awak gunakan saya ke?" Ilman buat muka terkejut level 96. Aku buat muka bosan.

"Ilman boleh tak jangan buat lawak? Saya sedih ni..mesti la tak. kan saya suka awak Ilman. Awak tak percayakan saya? Sampai hati...." kataku dengan nada lirih.

"mesti lah saya percayakan Adreena." aku tersenyum senang.

"dia ada pegang awak tak?" aku geleng. "sexual harassment?" aku ternganga. "hey!! Mesti lah tak! Kalau dia buat, memang saya bagi sidekick sampai Malaysia sana!" kami sama sama tergelak.

"keep smiling. You're beautiful when you smile." ahh jiwang karat pula Ilman ni. "cheesy nya!" Ilman ketawa. "dengan awak je." aku tersenyum simpul. Pipi merona merah. Malu malu koceng!

"next time saya tak mahu awak menangis untuk dia atau untuk sesiapa pun."

"untuk sesiapa pun? Termasuk awak sekali?"

"jangan sekali pun menangis sebab saya juga." huh... Tak mungkin. Awak terlalu baik Ilman. Impossible kalau saya tak nangis untuk awak sebab sekarang pun saya rasa nak menangis...."saya tak mahu menangis lagi Ilman." dia ketawa kecil. "saya pun tak mahu awak menangis lagi. I wonder where the old Adreena? Seorang yang ceria dan sombong oh ya, seorang yang banyak cakap juga.. Mana ya? Saya rindu Adreena yang dulu. Sejak kenal dengan saya awak banyak menangis. Saya ke penyebabnya?" aku menggeleng laju.

"tentu lah bukan awak. Awak penyeri hidup saya." aku ketawa halus. Molek sekali.

"dah lah come, saya hantar awak balik. Jangan nak drama sangat." dia ketawa. Aku baling tisu tepat kemuka Ilman. Cakap lepas sukahati mak nenek dia je, baru nak jiwang ala ala the fault in our star juga. Hampeh!

Friday, 8 May 2015

Love In Rain

Alamak, hujan lebat pula hari ini. Payung pula tak bawa. Kalau hujan renyai boleh lah aku speed up, tapi.... Kalau speed up dengan hujan lebat macam ni mahu lencun balik rumah. Nasib lah dapat berteduh bawah tempat menunggu bas ni.

'Sediakan payung sebelum hujan'

Aku mengeluh. Sedia ke mana payung kemana tu lah baru aku sedar betapa penting nya peribahasa. Benar belaka. Macam situasi sekarang ni lah.. Nasib kau lah Wafeen siapa suruh tak bawa payung kan? Aku mengeluh. Mahu dua jam juga hendak menunggu hujan berhenti. Hendak menelefon Jannah, perempuan itu pergi balik rumah mak bapak dia oh ya lagipun, bateri pula dah habis.

"Rambut awak basah." eh ada orang ke? Aku ingat aku seorang je kat sini. Aku toleh ke kiri. Seorang lelaki bertubuh tinggi lampai sedang mengirai rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil. huh.. Dia pun basah juga. Lagi lencun. Berjalan bawah hujan gamaknya. Kaca mata dan pakaian dia semua lencun. Teruk betul..

"bercakap dengan saya ke?"

"eh tak lah, I'm talking to Mr.Ant there below your shoes.. Mr.Ant your hair is soaked." dia perli aku baik punya. Tak apa lah. Aku pun bodoh pergi tanya soalan macam tu.. Sah lah kami berdua aje disini, lagi mau tanya.

"memang lah basah.. Saya jalan ke sini." dia sedang mengelap kaca matanya. Sangat tertib.

"nah, ambik towel ni pergi keringkan rambut awak. Rimas saya tengok.." eh.. Dia ni. Rambut aku dia pula yang rimas.. dah lah bagi towel dia pula tu. Tak rela aku nak bersharing tuala dengan dia.

"eh I don't need your towel, stranger." aku menekan perkataan stranger itu. Bagi dia sedar sikit lalu aku membaling semula tuala itu. "oo so much stranger. Ya, ya strangers in one campus you mean?" huh? Aku sekampus dengan dia?

"hey, awak UKM juga?" dia mengangguk. "you know me?" angguk lagi. "everyday I see you and I know who are you."  Uhhh.. Creepy betul lah mamat ni.

"awak pasti awak bukan psycho kan?"  aku memandang lelaki itu curiga. Dia hanya tersenyum senget membetulkan posisi kaca matanya sambil memandang aku. Eh wait.. Aku pernah nampak gaya sebegini tetapi di mana ya? Kyouya senpai! Dalam cerita anime. Macho pula lelaki ni. "kenapa awak ingat saya ni psycho?"

"sebab you see me everyday and it's kind of creepy.. I must say." smirk. He smirked...

