Friday, 8 May 2015

Love In Rain

Alamak, hujan lebat pula hari ini. Payung pula tak bawa. Kalau hujan renyai boleh lah aku speed up, tapi.... Kalau speed up dengan hujan lebat macam ni mahu lencun balik rumah. Nasib lah dapat berteduh bawah tempat menunggu bas ni.

'Sediakan payung sebelum hujan'

Aku mengeluh. Sedia ke mana payung kemana tu lah baru aku sedar betapa penting nya peribahasa. Benar belaka. Macam situasi sekarang ni lah.. Nasib kau lah Wafeen siapa suruh tak bawa payung kan? Aku mengeluh. Mahu dua jam juga hendak menunggu hujan berhenti. Hendak menelefon Jannah, perempuan itu pergi balik rumah mak bapak dia oh ya lagipun, bateri pula dah habis.

"Rambut awak basah." eh ada orang ke? Aku ingat aku seorang je kat sini. Aku toleh ke kiri. Seorang lelaki bertubuh tinggi lampai sedang mengirai rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil. huh.. Dia pun basah juga. Lagi lencun. Berjalan bawah hujan gamaknya. Kaca mata dan pakaian dia semua lencun. Teruk betul..

"bercakap dengan saya ke?"

"eh tak lah, I'm talking to Mr.Ant there below your shoes.. Mr.Ant your hair is soaked." dia perli aku baik punya. Tak apa lah. Aku pun bodoh pergi tanya soalan macam tu.. Sah lah kami berdua aje disini, lagi mau tanya.

"memang lah basah.. Saya jalan ke sini." dia sedang mengelap kaca matanya. Sangat tertib.

"nah, ambik towel ni pergi keringkan rambut awak. Rimas saya tengok.." eh.. Dia ni. Rambut aku dia pula yang rimas.. dah lah bagi towel dia pula tu. Tak rela aku nak bersharing tuala dengan dia.

"eh I don't need your towel, stranger." aku menekan perkataan stranger itu. Bagi dia sedar sikit lalu aku membaling semula tuala itu. "oo so much stranger. Ya, ya strangers in one campus you mean?" huh? Aku sekampus dengan dia?

"hey, awak UKM juga?" dia mengangguk. "you know me?" angguk lagi. "everyday I see you and I know who are you."  Uhhh.. Creepy betul lah mamat ni.

"awak pasti awak bukan psycho kan?"  aku memandang lelaki itu curiga. Dia hanya tersenyum senget membetulkan posisi kaca matanya sambil memandang aku. Eh wait.. Aku pernah nampak gaya sebegini tetapi di mana ya? Kyouya senpai! Dalam cerita anime. Macho pula lelaki ni. "kenapa awak ingat saya ni psycho?"

"sebab you see me everyday and it's kind of creepy.. I must say." smirk. He smirked...

"we are in the same year, stupid. Ofcourse im seeing you everyday. Sekarang boleh tak awak ambik je tuala ni tanpa banyak cakap?" dia baling semula tuala itu kemuka aku. Mujur aku boleh tangkap dengan cekap kalau tidak harus ke longkang dibawa air hujan tuala lelaki itu. Nak tak nak, aku harus lap juga. Rambut aku pun basah. But before that..... Aku cium dulu bau tuala tersebut. Ye lah most of the guys bau masam dengan peluh mereka lagi. Ew..

Tetapi sangkaan aku meleset sekali. Tuala dia bau softlan! So wangi,  So relaxing.

"jangan nak bau-bau sangat. Just use it. It safe. Lagi satu ia kepunyaan saya. Mesti la wangi." aku menjeling sambil mengiraikan rambut aku menggunakan tuala tersebut. Ceh... Poyo. Macam lah aku nak sangat guna tuala dia ni.

No comments:

Post a Comment