Wednesday, 29 April 2015

The Nothing Something 18

"lepaskan tangan saya.. Hazim." senak di dada masih ada. Aku rindu wajah ini? Suaranya? Ilman. Ilman mana?

"Za..."

"hands off man." Ilman. Suara Ilman! Aku merentap tangan aku dari genggaman Hazim. Hazim tidak mengeraskan pegangannya kali ini. Perhatiannya lebih difokuskan kepada Ilman yang berada di sebelah aku. "who are you?"

"her fiancee." Hazim kelihatan terkejut pada mulanya, kemudian dia tersenyum sinis memandang aku.

"that fast?" aku diam. Salah aku? Awak yang tinggalkan saya Hazim.

"you left her first, bastard." aku memandang Ilman. Aku tak pernah nampak dia marah sampai mengeluarkan kata kata sebegitu. Riak mukanya memang cool. Cool sangat sampai aku rasa nak ambik gambar buat wallpaper! Eh siot lah kau Adreena!! Kening Hazim bersambung.

"so you know?" sekali lagi gelak sinis Hazim menerjah telinga. Sakit hati aku mula meluap luap semula.

"ofcourse. She's my fiancee after all." Ilman beriak tenang lagi.

"memang patut saya tinggalkan awak Za. Kalau saya tahu macam ni, memang keputusan saya selama ini tak salah." aku tersentak. Sebak pun ada. "wow man, now you sounded like a dumb. You dumped her and you blame her when she had another fiancee now? Psh.. Stupid." Ilman terus membackup aku. Aku tak tahu nak cakap apa. Kepala terasa amat pening. Kenapa Tuhan jumpakan aku semula dengan Hazim. Memang, Memang aku rindu wajah Hazim. Tetapi aku tak mahu semua ni. Hazim mengetap bibir.

"Hazim.. Enough." dua pasang mata itu melihat aku serentak. Ilman masih tenang tapi aku tahu dia sedang menahan amarah."awak yang tinggalkan saya. Saya tunggu awak balik 3 tahun, Hazim. 3 tahun. Saya tunggu awak untuk kita langsungkan apa yang kita janji. Tapi mana awak masa tu? Cuba awak fikir kan." aku menahan sebak. Aku menunduk seketika. "Zah-"

"Ilman awak ada nak beli apa apa lagi tak? If no, then let's go." aku memotong percakapan Hazim dan terus berlalu ke tempat parkir kereta. Ilman membuntuti aku. Suasana di dalam kereta hanya kedengaran tangisan perlahan aku. "Adreena"

"hmm?"

"that's Hazim?"

"hmm.."

"masih cintakan dia?"

"hmm.. Eh hah?!" Ilman ketawakan aku. Apalah Ilman ni. Tanya soalan bengong pula. Mesti lah aku sayang dia. Ilman. Bukan, Hazim. Dia memberikan sapu tangan kepada aku. "wipe those tears..." aku mengangguk. dah berapa kali Ilman tengok aku menangis depan dia? Banyak kali.. Memang aku ni sobber! "Ilman.. Kalau awak tak datang tadi, saya tak tahu la." Ilman berdeham sedikit. "saya nampak orang lelaki pegang awak, saya rasa......" dia terhenti. Ego! Aku senyum senget. Suara aku pun sengau lepas nangis. Cet! "awak rasa jealous kan? Kan? Kan? Mengaku cepat!"

"saya cemburu. Memang. Memang saya cemburu. Saya tak nak tengok dia dekat lagi dengan awak. Kalau tidak..."

"if not what?"

Pandangannya tajam menusuk anak mata aku."don't ever try to dare me. Dia tak tahu apa yang saya boleh buat." gerun aku bila Ilman serius macam ni. Kering terus air mata aku. Tiba tiba dia tergelak kecil. Aku pula buat muka pelik dekat dia. Ilman ni psiko ke?

"dah lah, tak payah nak terkejut sangat. Kalau awak nak tahu saya cemburu atau tak, yes. memang saya cemburu. Saya pun manusia biasa jugak. Iman saya tak sekuat mana. Saya lelaki. Bila saya nampak dia pegang tangan awak tadi.. Nak je saya bunuh dia. Suka hati nenek dia je pegang makcik saya ni. Nasib saya ni berhati perut, selamat lah bekas tunang awak tu." sempat lagi mengutuk suka hati mak dia!

aku tersengih melihat Ilman yang masam mencuka sambil bercerita tentang apa yang dia rasa waktu terlihat aku dengan Hazim tadi. "itulah.. Awak hilang macam tu je tadi. Saya risau.." pipi aku berona merah.

Ilman tersenyum senget. "saya pergi ambil keju masa tu, tak sangka pula ada drama kat situ. Dan.. Saya menyesal tau."  aku kerutkan dahi. "menyesal kenapa pula?"

"ye lah, awak punya bekas tunang tu boleh tahan ya.. dia handsome tapi saya tahu saya handsome lagi, tak mustahil satu hari nanti awak tinggalkan saya."

"awak nak saya tinggalkan awak?"

"awak nak tinggalkan saya? Sanggup?"

Soalan berbalas soalan. Kami ketawa kecil. Pelik! Memang pelik.

"saya tak mahu tinggalkan awak Adreena."

"saya pun."

"jom kahwin."

Monday, 20 April 2015

The Nothing Something 17

"jom teman saya beli barang." jarang Ilman ajak aku keluar time hari Ahad macam ni. Biasanya kami di telefon aje, tiba tiba pula hari ni ajak aku pergi shopping.

"nak beli apa..?"

"some grocery things.." ooohhh.. Pen ditangan ligat memukul dagu.

"you cook!?"

"yes.."

"tak cerita pun kat saya..." dia ketawa.

"siapa suruh awak tak tanya.." aku cebik.

"ok fine awak menang. Pukul berapa kita nak pergi?"

"saya fetch awak sekarang."  sekarang?

"okay saya siap kejap. Tell abang that you're coming!" dia ketawa.

"ya lah.. Emm.. Ad.."

"ya?"

"pakai tudung siap siap."

Hiks! Tu pun nak ingatkan ke? Aku tahu lah.. Aku dah lupa dah pasal benda tu. Ilman ingatkan balik!

"ye laaaaaa.." sengaja aku menekan perkataan 'la' dibelakang. Dia hanya ketawa di hujung talian. Suka dengar dia ketawa. Rasa seksi sangat... Oh! Oh! Gila kau Adreena! Aku tergelak sendirian.

"gila ke gelak sorang sorang macam pontianak je." oops.. Lupa pula talian masih belum ditutup.

"pontianak ni jugak yang awak suka!"
"apa apa je lah. Cepat siap. Tak perlu pakai lawa-lawa, tak ada siapa nak tengok.." aku tergelak.

"jealous cakap!"

"jealous? No time okay.."

"apa apa je lah Ilman. Dah saya nak siap."  klik! Talian diputuskan. Hek eleh... Dah cemburu tak nak mengaku lagi? Aku terbaring atas katil. Tiba tiba terfikir kan balik hubungan kami. Pelik, hairan, musykil bila kita boleh suka dekat seseorang dalam masa yang singkat. Bibir menguntum senyuman.

"awak nak beli apa ni?" aku mengerling Ilman di sebelah. Hari ni dia cuma memakai sweater berwarna kelabu dan seluar jean hitam. "saya nak buat lasagna. You okay with that?"

"why me?"

"because I am going to give it to you.." hati aku dah kembang sebesar taman tasik titiwangsa. Aku menunduk. Malu??? Apa kena dengan kau Adreena?!  "thank you."
"welcome." pandai juga Ilman pilih barang. Senang nanti kahwin dengan dia.. Anything dia bereskan! Hati tergelak jahat. Terasa seperti pembuli terbesar pula! Adreena.. Adreena.. Bila nak insaf? Eh mana Ilman? Tadi rasa macam ada kat sini? Aku melilau mencari kelibat Ilman. Tiada. "ouchhh...." aku mengaduh. Siapa yang rempuh badan aku tadi? Tak ada sivik ke? "sorry miss.." Aku angkat muka melihat gerangan yang melanggar aku tadi. Tiba-tiba badan aku sejuk. Tangan berpeluh. Kami sama sama terpaku. Denyutan nadi semakin laju. Rasa marah, geram runsing menular ke ulu hati. Belum sempat aku beredar, lelaki itu menarik tangan aku.

