Saturday, 16 May 2015

Love In Rain 6

"wah wah Waf, aku dengar kau ada suka seseorang." aku yang sedang meletak secawan kopi latte ke atas meja kopi, tersentak mendengar kata kata Jannah.

"sapa bagitahu kau ni? Bukan kau baru balik ke?"

aku cover rasa malu dengan menghirup latte perlahan-lahan. Teguk semua karang, melecur mulut sebab panas tahap 69! Jannah yang sedang duduk atau lebih spesifiknya, yang sedang berbaring di atas sofa berbentuk L sambil mengunyah kacang itu ketawa kecil. "macam kau tak tahu radio bergerak rumah kita ni." aku dah agak! "Miza?" "Sharifah Almiza lah siapa lagi," aku pada mulanya ingin mengutuk Miza jadi ketawa terus. Lucu pula.. Miza.. Miza.. "eh how's your vacation?" aku menukar topik. Tak mahu Jannah bertanya lebih lanjut tentang Jimmy. Jannah mula membetulkan posisi kedudukannya, duduk menegak. Dia tersenyum senget. "vacation lah sangat kan.."

"eh betul lah vacation. Kau balik kampung kan?"

"hm ya.."

"apasal sedih aje ni? Pasal Rayyan ke?" aku terkekeh ketawa. Perempuan itu membaling bantal kusyen ke arah aku. Cis. Aku baling semula.

"ish apasal korang main baling-baling bantal ni? Buang tebiat ke wey!" entah dari ceruk mana datangnya si Miza ini, dia terus menghempaskan punggungnya keatas sofa diantara aku dan Jannah.

"dia ni la cakap pasal Rayyan pula tiba tiba." adu Jannah kepada Miza sambil memuncungkan bibir. Angelina Jolie sangat! "eh, kita cakap je pasal Rayyan kenapa nak marah? Haaaaaa" Aku dan Miza berkomplot mengenakan Jannah yang sudah tertunduk malu itu.  Pipinya kemerah-merahan.

"I never know that he's my long lost childhood friend. Time aku last jumpa dia dulu, he was a fat boy!! But now.. Puberty hit him hard weh!" kata Jannah bersungguh-sungguh. Macam nak menangis pun ada. Aku dan Miza pula hanya mampu menahan tawa melihat muka cemberut Jannah.

"and that time, his name was Alif.."

"and now?" Miza menyampuk dengan penuh rasa ketidak-sabar-an.

"Rayyan.."

"What? Dia tukar nama? Fuhh epik." tiba tiba aku teringat kan Jimmy. bukan menukar nama walhal hanya nama panggilan sahaja. Jannah menggeleng laju.

"nama dia Rayyan. Nama dia Alif jugak. So... His name is Alif Rayyan."

Ohh... Not bad namanya. Orangnya pun mesti kacak. Kalau tidak, macam mana tuan puteri Jannah Afrina kita ni boleh sukakan lelaki itu kan.

"he likes you?" soal Miza dengan penuh tanda tanya. Mungkin mood doktor cintanya sudah kembali. "i don't know.. but empat hari di kampung was enough for making me fall in love with him!"

"kira bertepuk sebelah tangan lah ni ya?"

"bertepuk sebelah tangan lah kot.." Jannah buat muka sayu.

"by the way, Waf, tadi kan si Jimmy kata nak jumpa kau masa balik. Dia cakap apa time kau dengan dia kat kafe tu? Story lah!" Miza mula mengunyah kacang di tangan Jannah. Aduh. Sekarang time aku pula!

"err.. dia.. dia just nak number phone aku je. That's all."

"aku rasa dia suka kau lah beb." kata Miza, berseloroh.  Mata aku membulat dan segera menggeleng. "mana ada! Kami kawan je." Miza mencebik.

"kawan apa kalau seorang dah mula suka kat seorang lagi?" tepat kena batang hidung aku sendiri. Hiks Miza ni...

"aku.. Aku tak tahu nak kata apa tapi memang ridiculous lah kalau kau cakap dia suka aku."

"yang dia tekap kan tangan kat dahi kau tadi apa kes?" Miza buat kening double jerk style. Aku terpana.

"kau nampak?!"

"ye la!" aku cubit badannya bertalu talu. Jannah hanya mampu tergelak memandang kami.

"kau ni naughty lah Miza!" kata Jannah.

"well you know me," kata Miza dengan lagak kekwatnya. Aku dan Jannah menepuk-nepuk badannya. Miza ketawa dalam kesakitan. "wehh.. Enough..haha...ahaha."

