Monday, 11 May 2015

Love In Rain 4

Selepas dihantar pulang oleh Jimmy, aku terus naik ke atas tidak mempedulikan Miza yang menjengah kehadiran aku dari dalam dapur. Jantung aku masih berdetak laju.  Nafas pun belum betul teratur. Cari inhaler betul!  Selepas mencampak backpack ke tepi katil, aku campakkan pula diri aku ke atas katil.

"Dah. Sampai sini je lah awak hantar saya. Depan tu rumah saya. Saya boleh jalan sendiri." kata aku sambil menjuihkan bibir ke arah rumah dua tingkat berwarna peach itu. Dia mengangguk. "Uh.. Err okay. Bye Jimmy.. Thanks." ucapku perlahan. Aku mendongakkan wajah memandang anak mata Jimmy yang aku rasa cantik walaupun hanya dapat dilihat dari luar kaca matanya yang tebal itu. Dengan tanpa riaksi di wajah nya, dia mengusap kepala aku.

"i want to see you again." 

Aku rasa jantung aku dah terkeluar jatuh di atas jalan akibat berdebar over limit. Hingga sekarang aku masih tak tahu kenapa aku berperasaan macam ni.

"Arrgggh!!" aku menekupkan telinga menggunakan bantal dan menjerit sekuat hati. Boleh release kan tension? Doktor psikatri kata lah. 

Kenapa dengan aku?!!! Mata dia, hidung dia, spec mata dia?!! Semuanya seperti berterbangan bebas di kotak fikiran aku.

Bunyi ketukan dari luar bilik, menyedarkan lamunan. "woi.. Kau okay tak? Apahal kau menjerit macam orang gila? Kena sampuk ke wey?!" jerit Miza dari luar. Aku membuka pintu perlahan. Bantal masih aku pekupkan di tepi telinga. Miza merenung aku pelik namun diterjah juga masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil aku. "kau ni dah kenapa?"

"im having a sickness now."

"kau serious ke weh? Ya Allah! Berapa hari lagi kau dapat hidup?" Miza kalut menggoncang badan aku. Aku menjeling Miza tajam. "Heyy!!! Choii mulut kau. Aku ada sick yang lain lah.. Bukan yang nak mati punya. Eh.. Ada juga lah yang nak mati tapi... Eh..." Dia menepuk pehaku. Aku mengaduh kesakitan. Erghh apa main tepuk-tepuk ni?!

"heh... Kalau macam tu kau boleh tak straightforward terus? Tak perlu lah nak berkias dengan aku ni. Cakap pun dah tak betul."  Miza mencebir.

"aku rasa kau dan Jannah kenal kan Jimmy..?" Miza buat muka skeptik pula.

"ohhh... That guy. Azim Amri? Budak yang ambik course programming tu ke?" oh... Aku hanya mengangguk. Baru tahu.  "hah, kenapa dengan dia?" Miza memandang aku penuh syak wasangka lalu dia tersenyum sinis.

"Miza... Aku.. Aku..."

"girl... Don't say....." Gadis kacukan Jepun itu melihat aku sambil tersenyum nakal. Something's fishy...

"uhhh shut up! I'm not really sure." aku benamkan muka ke dalam bantal. Miza ketawa besar. "apa yang kau tak sure? Aku kan doctor love to everyone so mind to tell me?" soal Miza dengan lagak persis seorang doktor cinta yang terlebih expert. Aku masih ragu ragu hendak membuka pekung didada, tapi alang alang dah terlanjur cerita...

"i guess I like him.." Miza ketawa sekali lagi. Aku mendengus. Hampeh punya kawan, aku baling lesung batu kat kepala karang...

"ohh okay, okay sorry.. Since when you started to know and like him?" macam pergi interview dalam rancang doktor cinta Miza pula. "today..?" rahang Miza terbuka luas. "seriously? Bila kau start kenal dia?"

"today jugak lah."

"kau tak pernah nampak dia kat campus sebelum ni?" aku geleng sekali lagi.

"and how can that love thingy happened?"

"we stucked in a rain. He talk to me. Dia cerita kat aku macam macam pasal kau dan Jannah."  Miza mengusap dagunya berulang kali.

"so it's love at the first sight! And perhaps.... Love in rain?" kata Miza penuh semangat. Muka aku merona merah. Could it be...

Love.... In rain?

No comments:

Post a Comment