"Hands off.." kataku terketar-ketar. Aku mengetap bibir. Bukan takut, tapi geram.

"Zahirah.."

"stop.. I dont know you!"

"Zahirah.. Saya tahu awak masih cintakan saya. Getaran itu.. Saya masih boleh rasa..." Gila! Gila! Gila! Kenapa Tuhan jumpakan aku dengan dia semula?

Thursday, 16 April 2015

The Nothing Something 16

Hari berlalu dengan pantas sekali. Aku dan Ilman pun bersetuju nak bertunang. Sebab dia jealous tengok student seniors usha aku. Sebab tu je? Aku pun pelik. Kuat jealous rupanya pakcik ni. Ingat cool manjang kan?  First time aku call mama nak cerita pasal benda ni, mama terkejut dan ingat aku gila. Maybe pasal Hazim. Trauma? Serik? Sampai bila? Mungkin betul apa Ilman kata. Mungkin Tuhan nak tunjukkan yang lebih baik lagi kat aku. Pasal Hazim? Dia dah lama pupus sejak dia tinggalkan aku. Rasa benci tu tak ada. Cuma, rasa kecewa tu yang terpahat dalam hati. Kenangan bersama Hazim aku buang. Sekarang patut fokus dengan Ilman je... Eh?

"aunty su, why are you smiling alone? You're making me scared!" bila masa Aan ada di sebelah pun aku tak perasan. "Aan what are you doing here? Atleast knock first before you tackle aunty's room." kami ketawa. Rambut Aan aku 'messy' kan.

"aunty dont!"

"don't what?" aku buat buat tak tahu.

"making my hair like that!"

"why?"

"mummy will scold because she will thought Aan haven't comb hair yet.."
takut dengan mummy dia rupanya.. Haih.. Aan, Aan.. So pure! Rambut aku yang panjang takat bawah ketiak, aku berus ke muka Aan. Macam berus blusher pula. Kuat betul Aan gelak!

"Aan slow down your voice!!"

"then aunty su should stop brushing aunty's hair to Aan's face first!" dia buat buat serius, tapi tak lama lepas tu aku geletek dia. Ketawa lagi. Handsome betul. Kalau pandai cakap melayu dengan fasih memang anak lelaki melayu yang terakhir lah! Muka kacak sayang celup mat saleh percakapannya.. Grrr..

Tiba tiba pintu bilik terkuak. Aku kalih ke arah muka pintu.. Tawa aku terhenti. Mata aku membulat. Halusinasi? Sepasang mata itu kelihatan terkejut juga. Pintu tertutup kembali. Pantas! Tapi stil... Dia... Ya Tuhan! Malunya..

"so..sorry Adreena!"

"you saw!?" aku terjerit dari dalam. Aan pula dumbfounded! Muka toya je. Tak faham lah tu.

"i did! But its not my fault!!" eh eh..!

"bukan your fault?! Serang bilik saya macam assassin, still bukan your fault?!!" aku hampir mati. Putus nyawa. Pipi aku kebas menahan malu.. Oh aib... Aib..

"salah awak juga tak pakai tudung kat rumah!"

"eh semua dalam rumah ni muhrim saya.. Buat apa nak pakai tudung? Awak tu, nak datang kenapa tak beritahu!?" geram betul dengan Ilman ni. Main terjah aje. Nasib aku tak pakai singlet victoria secret aku, kalau tidak... Harus! Harus aku cungkil biji mata dia!

"okay, okay fine.. My fault. Sorry okay? Now pakai tudung! And one thing, I already informed Abang Kif that im heading to his house just now... So how about this?" suara tenang lagi.

"hmmm.. Dah awak pergi lah tunggu kat bawah, jap lagi saya turun."

"alright.."

Bila masa dia bagitahu abang? Abang pun tak ada bagitahu aku? Better whatsapp!

Me: abang! Kenapa tak bagi tahu Ilman nak datang?! >:-(

Abang: hey.. Abang dah suruh Aan bagitahu Ad dah. What's wrong? Something's fishy happened? >:D

Me: actually....gahhhh nothing. -__-

/Offline/

ah.. Aan! "Aan!! Why don't you tell me earlier?! Malu tau!"

"Aan nak.. Ba..bagitau, tepi.."

"tapi!"

"ta..tapi.. You scold me cause not knocking first, so all the information was blew away.. Sorry aunty.." Aan peluk aku. Ah ni lemah ni! "ye lah... Aunty forgives you but do concern next time okay! Dah Aan go out first, Aunty need to change." Aan keluar dari bilik. Phew!! Malunya bila Ilman tengok rambut aku.... Pipi aku panas semula. Breathe in, breathe out.. Chill Adreena... Kalau dia pervert 69, wacha je dia tu! Tudung aku sarung dan memakai cardigan bewarna kelabu.

Mata aku... Masih tak boleh bertembung dengan mata dia lagi. Malu! Malu! Malu!

"Assalamualaikum."

"Wa..waalaikummussalam.." gagap sudah marey! Dia ketawa. Aku duduk di sofa bersebelahan dengan Ilman. Sofa berasingan okey! Sedap bau... Mesti kak Mel dan abang Kif tengah buat kek. Almaklumlah.. Mereka ni memang pastri dan masak-masak enthusiasts, so tak boleh buat apa dah. Tiba tiba abang datang sambil memakai apron. Hehe.. Jambunya.
"Ilman borak lah dulu dengan Ad ni, abang dan kak Mel tengah bake carrot cake. Kejap lagi dah siap kami panggil."

Ilman angguk.

"nak Ad tolong apa apa?" abang menggeleng. "its okay.. Ad duduk je sini chat dengan Ilman dulu." aku mengangguk perlahan setelah abang hilang semula ke dapur. Dengan segannya.. Aku pandang muka Ilman. Simple pakaian dia hari ni. Baju lengan panjang berwarna hitam dan jaket denim. Seluar... Seluar jean macam selalu. Teringat peristiwa tadi... Oh pipi kebas semula. Sangat hot!

"malu?"

Angguk. Terdengar dia ketawa. Sejuk perut aku!

"sorry?"

Angguk.

"lain kali pakai tudung tau.."

Angguk lagi.. Angguk sahaja la. Malu aku nak bercakap.

"bisu ke?"

Oh hoi... Bisa cap ayam lagi rupanya. Haihhhh... Ilman.. Saya.. Malu lah. Geleng.

"suka saya?"

Geleng.

Angguk.

Geleng balik.

"takpe, saya pun sukakan awak juga walaupun awak bisu sekarang, saya tetap sukakan Adreena Zahirah Harith.."

Tersentuh dan terhina!

"saya tak bisu lagi lah."

"then talk to me.."

"why should i?"

"i miss your voice.. Its been 4 days we haven't seen each other."

"not my problems. Who's fault after all?"

"saya ada kursus.. Sorrrrrrryyyyyy la cik Adreena.."

Aku geleng. "hey look at me."

Aku pandang dia. Ohhhhh rindu!

"i.. miss.."

"you too. Dah lah pergi kursus tak bagitau saya. Sedih saya tunggu awak dekat porch kampus sorang sorang. Tengok! Ada orang ngorat saya dah."

"ada ke orang nak mengorat awak?"

"eleh fikir awak je ke yang hot kat kampus?" aku mencebik.

"wow so brave.. What his name?"
Aku ketawa dalam hati. Dah agak! Mesti jealous punya lah.. Hey.. Ni Adreena lah!

"jealous?"

"no time!" menafikan.

"okay then saya nak pergi dapur jap."

"tell me." dia dah buat serius pula. Hek eleh.. Ingat saya takut ke Ilman? Aku angkat kening sebelah.

"nope.. Malas." aku terus pergi ke dapur meninggalkan Ilman bingung.

Monday, 13 April 2015

The Nothing Something 15

Dah seminggu kejadian pengakuan perasaan masing masing berlaku. Tak ada apa yang berubah cuma, layanan Ilman semakin hari semakin..... Baik! Selalu on time pickup aku. Aku suka cara Ilman. Dia tak pernah mengambil kesempatan untuk bersentuh atau tersentuh dengan aku. Sangat menjaga tapi kadang kadang merenyam juga dia ni! Pervert 69 masih terlekat cuma kali ini gatalnya, ada manja sedikit! Aku suka.