Tiba-tiba deringan telefon aku berbunyi. Aku melihat nama yang tertera dan aku tersentak. Miza yang melihat perubahan riaksi aku, mula menjeling ke arah skrin telefon aku. Dia segera merampas telefon aku dan mengangkat. Aku tak sempat nak menghalang. Semuanya terlalu pantas!

"Miza.. Give my phone back!"

"Hello.. Ha? Ni Miza. Ya, ya, housemate Wafeen. Mm kejap ya, kawan aku ni malu malu pulak aku tak ta..aduh!! Sakit la Wafeen!" dia sempat lagi memarahi aku ketika bercakap dalam telefon. Mesti Jimmy tengah fikir bukan bukan. Miza bagi semula telefon kepada aku. Talian masih on. Perlahan-lahan aku bawa telefon ke telinga kanan.

"ermm hai," ketawa halus dihujung talian.

"hai. Tengah sibuk ke?"

"tak. Saya tengah tengok tv."

"then keluar sekarang. Saya kat simpang yang saya hantar awak haritu." aku terkejut. Apa dia nak?

"emm Jimmy, saya ada kerja pula tiba-tiba. Kalau saya tak pergi tak apa kan?" alasan yang aku tahu akan ditolak mentah-mentah.

"no excuses please. Tadi awak kata awak tengah tengok tv lepas tu tiba tiba ada kerja. Are you avoiding me?" suaranya mula mengendur. Aku mengeluh.

"okay. I'm coming. Just.. Wait there."

"don't be late,"

"okay." klik! Talian diputuskan. Aku pergi ke cermin melihat pakaian aku. Pijama bercorak kotak-kotak. Rambut aku hanya ikat pony tail biasa. Ah.. Okay lah tu. Aku terus ke muka pintu utama rumah. "weh weh kau nak pergi mana?" tanya Jannah risau. "aku nak pergi jumpa Jimmy." aku cuba beriak biasa. Namun, kedua dua gadis yang berada di atas sofa itu menghadiakan senyuman penuh makna kepadaku.

"Hey! Jangan fikir bukan-bukan okey." aku menempelak. Mereka ketawa besar dan menyambung semula menonton tv. "take care dude!" "ya ya I will."

Aku jalan ke simpang itu dan aku terlihat seorang lelaki memakai hoodie berwarna kelabu dan seluar tracksuit berjalur putih di tepi. Dia sedang berdiri memeluk tubuh. Matanya masih galak memandang aku yang sedang menghampirinya. Sekarang aku betul betul berada di depan Jimmy. Aku menarik muka masam. Dia masih tersenyum. Mujur lah handsome. Cuba muka macam pecah rumah, mesti orang ingat gila.

"messy betul rambut awak. Rumah tak ada sikat ke?"  aku menjeling Jimmy. "ada sikat. Cuma saya malas nak sikat. Awak lah, ajak keluar malam malam ni. Awak nak apa?" aku membentak.

"cute." aku ternganga. Dia tersenyum.

"what cute?"

"your pyjama" muka aku dah berona merah. Nasib waktu malam kurang sikit cahayanya. Kalau tak mesti si Jimmy ni nampak aku tengah blushing. Rambut aku yang terjuntai di tepi, dia alihkan kebelakang telinga. Untuk ke sekian kalinya, aku terkejut. "okay dah tak messy. Jom teman saya pergi dinner."

"dinner?"  aku memandang Jimmy kurang percaya. Ha?

"ye la makan malam dalam bahasa melayunya. Jom lah." dia memasukkan tangannya ke dalam poket hoodie.

"dengan baju saya macam ni? Kejap saya pergi-"

"tak payah."

"tapi-"

"no." hiks.. Susah betul bila ada aje orang nak potong kata kata. Nak bercakap pun tak senang.

"awak dah cantik dan kemas dah pakai macam ni. Now, jom." dia memegang kemas tenganku dan dipimpinnya tanganku ke sebuah kereta. Hati aku dah berdebar. Antara suka dan geram.

Mini cooper? Kaya betul mamat ni. Tapi haritu kenapa tak naik kereta sahaja? Kenapa jalan kaki? Pencinta alam sekitar?  "hey masuk lah. Nak jadi patung cendana ke kat luar tu?"  aku tersentak dari lamunan dan segera memasukkan tubuh aku kedalam kereta itu. Jimmy sedang memerhatikan aku. Aku pandang Jimmy pelik. "Apa tengok tengok?"