"we are in the same year, stupid. Ofcourse im seeing you everyday. Sekarang boleh tak awak ambik je tuala ni tanpa banyak cakap?" dia baling semula tuala itu kemuka aku. Mujur aku boleh tangkap dengan cekap kalau tidak harus ke longkang dibawa air hujan tuala lelaki itu. Nak tak nak, aku harus lap juga. Rambut aku pun basah. But before that..... Aku cium dulu bau tuala tersebut. Ye lah most of the guys bau masam dengan peluh mereka lagi. Ew..

Tetapi sangkaan aku meleset sekali. Tuala dia bau softlan! So wangi,  So relaxing.

"jangan nak bau-bau sangat. Just use it. It safe. Lagi satu ia kepunyaan saya. Mesti la wangi." aku menjeling sambil mengiraikan rambut aku menggunakan tuala tersebut. Ceh... Poyo. Macam lah aku nak sangat guna tuala dia ni.

Thursday, 7 May 2015

The Nothing Something 20

"Dah fikirkan?" diam. Angin pagi sejuk meniup kawasan perkarangan padang kampus. Aku memeluk tubuh kemas.

"saya... Saya.." aduh.. Adreena... Gagap pula!

"awak tak bersedia lagi."

"huh?" aku memandang Ilman yang duduk sambil memeluk lutut itu. Dia hanya memandang rumput hijau itu. Aku ditepi tidak dipandangnya. Ilman merajuk ke?

"saya tahu awak tak bersedia lagi. It's.. Fine. Saya tahu semua ini terlalu cepat buat awak, saya faham."

"umm Ilman.. Awak marahkan saya ke?" Ilman menggeleng. Baru sekarang matanya memandang aku dengan jelasnya. Lega apabila melihat ada segaris senyuman yang terpalit dibibir non-smoking itu. "nope. Buat apa saya nak marah? Ye lah orang tu tak sudi, takkan saya nak paksa?" sobs.. Terasa.

"bukan tak sudi lah Ilman, postpone.." Ilman ketawa halus. Lesung pipitnya manis sekali! Oh Ilman, takkan tak ada seekor semut pun yang gigit awak? Kalau saya jadi semut dah lama saya gigit awak tau.

"ye la postpone sampai bila ya?" dia buat muka berfikir. Aku hanya memandang Ilman dengan penuh minat. Baju kemeja dan seluar jean. Sangat simple dan sangat segak di mata aku. "sampai kita berdua betul betul bersedia." Ilman memandang aku dengan pandangan 'kita? Bukan awak seorang je ke yang tak bersedia lagi?' keningnya diangkat seperti double jerk style. Oh.. Aku baru perasan rambut dia sudah panjang sedikit, rambut depan sudah menutup sebahagian dahi. Macam mamat kpop gitu. Aku ketawa kecil tidak mempedulikan Ilman yang berleter tentang apa pun aku kurang pasti yang pastinya rambutnya sangat style hari ini.

"Adreena are you listening?"

Ilman membuat muka bosan. "ha.. Apa dia Ilman? Awak cakap apa?" Ilman mengambil sebatang pen dari bekas pensil dan menunjal kepala aku menggunakan pen tersebut. Aku menggosok. "apa awak ni... Sakit la kepala saya." bengong betul Ilman ni. "tu lah bila saya bercakap tak mahu dengar. Padan muka!" dia ketawa jahat. Tiba tiba suasana diam semula. Aku ralit memerhatikan wajah Ilman lagi. Dia tak perasan. Ni yang seronok ni. Mata dia macam sebuah kanvas yang menceritakan segalanya, hidung dia mancung kalau kena ni mesti berdarah eh teruk nya kau ni Adreena.. Hahaha. Macam mana lah aku boleh kata dia selekeh dan tak kacak masa mula mula aku jumpa dia dulu? "dah lah suka analysis saya masih tak mahu mengaku saya tak faham lah awak ni Adreena." caught red handed. Aku menggigit bibir. Malu bukan kepalang.

"Ilman saya nak pergi starbucks. Awak nak ikut?"  matanya menyorot ke mata ku. Dia menggeleng. "saya ada appointment dengan prof hari ni. Awak tunggu saya boleh?" "tapi saya nak pergi minum je. Awak tak boleh teman kan saya ke? Hmm tak apa lah." aku menyembunyikan perasaan kecewa yang terbit didalam hati.

"awak boleh pergi seorang diri? Kalau tak boleh, saya boleh cancel kan jumpa prof?" aku pantas menggeleng. "eh tak payah Ilman.. Saya boleh pergi sendiri."