"Assalamualaikum..." sengih.

"waalaikumussalam. tengah buat apa?" soalan yang dah macam rakaman audio. Setiap kali call, mesti tanya soalan itu.

"tengah fikir pasal awak."

"sexual fantasy!!" dia terjerit. Aku pula ketawa sopan. Oh ya, sejak dengan Ilman ni, dia selalu ubah aku untuk jadi molek sikit sebab dia kata, "muka dah cantik tapi perangai tak molek!" aku hanya mendengar sahaja dia berleter. Apa aje lah Ilman..

"hey... No time okay. Saya tengah buat assignment."

"oohhh.."

"tolonglah buat kan untuk saya.. Saya malas lah Ilman." aku golek golek atas katil.

"bukan assignment saya," aku mencebik geram.

"tak gentleman betul lah awak ni Ilman.." ketawa halus dihujung talian.

"tak gentleman lagi ke saya selama ini? Beri awak nasihat itu, ini. Kira bagus lah kita tak romantic ke apa, cukup lah dengan mengelap air mata awak, saya dicop sebagai pervert 69.." dia ketawa sebelum menyambung. "kalau gentleman lepas kahwin baru lelaki. kalau gentleman sekarang, nanti terlebih gentleman, jadi gentel man pulak."

Ya rabbi! Aku dah ketawa. Apa lawak sangat lawak deep Ilman kali ni?

"Ilman sudah lah... Saya nak buat assignment ni.." kataku dengan sisa tawa yang masih berbaki.

"yelah.. Buat assignment tu. Kalau sleepy, pergi buat coffee, now."

"teman saya buat coffee kejap.. Jangan off talian. Bil awak nanti kira potong duit hantaran." aku bangun dan pergi ke dapur. Ilman ketawa. "ye lah saya tak tutup. Keep talking with me.." ni lah salah satu perangai manja Ilman yang buat aku sesak segala nafas!

"saya tengah bercakap dengan awak lah ni." tangan aku ligat membancuh kopi dan aku membawa kopi ke dalam bilik.

"do assignment well. Apa apa just call saya ok..  Sayang?" 

dupdapdupdap..... Sayang? Hampir tersedak air kopi yang aku bancuh tadi. Sayang tak kena on time!

"o..okay.. Ilman." dia ketawa lagi! Tahu sangat dia suka kena kan aku.

"j..jap Ilman.. Hold on saya nak tanya something."

"just ask.."

"kalau saya lupa ingatan kan, awak sayangkan saya lagi tak?"

"nak hilang ingatan sangat dah ke?" aku menjulingkan mata ke atas. pedas!

"just answer me."

"Adreena.. Sayangku... Ya habibi... Eeee geli!..." dia tergelak. Tak romantik! Boleh pula geli.. Saya yang makan hati tau Ilman..

"saya ikhlas sayangkan awak lagipun perasaan saya ni, Tuhan yang hadirkan. Saya tak boleh tentukan how long can we stay together. But kalau pasal lupa ingatan tu, saya akan tetap sayangkan awak walaupun masa tu awak mungkin dah tak kenal saya tapi nama awak sentiasa berada di dua tempat. Hati saya dan doa saya.."

Sobs... Ilman ni kan!

"k..kalau saya buta ke pekak ke? Sayang lagi ke?"

"mesti la sayang. You're beautiful mana boleh let go!" dia ketawa. Kurang asam Ilman! Tadi kata ikhlas lah apa lah..

"saya gurau je lah. Mesti la sayang. What a question. Dah lah pergi buat assignment tu lepas tu tidur. Esok saya.."

"pickup macam biasa. Terima kasih Ilman!  Saya.. Tuuuuutttttt awak." kami sama sama ketawa.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam."

Telefon aku tutup. Assignment? Malasnya! Tak apa lah demi masa depan, aku gagah kan juga diri membuat assignment prof Harrold itu.

-----------------------------------

author notes: very short update sorry!!!

Sunday, 12 April 2015

The Nothing Something 14

Aku duduk di bangku kampus sambil membelek buku. Boring. Aku mengeluh. Penat juga kelas hari ini. Tak senang rupanya nak jadi doktor psikatari ni. Ingat kan nasihat nasihat macam tu je. Aku melihat jam. Sudah jam 6 petang. Mana Ilman ni.. Call pun tak apa pun tak. Dah hampir dua jam aku tunggu! Kata pukul 4 habis kelas. Naik teksi aje lah.

"lama tunggu?" aku mengeraskan diri.

Senyap.

"merajuk?" aku terdengar dia ketawa.

Senyap lagi.

Bing! Pesanan Whatsapp masuk.

Ilman: sorry :(

Me: ..

Ilman: Aunty su.... Talk to me :(

Me: no.

Ilman: Ilman sayang aunty <3

Oh guna jalan sayang sayang ya? Tak lut! 2 jam tu! Aku terdengar dia ketawa.

Me: 2 hours.

Ilman: sorry lah aunty... Ilman ada emergency case tadi.

Aku tekan button on di atas iPhone itu. Aku berdiri. "dah lah Ilman. Jom lah balik. Saya penat." macam orang tak betul pula bermesej padahal duduk depan belakang je.

"Za.." zupp! Badan aku mengeras. Suara Ilman...

"jom pergi makan? Saya lapar tunggu awak lama sangat tau." aku mengusap perut. Ilman ketawa dan mengangguk.

Kami makan di sebuah kedai waffle. Cantik decorations kedai ni. Rasa macam makan kat taman pula! Pandai Ilman cari kedai. Waffle dia pun marvelous! Waffle plus whipped cream plus strawberries and it syrup! Memang sedap. Ilman hanya memesan hazelnut icecream with hazelnut macaroons. Macam sedap je dia punya... Aku capai satu macaroon Ilman. Ilman menjegil kan matanya. Marah konon.. Aku tak takut la!  Lepas makan, kami bersiar siar. Tak ramai orang.

"awak nak tahu kan pasal mimpi saya tu?"

"hm.."

"saya teringat kan Hazim."

"who's Hazim?"

"My ex-fiancee.."

Ilman senyap. Dia menunduk.

"Dia kata dia sayangkan saya Ilman. Dia kata dia akan kahwin dengan saya. 3 tahun saya tunggu dia balik dari Jordan. 3 years I waited for him.... Ilman. He promised that we will get marry after he done his phD, but he never show up after that..." aku dah menangis teresak esak. Aku dah janji pada diri aku tak mahu lagi teringatkan Hazim. Aku nak buang jauh jauh kenangan aku bersama Hazim. Biar lah aku mulakan hidup baru. Ilman memberi sehelai sapu tangan kepada aku. Aku menyeka air mata.

"awak menghidupkan perasaan saya yang mati.. Itu.. Itu ayat yang dia cakap di dalam mimpi saya hari itu.. Saya sedih Ilman.. Dia.. Hilang.. Dan tinggalkan saya dengan harapan macam itu aje.." Ilman memandang aku yang kembali menangis.

"sabar Adreena.. Mungkin ini satu ujian untuk awak dan mungkin juga Allah nak tunjuk ada yang lebih baik dari itu.. Shh dont cry.."

Aku menyeka air mata. "llman.."

"hm?"

"saya cintakan awak." muka aku merah padam. Aku menunduk. Cuaca sejuk tetapi bahang masih terasa.

"saya pun cintakan awak. Since the first day we met." aku terpana. Mata Ilman aku lihat mencari kepastian. Dia tersenyum. Aaahhh.. Pipi aku lagi panas. Senyuman Ilman paling manis pernah aku lihat. Boleh potong kaki!!!

"jom lah balik. Menangis je tahu dia ni."

"hish. Saya sedih lah."

"lepas ni awak tak sedih dah.."

"sebab?"

"saya ada!" aku tergelak. Kartun lah Ilman ni. Akhirnya kami sampai juga kerumah abang. "terima kasih.."
"kasih diterima.." aku menjeling. Dia tergelak.

"dah lah! Pergi balik dah lewat ni. Assalamualaikum."  Ilman mencebik.
"menghalau.."

"eh mengada nya awak ni. Saya suruh balik je. Takkan nak tidur sini?"
"tunggu kita ka-"

"dah, dah pergi balik" Ilman tergelak dan terus beredar.