"seatbelt tu pakai. Karang accident, saya pula yang kena," aku jadi termalu sendiri. Seketika kemudian, aku memakai seatbelt. Baru lah kereta Mini Cooper Jimmy bergerak. Keadaan sepi diantara kami. Hanya radio yang berbunyi perlahan menyelubungi kami. Tiba tiba aku teringatkan sesuatu. Aku menepuk dahi. "Jimmy.." dia memandang aku sekilas. "apa?"

"saya lupa bawa purse." aku dah mula cemas.

"biar je. Awak makan lepas tu buat muka kesian ke apa ke mesti orang kedai tu bagi free of charge."

"banyak lah awak! Kalau saya kena cuci pinggan macam mana?"

"kita cuci pinggan sama-sama." aku ketawa kecil. Jimmy juga begitu.

"awak ni.. Saya serious lah."

"awak tu Wafeen lah bukan serious," loyar buruk sekali lagi!

"saya yang ajak, saya lah yang belanja. Tak perlu risau okay?" dia memandang aku. Aku pandang dia. Pandangan kami bertaut dan dup dap dup dap aku segera mengalihkan pandangan.

Kami sampai di Coffee Bean yang berdekatan. Ada juga beberapa pasang mata melihat aku dengan penuh kehairanan dan ada juga yang tersengih. Jimmy buat donno dan melayan aku seperti biasa. Aku hanya memesan sepotong blueberry cheesecake dan secawan espresso. Jimmy pula memesan croissant dan secawan latte. Kami menikmati makanan sehingga licin. Upps... Nampak sangat ke aku lapar? Teruknya kau ni Wafeen.

"comot," belum sempat aku membalas, dia terlebih dahulu mengambil tisu dan mengelap kesan kotoran ditepi bibir. Sekumpulan pelajar perempuan yang duduk di meja sebelah, melihat kami. Ada yang cakap 'cute lah couple tu'. Macam aku tak dengarkan! Aku hanya tunduk malu. Ish Jimmy ni. Macam lah aku tak boleh lap sendiri.

"abang.. Ni adik abang ke?" soal seorang daripada mereka.

"hmm my wife?" mereka terkejut tak percaya. Aku seribu kali terperanjat tenuk! "Wife apanya, haha.. Err kami kawan je lah." aku menutup malu dengan pura pura ketawa. Mereka pun terikut ketawa sama.

"macam lebih dari kawan aje. Something special I assumed?" budak perempuan itu menebak sekali lagi. Belum sempat Jimmy membalas, aku terlebih dahulu memotong laju 180km/j.

"kawan tak boleh buat macam tu ke dik? Hehehe. Eh dah lewat ni kenapa tak balik lagi?" aku cuba untuk menukar topik. Jimmy masih tersenyum memandang aku. "alah kak, malam masih muda! Bagi lah kami enjoy malam minggu ni. Esok-esok nak SPM dah.. Tak boleh nak have fun."

"betul tu," teman-temannya mengiakan. "tapi awak awak semua ni perempuan. Jaga diri ya jangan merewang kemana mana lepas ni. Balik rumah terus!" nasihat aku seperti seorang kakak.

"thanks kak! Akak ni baik lah. Kalau akak kahwin dengan abang ni, jemput lah kami ya?" Jimmy tersengih-sengih. Senyuman aku dah jadi senyuman paling kekok sekali. Aku hanya diam tak menjawab.

"emm come," Jimmy mula bangun  dan aku membuntuti Jimmy. Sempat lagi aku memberi lambaian kepada budak budak itu. Aku pakai seatbelt setelah kami memasuki kereta. Jimmy duduk menghadap aku. "suka awak kawan dengan budak budak tu ya?" aku tersenyum kecil.

"saya rasa matang bila lepak dengan diorang,"

"matang lah sangatkan. Saya rasa kalau awak duduk dengan diorang satu meja pun saya tak akan perasan yang awak ni budak U."

dia mula ketawa dan membetulkan cara kedudukan nya. Kebetulan ada botol air mineral kecil di dalam kereta Jimmy, aku ambil dan aku pukul lengan Jimmy dengan botol itu. Jimmy ketawa lagi. Tiba-tiba aku macam dipukau. Hari ni aku rasa, hari yang paling banyak Jimmy gelak. Amazing.

"hey... Awak dengar ke tak ni saya panggil awak?"

"err ya apa?"

"kita dah sampai.  Eem... Thanks sebab ikut saya.."

"thanks juga sebab belanja saya."

Dia mengusap kepala aku.

"goodnight."  kata Jimmy.  Lidah aku dah kelu.. Aku segera keluar dari perut mini cooper dan berlari ke rumah.

Jantung aku dah tak stabil.

No comments:

Post a Comment