"betul?" matanya mencari tanda kepastian di mataku. Aku hanya mengangguk. "nevermind. Saya okay. Umm saya pergi dulu lah ya? Bye. Assalamualaikum." aku bangun keluar ke kafe. Sendirian. Tak apa lah Adreena.. Dia ada hal. Jangan nak jadi spoiled sangat lah! Aku cuba memujuk hati. Aku panjatkan doa dalam hati moga moga selamatlah perjalanan aku seorang diri ni. Macam tak biasa pula berseorangan.

Pintu kafe itu aku kuak. Membuat pesanan dan memilih tempat paling hujung sekali. Aroma kopi ini menghilangkan semua masalah yang bersarang di kepala. Aku menekan aplikasi Instagram. Ramainya kawan aku yang dah berkahwin. Bosan tak ada apa yang menarik perhatian aku. "Zahirah.." aku mengangkat muka. Mata aku terpaku ke arah tubuh sederhana kurus itu. Hati aku mula digigit pilu. Kenapa dia mesti ada disini? "pergi lah Hazim saya.. Saya.. Tak mahu jumpa awak lagi." suara aku sudah mula sebak. Dia mengambil tempat di hadapan ku. Aku hanya menunduk. "Za... Saya masih cintakan awak. Forgive me jika kata kata saya tempoh hari membuat awak sakit hati. Tapi hati saya ikhlas.. Saya masih cintakan awak." aku mengangkat wajah memandang raut muka itu. Pandangannya penuh kesayuan. "Hazim. Mungkin dulu saya pernah mencintai awak tetapi sekarang tak lagi. Saya dah jumpa cinta sebenar saya. Ketika hati saya diruntun kepiluan yang begitu pedih, dia yang menemani saya.. Saya harap awak faham yang saya, tak cintakan awak lagi." walaupun aku rindu Hazim, tidak bermaksud aku dapat menerima dia kembali dalam hidup aku. It's hard. Hati aku dah beku untuk Hazim. "tapi kita boleh mulakan semula?" Hazim merayu. Aku hanya terdiam seribu bahasa.

'Mulakan semula'

huh? Dia ingat semudah membuat teh tarik? Aku menggeleng. "cukup lah Hazim. Cukup sekali awak buat saya macam ini. Saya maafkan awak. Saya memang maafkan awak kerana saya redha kerana ini bukan takdir yang tuhan takdir kan untuk saya. Sekali lagi, saya maafkan awak, but for accepting you back in my life it's hard and it's impossible."  aku berkata tegas.

"Adreena. 5 tahun kita bercinta, how can you move on to another person that fast? Saya tak percaya yang awak cintakan lelaki tu. Awak mungkin terhutang budi pada dia, that's all. Awak tak cintakan dia, awak hanya cintakan saya... Only me. Zahirah.. I love you." tanpa dipinta, manik-manik putih mula berguguran. Pantas aku menyeka air mata itu. Takmahu menangis untuk orang seperti Hazim.

"Hazim.. Tolong lah jangan bercakap seperti orang tak ada iman. Kembali lah kejalan Tuhan. Terimalah takdir yang kita memang tak ada jodoh." Hazim menghentak meja. Aku terkejut dengan riaksi Hazim. Hazim yang dulunya baik hati, penyayang sudah bertukar seorang yang hot tempered dan seorang yang kasar.

"go to hell with those takdir you said! Can you stop lying for God damn's sake? and  pretending that you are strong? I know you still love me and you are just using that stupid guy for denying all this thing. I know you don't love him!" aku tersentap.

Aku menampar wajah itu. Cecair pekat berwarna merah mula keluar dicelah bibirnya.

"go. You better go Hazim.." aku memalingkan muka ke arah jalan raya. Dia tergelak sinis. "Just wait my love,  i'll make your life suffer. If I don't have you, he will also won't and never have you." Hazim bingkas bangun dan keluar dari kafe. Aku meraup mukaku. Apa yang berlaku sebentar tadi seolah olah mimpi ngeri buat aku. Hazim.. Kenapa awak jadi macam ni..?

bing! pesanan mesej Whatsapp masuk.

Ilman: saya dah habis

Me: okay.

Ilman: where are you?

Me: Starbucks.

Ilman: awak okay tak ni?

Me: I met him

Tiada lagi pesanan Whatsapp yang aku terima dari Ilman. Seperti dijangka, Ilman terus menelefon aku.

"Assalamualaikum." lega mendengar suara Ilman.

"Waalaikumussalam.."

"You met him? When? Apa dia buat?" aku meraup muka sekali lagi dan mengeluh kecil.

"ya, baru tadi."

"awak okay tak ni Adreena? You're making me damn worry!" ni lagi seorang.. Damn, damn, damn aje tahu.

"saya tak ada apa apa lah.."

"jangan tipu saya lah. Your voice.. Awak menangis? Dia buat awak menangis?" suara Ilman mula meninggi. aku rasa Ilman memang ada pasang cctv dekat badan aku itu yang semua aku buat dia tahu. Kau pun satu Adreena, suara macam itik saja sengaunya mana orang tak boleh cam.