Baru nak bukak pintu, wajah kak Mel dah terjengul di muka pintu. "happy nampak?" aku menjeling. "mesti lah happy.." kak Mel membulatkan matanya. "ada apa apa ke ni? Cerita lah kat kak Mel."  aku hanya tersenyum mengangkat bahu sebelum naik keatas meninggalkan kak Mel yang terpinga pinga di bawah. Mana boleh tahu! Exclusive lagi.

Saturday, 11 April 2015

The Nothing Something 13

"awal bangun hari ni Ad?" kak Mel menegur aku. aku hanya tersenyum. Aik, salah ke? Karang kena cop anak dara pemalas macam mana? "senyum aje dari tadi.... Ada apa apa ke? Tell me princess." kali ni abang pula mengacau konsentrasi aku menyapu nutella ke roti untuk Aan. Kak Mel yang menuang kopi untuk suaminya itu tergelak dan mengangguk perlahan. "mana ada apa apa lah.." aku menggigit roti sambil tanganku ligat bermain dengan Aim di baby chair. Aim hanya ketawa. Tangannya memegang sudu yang mencedok bubur ayam. Nasib baik tak kena aunty su.. Kalau kena, aunty geletek Aim sampai pengsan!

"happy kot Ilman datang semalam.." kata kak Mel menambah perencah.

"Abang rasa, he's better than Ha-"  kak Mel menepuk bahu abang Kif. Kata kata abang Kif terbantut.  Aku faham. Pedih hidung menahan perasaan. Aku buat buat tergelak dengan Aan.

"Adreena.."

"yes?" aku mengalih kan pandangan kepada abang.

"im sorry.." aku tersenyum kelat.

"Ad tak kisah la.." aku terkejut apabila terdengar ada bunyi hon dari luar rumah. Ni mesti Ilman. Aku mencapai tudung segera dan menyarungkannya ke atas kepala.

"Assalamualaikum.. Dah siap?" aku menggeleng. "Waalaikumussalam. Not yet. Saya tak iron tudung lagi. Pergi la borak dengan abang. Dia ada kat dapur."  aku terus melangkah ke bilik. Nak pakai apa hari ni? Almari aku buka. Banyak baju.. Tapi dilemma nak pakai yang mana satu. Typical perempuan! Akhirnya, baju lengan panjang berwarna putih aku padankan dengan kot labuh berwarna peach dan seluar slack berwarna hitam aku sarungkan. Kasut? Aku hanya memakai sneaker.
Tudung pula, wideshawl berwarna cream aku lilit di kepala. Aku tersenyum sendiri melihat penampilan aku. Ok lah ni. Aku turun ke bawah.

"okay jom."

"Addreena.." Ilman kenapa? Oh oh!

"bye abang, Kak Mel and my little bubs.. Assalamualaikum!" usai salam menyalam kami gerak ke kampus. 

Di dalam kereta, sunyi sepi menemani kami berdua. Yang bunyi hanya deruman tayar kereta aje. Mana mungkin aku boleh bercakap kalau aku rasa malu tak terampun sekarang ni? Aku curi curi tengok Ilman. Masih segak. Cuma hari ni dia hanya mengenakan sweater maroon dan seluar jean. Sweater...... The first time we met! Rindu rambut poyo dia yang panjang tu. Mata aku hala ke tepi tingkap. Aku tergelak kecil. Lucu + menyampah dengan perangai 'tah hape hape' dia mula mula dulu. Kalau dulu kata kata dia asyik sinis memperli aje, sekarang dah okey. Cuma suka menyakat aku. Hobi kut.

"dah puas analysis saya?" tahu tahu aje Ilman ni..

"eh.. mana ada saya analysis awak. Jangan perasan okey?"

"ingat saya tak tahu ke orang tu curi curi tengok saya?" dia menoleh seketika ke arah aku. Senyum senget.

"orang mana?? meh saya cucuk mata dia tu!" kami tergelak.

"orang kat sebelah saya ni lah. Bila tanya suka saya ke tak, terus off handphone mesti blushing je." kali ini Ilman gelak seorang kerana berjaya mendiam kan aku. Pipi aku panas.

"saya baru cakap, dah senyap balik."

"dah dah, jangan cakap. Focus on the road." aku dah malu gila ni! Mana nak sorok muka merah merah macam ni? Dalam ketiak Ilman boleh? Aduh Adreena! Aku ketuk kepala aku.

"dah, jangan nak ketuk kepala sangat. Kita dah sampai." Ilman memberhentikan kereta.

"dah sampai?"

"yela.. Cepat lah keluar nak saya angkat awak dulu baru nak keluar ke?" keningnye terangkat. pervert 69 sudah mari! Aku menggeleng kepala laju. Cepat cepat aku keluar dari kereta. Kami jalan beriringan. Tiba tiba ada seorang perempuan berpakaian serupa minah salih celup datang ke arah kami. Rambut karatnya dipintal pintal. "Sayang!" oh gediknya suara! Sayang? Sayang tengkorak kau! Tangan kirinya pula memaut lengan Ilman. Ilman menepis. Hiks.. Tak malu ke pegang pegang Ilman. Erm rasanya dia ni Arisa. Pelajar pandai yang ditanggung kerajaan Malaysia. Dulu baju kurung jadi peneman, sekarang skirt sendat dan baju berlengan pendek? Oh hoi.. Tak sejuk ke? Lupa daratan betul minah ni. Kesian keluarga kat kampung tu! "apa ni Arisa tak malu ke pegang pegang saya?" hatiku bersorak riang!

"i just nak ajak you pergi dinner together je. Are you free tonight?"

"no, he's not free tonight. Malam ni we both nak pergi dinner. Kan sayang?" Suara aku lembutkan. Ilman kelihatan tersentak kemudiannya tersenyum, mengangguk. Arisa merengus geram memandang aku. "hey, aku tak bercakap dengan kau okey? Aku tengah bercakap dengan Ilman. So please don't bother?" hilang terus perangai malu malunya dulu. kalau dulu hanya pandai, saya awak, sekarang.... aku pun pening. "but Ilman is my fiancee so back off or you will get something." suara aku sinis kan dan meninggalkan Ilman bersama Arisa. Ilman mengejar dan berjalan sebelah aku.

"rasa nak tabik dekat awak," aku tergelak.

"saya tak suka tengok dia pegang pegang awak." dia ketawa.

"why?"

"geli."

"ke jealous?"

"no time."

"thank you fiancee, jumpa lepas class okay? Assalamualaikum."

Aku mengangguk. "Waalaikumussalam, bye!!"

fiancee? Aku tersenyum sendiri. Langkah aku tuju ke kelas.

Ahhhhhh... Boring nya kelas harini. Hani dan Melin tak datang. Berpakat ke apa? Aku menongkat dagu.

Bing! Whatsapp masuk. Aku tersenyum.

Ilman: bored?

Me: very much.

Ilman: talk to me then.

Me: plus plus plus bored :\

Ilman: k.

Oh merajuk?

Me: okay.

Ilman: /secretly sobbing under desk/

Aku tergelak. Apa lah Ilman ni. Buat lawak pula.

"Miss Adree, are you still in our discussion?"  tanya prof. Harrold. Aku dah terlongo.  Mata aku pejam seketika. Malu.

"i..im sorry prof."

"take your seat back and concentration in class is important..." apa dia membebel lepas tu aku dah tak dengar.

Ilman: ha tidur dalam kelas!

Me: saya tak tidur lah Ilman.. Saya kena marah dengan prof. Harrold.

Ilman: hahaha! Padan muka :P

Me: /secretly crying under desk/

Ilman: jangan tiru ayat saya.. kalau awak nangis, saya lapkan ok?

Me: no way! Pervert 69!

Ilman: lapkan air mata count as pervert 69 juga ke? ye lah.. Saya reda.

Me: stop making me laugh!

Ilman: then stop laughing first

Me: after class, saya nak bagitau awak something.

Ilman: I will wait for it.

"Miss Adree!!!!!" suara prof Harrold memetir lagi. Oh malunya!

