Jimmy melepaskan keluhan berat. Berat? Ya, berat kerana aku dapat mendengar keluhan lelaki itu. Apa yang dikeluhkan? Aku menjeling Jimmy. Dia sedang menongkat dagu. Bagpack hitamnya diletakan disebelah. "bila lah hujan ni nak berhenti? Its almost two hours we have been staying here!" Jimmy membentak. Aku pula hanya menekup bag galas jenama Nike AirMax aku rapat ke dada. Sejuk yang mencengkam!
"hey awak dengar tak apa saya cakap?" aku angkat muka. Dia buat muka bengang. Laaa... Cakap dengan aku ke? Mana lah aku tau kan?
"awak ingat saya Tuhan ke nak ramal bila hujan ni boleh stop?" giliran aku pula membalas. Dia terdiam dan pandangannya galak menikam wajah aku. Aku pula jadi tak selesa.
"jom." huh? Aku mengerutkan dahi tanda kurang faham. Jom? Jom kemana?
"apa?"
"ikut je lah." dia menarik lengan aku supaya bangun dari tempat duduk. Aku memerhatikan Jimmy yang sedang membuka jaket windbreaker berwarna hitamnya. Usai membuka jaket, jaket itu di letakkan pula keatas kepala aku. Aku merenung Jimmy, hairan. "what are you going to do?" soalan aku dibiar sepi. dia masih sibuk membetulkan posisi jaket yang berada di atas kepala aku. Dari sini, aku dapat melihat wajah Jimmy dengan lebih terperinci.
Kulit licin dari perempuan, checked.
Rambut macam messy bed hair, checked.
Bingkai spec berwarna hitam dan bersaiz sederhana besar, checked.
Hidung mancung, checked.
Senyuman manis tahap cotton candy, masih unchecked.
"okay, dah jom.." aku masih tercegat disitu. Dia ni, dari tadi jom, jom, jom, bila aku tanya, ikut je lah apa lah. Hey dia ingat aku ni toys? A Barbie that he can play with? "come on! Buat apa awak tercegat kat situ?" aku menjegilkan mata. Dia menahan ketawa sekali lagi. Lawak ke? Dia tak tahu ke aku tengah geram sangat-sangat ni? Aku tetap berdiam diri. Dia menghampiri aku. "im sending you home." Jimmy masih beriak biasa memandang aku. "no need. Saya boleh tunggu hujan reda dan balik sendiri." aku pulangkan balik jaket dia. Dia ketawa kecil.
"okay. Sekarang dah pukul 6:30 petang, awak nak stay sini, stay seorang diri, Im going home." dia mula menyarungkan jaketnya semula. Aku masih diam tak berkutik.
"hujan macam tak ada tanda-tanda nak berhenti lagi.. Duduk lah sini sorang sorang..." hati aku dah mula berperang dengan perasaan bercampur baur. Macam mana kalau aku jadi mangsa kidnap? Uhhh seram..
"nanti awak tinggal sini sorang sorang, ada orang kidnap, tak ada siapa dengar awak menjerit. mungkin masa tu saya tengah sedap mengunyah ayam goreng.." apa kena mengena ayam goreng? Dia pun satu, kalau nak balik, balik sahaja lah! Tak payah banyak cakap. Sahaja nak provoke aku. Dia dah melangkah keluar dari tempat menunggu bas. I guess, ive no choice..
"Jimmy.. Jimmy.. Tunggu saya." aku berlari mendapatkan Jimmy tapi malang pula nasib kaki aku tergelincir terpijak bungkusan plastik makanan. Aku memejamkan mata. Errr? Tak rasa sakit pun? Aku membuka sebelah mata. Ada dua batang tangan erat memegang lengan aku. mata kami bertaut untuk kali kedua. Jimmy beriak tenang tapi matanya serius memandang aku. Aku segera berdiri dan menarik lengan aku dari pegangan Jimmy. Dia melepaskan bagpack nya ke jalan dan membuka jaketnya. Dia segera meletakkan jaketnya dia atas kepala aku. Dia pakai semula begpacknya dan terus berjalan. Aku dibiarkan disitu. Jimmy marahkan aku ke?
"Jimmy..." aku berlari kecil. Dia toleh ke belakang.
"jangan lari.." aku berhenti berlari tetapi berjalan laju ke arah Jimmy. Aku berdiri di hadapan lelaki itu dan terpaksa mendongak sedikit untuk memandang wajahnya. Dia menjentik dahi aku. "ouch! Sakitlah.." aku menggosok-gosok dahi. "tu lah, saya dah cakap, ikut je saya awak tak mahu. Too snobbish. Lepas tu takut juga, berlari dekat saya dan hampir terjatuh. Kalau awak jatuh tadi.. saya tak tahu apa nak cakap." dia mengeluh. Aku menunduk. "uhmm.. Sorry." Jimmy ketawa halus. "dah lah. Bagitahu direction saya hantar awak balik." aku mengangguk.
"err.. Okay."
Kenapa aku rasa selamat bila Jimmy ada? Bukankah dia seorang stranger juga? Kenapa kami jadi begitu rapat? Dia kenal aku. Tapi aku tak kenal dia. Huh... Bila Jannah balik, aku mesti serang dia semuanya tentang Jimmy!
No comments:
Post a Comment