"Ilman... Awak kat mana?" aku cuba mengalih topik.

"I'm on my way. Jangan pergi mana mana. Tunggu saya kat situ, okay? Assalamualaikum."

"okay. Waalaikumussalam." klik. Aku hanya meneguk air kopi itu. Kalau tadinya kopi ini terasa enak sekali, sekarang pahit nya pula terasa menjadi jadi. Sungguh aku tak mengerti.

Ilman.. Cepat lah sampai.

Friday, 1 May 2015

The Nothing Something 19

Nak tercekik aku! Ilman ajak aku kahwin? Hello! Aku baru 24!

"awal sangat lah Ilman. Kita pun tak habis study lagi." Ilman memberi signal dan memakir kereta ke tepi. Dia memandang aku dengan muka bosan. Aku ketawa halus. Comel lah pula Ilman ni. "kalau kita kahwin, awak selamat dengan saya."

"tak kahwin dengan awak lagi pun saya dah selamat Ilman. Awak kan hero saya. Hehehe.." Ilman menjeling aku. Aku membuat isyarat 'saya-cucuk-mata-awak-nanti!'. Dia buat mata juling keatas tanda 'saya-tak-kisah-pun' pula kat aku! Heh.. Ilman ni kalau dilayan sampai esok pun belum habis. "jangan main main lah Adreena, saya serius ni. Jom kahwin." aku sebenarnya... Masih berdebar. "saya tak puas bercinta dengan awak lagi."

"lepas kahwin je lah kita bercinta, kat mana mana pun saya ada dengan awak. Dalam tandas pun kita boleh bercinta." kening double jerk style. Ohhhhh..

"pervert 69..?" Ilman ketawa jahat apabila melihat muka aku yang kelihatan cemas. "ish.. Ish.. Dah lah. Jom saya hantar awak balik. Awak pun dah tak menangis." dia tersenyum nipis. Aku membalas senyuman Ilman juga.


"boleh akak masuk?" tanya kak Mel dimuka pintu. Aku yang sedang berbaring, segera bangun dan bersila dengan sopannya. Aku menangguk perlahan. "busy ke Ad?" aku ketawa kecil. "tak ada lah.. Assignment sikit. Biasa lah uni life memang kena busy for better future lah katakan.." kali ini kak Mel pula ketawa. "eh, Ilman tak propose ke?" kak Mel tersenyum sumbing. Aku terdiam. Ajak aku kahwin sebab cemburu dengan Hazim kira propose juga ke? "kalau Ad cerita, kak Mel jangan bagitahu sesiapa tau.." aku menjegilkan mata. Kak Mel ketawa dan membuat pinky promise. "ye lah. Apa Ad nak bagitahu?" "Ad... Jumpa Hazim." riak muka kak Mel berubah. "Ad tak..sedih?" aku terdiam lagi. Sedih? Tipu kalau aku cakap aku tak sedih. "sedih. Tapi nak buat macam mana kan? Benda dah lalu." aku buat buat ketawa. Canggung. Kekok.

"kak Mel tahu Ad masih sayangkan Hazim.." aku yang tengah menaip sesuatu di Macbook, mengalihkan pandangan kepada kak Mel. "apa kak Mel cakap ni? Ad sekarang ni dah ada Ilman. Ad sayang dan Ad cintakan Ilman." aku mengeluh halus. kak Mel tersenyum nipis. "Ilman ada propose tak?"

Aku mengangguk.

Kak Mel tersenyum sumbing semula.
"Im so happy for you Ad!! Akak harap Ad happy selalu dengan Ilman dan berikan Aan dan Aim cousin baru!" kak Mel memeluk aku erat. "so when is it?" tanya kak Mel penuh keterujaan. Aku menunduk. "Ad tak terima. Ad cakap masih terlalu awal." "hah?!!! La..... Kenapa awal pula? Okay lah tu Ad pun sekarang dah 24. Bukan muda lagi."

"Ad sebenarnya... Keliru. Ad confuse dengan perasaan Ad sendiri.. Betul ke hati Ad sudah benar benar melupakan Hazim? Betul ke Ad cintakan Ilman atau Ad hanya sukakan dia sebab dia banyak menolong Ad? Ahh.. Ad confuse!" aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Kak Mel pula ternganga dan kemudiannya memukul pehaku.

"hisshhh Ad ni! Apa cakap macam tu? Akak rasa kamu sayangkan Ilman lah. Tengok kamu berdua pun tahu. Cara Ilman pandang Ad memang lain sangat. Dah lama kak Mel perhati. Dia bila pandang Ad memang ada something... Its love!" aku menunduk mendengar setiap patah perkataan yang kak Mel tuturkan. Betul ke?

"akak keluar dulu lah Ad. Fikir fikirkan lah ya!"