The Nothing Something 12

Kenapa dengan aku ni? Aku cuba lelap kan mata. Tak boleh! Aku tak boleh tidur... fikiran asyik ingat Ilman je. Kenapa dia curious sangat pasal mimpi aku? Kenapa aku boleh rapat dengan dia? Dan yang penting sekali kenapa bila aku selalu dengan dia, kenangan aku dengan Hazim mesti haunting aku? Nombor telefon Ilman aku dail.

"Assalamualaikum, Ilman.."

"Waalaikumussalam ya habibi." habibi? aku tergelak kecil. Aku berbaring di atas katil dengan selesa. Macbook Air aku keluarkan. Gambar aku dan Ilman di kafe kampus. Kelakar betul muka kami.

"hello.. orang di sana ada tak ni ke saya tengah bercakap dengan papan?" sekali lagi aku tergelak.

"saya dengar lah Ilman."

"so, why?"

"saya tak boleh tidur.."

"kenapa?"

"fikirkan awak." talian di sana senyap. Aku menepuk mulut. Boleh pulak terlepas cakap.

"Ilman, you're still there?"  dia ketawa.

"yes.. Saya kat sini."

"bagus lah.. Saya ingat awak dah tidur dah."

"so awak dah jumpa perasaan tu?"

"jumpa perasaan apa?" aku menggigit bibir.

"awak..."

"awak apa?"

"awak suka saya?" oh masa ni adrenalin aku bergerak laju. Laju ya amat sampai aku tertutup talian. Aku terpana. Tersentak. Tersenyum?!!  Aku suka Ilman? 

Bing! Bunyi notification skype berbunyi dari Macbook Air aku.

Ilman56: hey.. kenapa ni? :0

Ad_Za: Ilman.. Kenapa awak tanya macam tu tadi?

Ilman56: saya agak je. Awak suka saya ke?

Ad_Za: tak boleh jawab saya tak tahu.. Saya malu! Jahat la awak ni Ilman..

Ilman56: /evil laughs/ eh awak malu, salah saya pula? >:D

Kejamnya... Dia tak tahu perasaan aku ni macam mana... Ilman you're the teruk-est!

Ad_Za: dah la saya nak tidur. Malas layan perangai dummie awak tu.

Ilman56: then layan another side of me..

Ad_Za: another side of you?

Dia tak balas sebaliknya menelefon aku. To accept or decline? Aku tekan slide hijau.

"kenapa tak boleh tidur? Rindu saya?" sesak nafas.

"m..mana ada.."

"kalau gagap, betul lah tu kan..." suara Ilman meleret semacam. Aku mengemam bibir.

"saya tak boleh tidur.."

"saya tahu.. cuba close the laptop, lay yourself down, and close your eyes.." aku menurut.

"tengah pejam mata?"

"mmmm.." aku meng'mmmm' aje.

"saya cintakan awak." mata aku terbeliak. Putus nafas. talian aku tutup. Did he just.... Confessed that he loves me? Ilman awak jahat.... Bukan saya boleh tidur, lagi tak boleh tidur ada lah! Oh ya dan ajaib... Fikiran tentang Hazim, lenyap. Esok aku memang harus cakap tentang Hazim kepada Ilman. Nangis pun nangis lah.

Dalam selimut... Aku tersenyum. Ya Allah, kau tunjukkan lah yang mana yang terbaik untukku..

Amin!

Thursday, 9 April 2015

The Nothing Something 11

Asam pedas ikan pari, sotong tepung, Ikan siakap masak sweet and sour dan laaaast sekali, menu istimewa (yang aku masak).. Ayam masak lemak cili api!! Memang makanan favourite aku. Terkecur dan mengecurkan air liur betul! Oh air pula, aku mengambil hirisan manga, campur sedikit buah markisa dan masukkan 5-6 ketul ais ke dalam blender itu dan..... Done! Passiongo smoothies, dah siap. Aku tersenyum

"Ilman, Aan!"  mereka bergegas turun ke bawah.

"what a nice smell.." kata Aan.

"mesti lah, aunty su cooked this okay?" aku bangga diri. Ilman disebelah mencebik. Jealousy detected. Aku tergelak kecil.

"dah, dah, jemput makan Ilman.. Maaflah, ni je yang kami masak. Ilman okay?"

"apa yang dimasak, saya makan. Kan rezeki dari Allah?" mereka ketawa. Eleh. Ilman ni poyo betul bila datang bab, bab ni!

Aku mencedok kan nasi kepada Ilman dan mengambilkan dia sedikit lauk, lepas tu baru aku makan. Sedap nya ikan sweet and sour ni! Rindu pula masakan Malaysia dan air tangan mama. Boleh pula terbit rasa rindu kepada mama time mengunyah isi ikan siakap. Aku perasan kak Mel tak habis habis tersenyum simpul memandang aku dan Ilman yang duduk di tepi Aan. Fikir apa lah tu?

"kak, Aim mana?" 

"tidur kat atas.." mata kak Mel menjeling kepada Ilman yang sedang tekun makan itu. 'Apa?' Aku menggerak kan mulut.  kak Mel ketawa kecil. Hai kak Mel ni dah kenapa? Aku diam saja.  Selepas semua habis makan, aku mengemas.
"come, saya tolong." aku menggeleng. Malu lah. Karang kak Mel buat gossip hangat pasal mereka berdua pula! Kak Mel tu bukan boleh. 

"i insist.."

"tak payah. Awak pergi lah duduk depan. Let me do this okay?"

"okay, tak nak sudah. Offer closed. Basuh lah sendiri, snobbish lady." dia mencuit hidung aku sepantas kilat. Jari dah lah bersabun! Habis hidung aku bersabun.. Ilman ni.. Hish! Terdengar dia ketawa lepas. Kurang ajar! Aku mengetap bibir. Ada kari, ada bas, ada hari, Adreena balas!

"Ilman belajar juga ke?"

"ya."

"buat apa sekarang?"

"phD, 3 tahun."

"wah, Oxford ke?" Ilman menggeleng. Dia tersengih.

"tak.. saya di Cambridge. Sama dengan Ad."

"patut lah..." mereka berdua ketawa. Aku hanya mengintai dari ruang dapur. Itu aje dibualkan? Tak nak ajak aku kahwin ke? Eh Adreena! Kau gila? Aku ketawa sendiri. "hoi!" kak Mel menepuk belakang aku. "ish kak Mel ni. nasib Ad tak ada heart disease kalau tak, harus ditanam di London!" kak Mel tergelak. "bukan apa Ad.. Akak tengok Ad macam syok je kat Ilman tu? Padan sangat nak buat menantu mama dan papa." aku menepuk bahu kak Mel. Haish ada ke kata macam tu? Dengar ke Ilman tu nanti, pengsan dia! "Kak Mel ni merepek aje. Mana ada orang minat si... Ilman tu." aku tersenyum simpul. Macam orang tak betul pun ada. Kata tak suka tapi senyum manjang. Sungguh lah menipu!

Kak Mel menjulingkan matanya. "eleh.. Tak suka konon, ye lah Ad. Akak berani potong kuku nanti kalau Ad kahwin dengan Ilman tu.." aku ketawa. Setakat potong kuku apadehal? Lain lah kalau potong isi kuku, baru rare! "just wait and see lah Adreena darling.." kata kak Mel meleret sambil tanganya mendulang buah buahan. Aku mencebik. Apa lah kak Mel ni. Tak ada modal kut nak mengacau aku.. Ada ke patut berangan aku kahwin dengan Ilman...? Nooooo...

Aku duduk di mini garden seorang diri. Ilman rancak berbual dengan abang Kif dan kak Mel. Huh. Tak pedulikan aku pun.. Aan pula tertidur lepas makan. Penat lah tu lepas balik sekolah. Aku hanya membuai kan buaian itu perlahan menggunakan kaki. Segar betul udara kat sini. Sejuk je. Pakai sweater pun tak lut panas nya.. Tapi tak apa lah janji relaxing. Mata aku pejam untuk merasa dingin sejuk yang menampar diri. Kota London selepas hujan memang nyaman. Aku memeluk tubuh.  Cuaca selepas hujan yang menenangkan. Tiba tiba hati aku sebak. Kenangan bermain hujan bersama Hazim terlayar semula.

"Hujan lah Zim.. Macam mana kita nak balik ni?"

"tu lah! Zim dah cakap dah tadi naik kereta, awak tak nak, nak jalan kaki lah apa lah.."

"stop nagging lah grandpa!" mata Hazim terbuka luas. "Grandpa?" aku mengangguk sambil ketawa. "okay lah jom Grandma, kita redah hujan together-gether!" dia menarik tangan aku dan kami bermandi hujan bersama.

"i love you Za!!" suara Hazim kelam didalam hujan yang lebat membasahi bumi. "apa?!!!" aku jerit. Kami tersenyum. "i love you." Hazim membuat isyarat menggunakan mulut. Aku mengangguk. I love you too Hazim.

Pantas aku membuka mata. Tak mahu tenggelam dalam perasaan itu lagi. Dada berombak. Aku menelan liur yang semakin pahit. Aku pejam mata semula untuk menghilangkan rasa itu. Ngilu jiwa aku mengimbas kenangan bersama Hazim.

"hey.. Kenapa ni?" aku membuka mata. Bila masa dia ada kat sini?

"b..bila masa awak kat sini?"  dia duduk di sebelah aku. Jarak halal masih ada. "tak penting. hey kenapa dengan awak hah?"

"kenapa apa?"

"crying..?" dia menunjuk mata aku. mata aku sembab ke? Nampak sangat ke?

Aku menggeleng. Menafikan. "mana ada.. Sejuk sangat kut. Tu yang mata saya macam sembab aje.." aku memandang bawah, melihat selipar flip flop berwarna hitam sendiri.

"too bad saya bukan budak kecil yang mudah ditipu Adreena. Tell me?" mata kami bertemu. Jantung aku dah tak stabil. Pandangan dia penuh pengharapan?

Aku mengeluh. "Ilman.. We talked about this just now. I will let you know tomorrow. Hari ni mood saya happy awak datang cuma sebak dan sedih sedikit. Sebab? Saya sendiri tak tahu kenapa."

"okay. Saya tak memaksa. Tapi kalau awak perlukan seorang pendengar dan pelindung, saya ada untuk awak, Adreena. Tell me whatever you wanted to tell, let all out to me.. Im here." aku terpana seketika.

"Ilman.."

"ya?"

"why?"

"you will find out.. soon." aku tak faham. Soon? Aku memandang wajah tampan itu. Dia kelihatan tenang as usual. Tiba tiba dia berdiri.

"nak pergi mana?"

"balik lah.. Takkan nak tidur sini pula?"  dia tersengih. Aku menjeling.

"esok awak jemput saya?" Ilman dah tersenyum senget. Keningnya terangkat.

"kenapa?"

"saja je.. Kalau awak tak fetch saya, saya boleh naik orang lain."

"no need, esok saya pickup awak as usual.. Dah lewat dah ni, saya balik dulu okay? Assalamualaikum." aku tersenyum mengangguk. "waalaikumussalam.." aku menghantar Ilman ke gate depan.

"sedap ayam masak lemak tadi, nanti dah kahwin dengan saya masak hari hari okay?" dia mengenyit mata sebelum berdesup ke dalam kereta. Aku hanya menggeleng dan tersenyum melihat kereta Ilman yang semakin menghilang dari pandangan. Tiba tiba teringat sepotong perkataan yang dituturkan oleh Ilman tadi.

Kahwin? Senyuman aku mati. Ilman suka aku? Aku terpana. Mata membulat.

Malunya!!

Tuesday, 7 April 2015

The Nothing Something 10

"pasal mimpi awak semalam tu kan.. Awak ada kata, ada seseorang yang penting dalam hidup awak yang bisik pasal bisikan tu. Siapa dia?" sepi. Soalan Ilman aku biarkan berlalu. Buat buat tak dengar.

"Adreena.."

"what?"

"tell me?" aku menoleh ke arah Ilman yang memandu dengan cermat itu. Apa lah yang penting sangat mimpi aku sampai dia nak tahu?

"its none of your business.." dia mengeluh.

"you're so lame and slow." what? lame and slow?!!!

"oh okay..." reverse psychological

dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Mengejut. Sampai aku pun hampir tercampak keluar tingkap. Nasib ada sitbelt! Oh nasib juga tudung dan jantung aku tak tercabut!

"Hey awak ni dah kenapa?! Gila?"

"why dont you tell me yet about that person? What whispers that you heard in your dream? Why the people are so important til you can't tell me who is it?" dia sembur aku. Dia tengking aku. First time. Pertama kali aku tengok dia macam ni. Aku diam tak berkutik.

"Ilman.."

"what?"

"im sorry.. maybe its not the right time yet to tell you about it. I will let you know.. But not today, okay?" aku try memujuk dengan lembut. Orang kalau dah marah, jangan di tambahkan lagi minyak ke dalam api!  Good Adreena!  Ilman mengangguk kecil.

"maafkan saya jadi gila beberapa minit tadi.."

"jadi lah gila berapa jam pun saya sanggup kena, as long as its you.." aku pantas menekup mulut. Ya rabbi,apa aku melalut? Control, Adreena, control!

"apa awak cakap?" nasib baik dia tak dengar!

"no..nothing.. Jomlah ambil Aan. Kesian dia tunggu lama," Ilman ketawa. "awak sihat ke tak ni?"  risau juga aku. Tadi marah marah sekarang gelak ketawa pula. Sooo weird! Dia jeling aku dan memulakan pemanduan semula. Aku menelan air liur pahit.

"awak ingat saya gila ke?"

"awak yang cakap awak gila tadi.."

"saya waras lagi.. Kalau saya gila dah lama saya..."

"kalau awak gila apa..?"

Ketawa.

"nanti la saya cakap malas nak cakap sekarang."  boleh pula malas? lantak kau lah Ilman.

"Isn't he the uncle we met last month in the flight?"

Kami mengangguk serentak. Tahu sangat apa yang bermain di kotak kepala si Aan ni. Mesti dia pelik tahap petala. Dulu benci, sekarang kawan? Aku tergelak kecil melihat Aan yang sedang memandang muka aku dan Ilman bersilih ganti.

"Aan remember uncle Ilman?"

Aan mengangguk laju. Ada garis senyuman terpalit di bibirnya. Suka la tu! "ofcourse Aan do. This uncle is my friend!" mereka membuat handshake berstyle itu lagi. Ilman tergelak. Aku mencebik. Poyo lah pula mereka ni. "Dah dah, come papa is cooking at home and Aan must help!" Aan mencemikkan mukanya. "aunty ni bosen lah!" mata aku membulat. Ilman dah ketawa berdekah dekah. Aku pula yang menahan malu. Bosen? Allahu... Tak pernah lagi aku ajar dia perkataan ni. Bosen pula tu! Bukan bosan!

"eh Aan, who taught you that word?"

"uncle Ilman!" aku memandang Ilman tajam. Ilman hanya tersengih menggosok belakang lehernya.  Anak didik aku ni dah tersalah ajaran ni, ajaran sesat oleh Ilman!

"w..when?" Ilman tanya Aan yang duduk di bahagian penumpang belakang.

"on the flight.." Ilman tersentak. "what did he said on the flight, Aan?" aku menyoal Aan tapi mata aku masih tertancap kepada orang sebelah kanan ni!

"your aunty is a bosen person." mata aku bulat lagi besar dari ubat gegat! Ilman memang kejam. Tiba tiba Aan ketawa. Eh eh.. Dah kenapa? Lama lama dengar budak tu gelak, aku pun terikut sekali. Keras rahang juga lah bila layan dua mangkuk ni. Ilman terus memandu sambil menghabiskan sisa tawanya. Aan? Sibuk mengunyah cokelat yang Ilman beri kat dia tadi mungkin.

"lambat balik?" suara abang menyapa gegendang telinga sebaik sahaja kami melangkah masuk ke ruang tamu rumah abang.

Kami berpandangan sesama sendiri. Senyuman tak lekang dari bibir masing-masing. Peristiwa 'throwback' tadi memang rare! Ilman hanya tersenyum mengikut Aan kebilik dan aku?

Pergi menyambung aktiviti yang tertangguh tadi la.

Monday, 6 April 2015

The Nothing Something 9

Dah sebulan juga lah kami jadi rapat. Teman tapi mesra? Tak ada mesra mesra! Ilman masih Ilman yang sama. Ramai juga pelajar malaysia di kampus ini. Ramai orang dari negeri kelantan! Aku ada lah dua tiga orang kawan juga tapi tak rapat sangat. Aku hanya rapat dengan Ilman. Mana aku pergi mesti ada muka Ilman. Pergi balik pun dia nak ambik dan hantar, sampai satu hari, abang decide nak jumpa Ilman.

"suruh dia datang dinner sekali dengan kita malam ni. Class Ad habis awal kan hari ni?"

aku mengangguk. Suka juga nak bawak Ilman berkenalan dengan abang. sekarang aku dah ada 2 body guards. Aku cakap dengan Ilman hari ni tak perlu ambil aku memandangkan dia tak ada kelas hari ni, dia memang free. Memang boleh sangat nak ajak dia dinner. Aku call dia.

"hello?"

"hello? Nak cakap dengan siapa?" suara Ilman. Kenal sangat!

"saya nak cakap dengan encik Muhammad Ilman. dia ada?" aku ketawa kecil. Just go with the flow bak kata orang putih.

"dia cakap beri salam dulu baru dia cakap dengan awak," aku mencebik memandang iPhone 5s aku. Kalau tak perli memang tak sah!

"Assalamualaikum ya Ilman.." sengaja aku tekan namanya panjang sikit. kedengaran ketawa halus di hujung talian. Lucu sangat ke?

"Waalaikumussalam ya Adreena Zahirah.. Eh, saya baru teringat nama awak ada Zahirah. Kalau saya panggil awak Za boleh?" aku tersentak. Za? Aku mengangguk sendirian. Rasa sebak mula menjalar di lubuk hati. Cepat cepat aku usir perasaan sedih itu. Talian sepi diantara kami.

"hey.. Saya baru bagi salam sikit dah pengsan ke Za?" dia panggil aku Za. Aku tersenyum sendirian.

"tak semua orang panggil saya Za.."

"habis tu saya nak panggil awak Za boleh? Let me be the first one!" aku ketawa hambar. Awak bukan first one Ilman.. Im sorry.

"saya suka awak panggil saya Za, tapi saya laaaagi suka kalau awak panggil saya Ad.." ketawa lagi dihujung talian.  "ye lah, Ad pun Ad lah.. Ermm..ada apa sebenarnya awak call saya? Baru sekali saya tak ambik awak, dah rindu?" 

Rindu? ...ridiculous sangat! Aku ketawa. Berkawan dengan Ilman memang boleh buat stress aku hilang."Ish tolong lah.. Ehem.. Sebenarnya macam ni, abang saya ajak awak dinner dengan kami dirumah abang saya malam ni. Awak datang tau! Awak nak makan masakan Malaysia? Saya masakkan! Im a great cook. Dont worry.."  amboi ni dah kategori riak dah ni Adreena.

"saya segan lah.. Tapi saya nak jumpa Aan dan maksunya sekali.." aku dah ketawa. Suka benar buat aku gelak si Ilman ni.

"kalau awak tak datang kita putus.."

"putus apa?"

"putus kawan!"

"macam budak kecil lah awak ni.. Haih ye la, disebabkan saya begitu dihormati dan di jemput dengan hormat sekali, saya akan pergi."

"nak makan apa?"

"apa awak masak, saya makan" terharu kejap. "awak ni Ilman..."

"ye la saya ni Ilman..." main main pulak dia. Ketawa lagi. Dalam telefon pun seronok berbual dengan Ilman. Tak stress. "dah lah saya nak pergi grocery..bye assalamualaikum.."

"waalaikumussalam.. Take care."

talian ditutup. Kak Mel tersengih sengih memandang aku. "Amboi.. Macam berchenta aje? Betul ke tak ada apa apa ni?"

berchenta?? Ha ha ha ha!! Aku tersenyum malu malu dan menggeleng.

"ish kak Mel ni... Mana ada Ad berchenta dengan Ilman.. Lagipun tak sesuai lah kak Mel.."

kak Mel ketawa sambil menyuap nestum ke mulut Aim. Aku hanya jadi pemerhati. "apa yang tak sesuai nya? Sesuai sangat lah Ad oi... Akak tengok si Ilman tu not bad juga.. Handsome orang nya. Ad pula cantik macam pelakon korea tu apa nama dia.. Kak Mel lupa lah.." aik kak Mel ni! Pandai pandai aje ya.. "Ad ni muka orang melayu pure ok? Bukan macam akak.. Berdarah jepun dan arab patut lah lawa and patut lah abang Kif asyik berkepit dengan akak je.." aku mengusik. Merah pipi kak Mel sambit ketawa. Ketawa kak Mel pun beradab. Sopan gitu! Lain sungguh dengan aku ni. Memang aku ni tak molek! kak Mel sudah bersiap siap. blouse labuh berwarna biru dan sepasang selendang dipakainya.

"jom pergi grocery!" kata abang Kif dari tingkat atas.

"jom!" aku dan kak Mel menjawab serentak.

Selepas membeli barang barang untuk masak, kami terus pulang ke rumah memandangkan hari sudah petang. Aan disekolah masih belum di jemput. "biar Ad pergi jemput Aan lah ya?" abang Kif mengangguk. Bukan jauh sangat sekolah Aan dari rumah abang Kif. Tiba tiba ada suara memberi salam. "Ad tolong tengok siapa tu.." arah kak Mel. Aku angguk dan tudung aku capai sebelum pergi membuka pintu utama. Bibir aku menguntum senyuman sendiri tanpa dipinta.

"awal datang? Saya tak masak lagi.."
"saja datang awal. Tak syok lah datang makan macam tu aje, baik saya tolong masak sekali."

"awak kan tetamu.." Ilman terdiam merenung aku. Kemudian, dia tersenyum. Oh oh,  manis betul lah! Semput nafas aku bila dia senyum macam ni! Aku punya senyuman pun dah kekok. Wey wey... Sampai bila nak berdiri tegak macam ni?

"Adreena!" laungan abang Kif menyentakkan kami. Seperti baru tersedar pula!

"y..yaa!!" tergagap pula aku. Ilman ketawa. Suka la tu tengok aku kalut!

"siapa kat luar?" tegur abang dari dapur.

"Ilman!" pandangan Ilman teralih kepada belakang aku. Dia tersenyum memandang abang. Berjabat tangan.
"saya Ilman." dua dua tersenyum.

"nama abang, Aakif. Ilman masuk lah dulu. Abang dengan wife tengah masak ni. Nanti dah siap, abang panggil makan ya? Oh sambil tu kita boleh berbual sedikit.." Ilman hanya mengangguk. Abang berlalu ke dapur semula.

"Saya nak pergi ambik Aan ni.."

"Aan? Saya nak ikut."

"jom lah.." kunci kereta aku serah kepada Ilman. Bagi dia drive. Aku? Relax je la kat seat penumpang sebelah.

"Adreena.." aku menoleh ke arah Ilman.

"Adreena.." terpukau aku dengan senyuman manis Ilman..

"Za!" aku tersentak.

"y..yaa..?" aku dah tergagap balik.

"saya tahu saya tak patut cakap macam ni..."

"cakap apa?"

"cakap...." sengaja dia lambat lambatkan nak bagi aku bengang!

"cakap apa?!" suara aku meninggi sedikit.

"tudung awak senget!" dia ketawa semahu mahunya. Aku pula dah malu tahap petala. Cermin kereta aku lihat. Oh tuhan! Pin aku dah senget sebelah dagu! Memalukan.. Adreena yang memang memalukan!!!

The Nothing Something 8

Kafe Starbucks tidak ramai pengunjung hari ini. Kami pilih untuk duduk di tepi tingkap. Nyaman dan dapat melihat kesibukan kota London pagi ini.

"Tell me about you." dia berpeluk tubuh. Aku mengerutkan kening dan berdeham. "what do you want to know about me?" aku tersengih.

"why are you crying on plane?" aku tersentak. Sedaya upaya aku cuba mengawal perasan. Ilman tahu?

"a..awak ppperasan?"

angguk.

"jadi awak nampak lah saya menangis ya?"

angguk lagi.

Aku dah terdiam. Asyik malu aje dengan Ilman. Agaknya ini lah balasan dari Tuhan sebab asyik tahu mengumpat Ilman dalam hati je haa kan dah kena. Aku mengetap bibir, merenung Ilman yang sedang berpeluk tubuh di hadapan.

"saya buruk kan masa menangis?" dia ketawa besar. Aku pun bodoh pergi tanya soalan macam tu. Terhinjut hinjut badan Ilman mentertawakan aku. Hinanya.

"Nope. Awak nampak super gorgeous time menangis. Pipi, hidung dan bibir awak merah sangat! Saya rasa nak gigit je," terus membulat mata aku. Oh hoiiiii... Tadi menjaga sangat, sekarang? Sexual fantasy? Dia ketawa lagi.

"Ilman!!! Awak pervert 69!"

"kenapa ada 69?"

"saya rembat aje! Saya rasa sesuai.." 
"sukahati awak lah," dia ketawa kecil sebelum menghirup kopinya. Ada pula nak gigit hidung aku... Uihh... Teruk betul sexual fantasy seorang lelaki ya? Patut lah wanita di negara Arab, majoritinya berpurdah. Mereka cantik dan mereka menjaga khazanah mereka hanya untuk suami mereka. Memelihara nama baik seorang wanita. Terasa bangga dan hina dalam masa yang sama. Bangga kerana yang bersungguh sungguh memakai purdah dan hina kerana masih banyak yang masih belum menutup aurat. Masih ada yang terdedah di sana sini. Oh jangan kata di negara barat sahaja, negara kita sendiri masih ramai yang memakai pakaian yang mendedah kan lurah di tempat tempat awam.Boleh buat selamba lagi tu! Seriau betul bila Nabi Muhammad kata penghuni di neraka lebih banyak perempuan berbanding lelaki. Adakah aku tergolong di dalam ahli neraka? Astarghfirullahalazim... Harapnya tidak.

"hey.. berangan kahwin dengan putera raja ke?" aku menjeling.

"jeling lah, jeling lagi. Jadi juling nanti tak ada siapa nak kan awak." aku muncung kan mulut.

"haaa muncung la muncung, nanti jadi mulut itik, suami pun tak mahu kiss," mata aku membesar. Main cakap suka hati nenek dia aje! Aku baling tisu ke muka nya. Dia ketawa mengejek. "awak tak jawab lagi soalan saya." "let it be.."

"saya tak mahu hidup dalam penuh tanda tanya" kali ni, kali kedua aku tersentak. Apa maksud Ilman?

"why do you care so much?"

"can't i?" Ilman memang tak akan mengalah. aku mengeluh. aku perlukan seseorang untuk mendengar. Mungkin Ilman boleh menjadi pendengar yang baik. Aku mula membuka pekung di dada.

"Okay fine. Remember when saya mimpi yesterday yang awak kata saya mengacau semua orang padahal saya hanya mengganggu konsentrasi awak tidur sebab awak menegur saya?"  sempat lagi aku fire dia! dia melepaskan ketawa kecil sekaligus dengan anggukan.

"apa yang awak mimpi kan sampai berpeluh dan menjerit tu?"

"saya mimpi saya lemas. Orang benam kan kepala saya di lautan lepastu, saya dengar bisikan. Ayat ayat itu pernah diungkapkan oleh seseorang yang penting dalam hidup saya."  ingatan aku kepada Hazim masih kuat. Susah saya nak lupakan awak Hazim. Dah 3 tahun awak tinggalkan saya. 

"Tunggu Zim balik lepas tu kita kahwin terus okay, wifey?" aku menampar lembut bahu itu.

"Zim ni! Saya belum wifey awak lagi okay? Tangan tok kadi pun awak belum buat special handshake lagi.." aku melihat kasut. Malu nak bertentangan mata dengan kekasih hati.

"kejap je 3 tahun tu Za, nanti saya balik, kita teruskan niat kita okay? Setia tau! Tangan tok kadi tu saya shake sampai putus tangan dia!" dia buat kening double jerk. Kami bergelak ketawa. "come, smile. For our very last memories!" ceria dia menutur kan kata kata itu. Aku tersentak.

Our very last memories? Aku cuba bersangka baik. Aku senyum ke arah kamera polaroid berwarna hitam itu. Hazim mencoret sesuatu di belakang gambar dan di berikan kepada aku. Aku tersenyum.

"apa ni?"

"read!"

Akhirnya aku yang tersenyum sumbing seorang diri membaca coretan di belakang gambar itu. Bahagia meresap jiwa.

mata panas. pedih hidung. dada berombak. Astarghfirullahalazim.. Kenapa dengan aku ni? Benda yang lepas tak patut aku flashback. Tapi macam mana nak halang? Its too strong. Gugur juga air mata. Aku menunduk. Nafas aku tarik dalam dalam. Air mata terus menitik tanpa disuruh. Aku tak dapat mengawal lagi. Kepala aku sembam kan keatas tangan yang berada di atas meja itu. Aku menangis semahunya. Macam mana lah aku boleh teringat kan Hazim.

"Adreena..." lembut suara itu memanggil.

"Adreena.." aku angkat kepala. Ilman kelihatan tersentak namun cepat cepat dia tersenyum. "awak okay?" aku nampak okay ke sekarang? Aku menggeleng. "let all out.. nanti awak boleh ceritakan kepada saya" memahami.

Aku segera mengesat air mata dan mengeluh. "maafkan saya Ilman."

"untuk apa?"

"buang masa dengan saya. Tengok saya menangis tiba tiba.. Saya tak boleh kawal.." terasa sebak semula. Tapi cepat cepat aku mengawal perasaan. MALU lagi dengan Ilman.

"jom saya hantar awak balik. Saya ada kelas lepas ni." 

"saya ada kelas juga lepas ni. Universiti saya dekat je. Saya jalan kaki aje lah."

"Cambridge University?"

Aku mengangguk. Dia tersenyum lebar.

"come, im in that campus too! One way.." surprisingly... Aku menangguk.

"habis dah eyeliner saya.." Ilman bangun dan membasah kan tisu sedikit. Aku tersentak seperti terkena renjatan elektrik apabila dia mengelap kedua kelopak mata aku. Diam tak berkutik seperti patung di kedai baju. "done! Let's go" aku masih keras memerhati Ilman. "jom lah, nak saya angkat ke?" "no thanks," aku cepat cepat bangun. Ilman ketawa lagi.

The Nothing Something 7

Malu!

Sakit!

Ha tu lah, menyombong lagi bila orang nak jalan dengan kau kan dah jatuh. 2 in 1 sungguh! Malu dapat, sakit pun dapat. Malangnya nasib aku hari ni. Aku duduk menggenggam lutut. Orang ramai yang lalu lalang memerhati kan aku, tidak aku pedulikan. Mana Ilman!? Tak mahu tolong aku ke?

"Hey, hahaha.. Macam mana boleh terpeleot ni? Bukan pakai heels pun. Tu lah, tinggal lagi saya kat belakang kan dah jatuh!" gelak aje! Aku mendengus geram.

Dua batang kaki berdiri di hadapan aku, aku dongak ke atas. Dia ni manusia ke galah? Tinggi betul! "hey, hey.. awak boleh tak jangan banyak cakap? Saya jatuh sebab awak tau!"

"apa kena mengena dengan saya?"

"saya nak lari dari awak.."

"kalau awak lari, saya kejar.."

Eh? macam bengong aje kami berdua ni? Kami berpandangan sesama sendiri. Masing masing tak dapat mengawal diri, kami ketawa. Orang di kota London ni mungkin ingat kami ni gila berdrama pula di Cambridge Circus itu.

"Tolong angkat saya.."

aku memberi tangan kepada Ilman. Dia mengerutkan kening. Aku buat muka kesian. Tangan aku goncang sekali lagi. Tolong la tarik! Tiba tiba dia mencangkung disisi aku. Dekat. Jantung aku mengepam laju dari degupan ordinary... Dia tersenyum senget.

"Adreena.. kalau saya boleh, saya dah cempung dah awak. Saya tak boleh.." aku menjeling Ilman. Tak boleh kenapa pula?

"Saya tak berat okay?" Aku dah bangun sendiri. Punggung aku tepuk perlahan beberapa kali.

"Ni bukan masalah berat ke tak. as I said, kalau saya boleh, dah lama saya peluk dan angkat awak.. masalahnya saya tak boleh lah.." 

Aku dah mendengus geram. Tak gentleman langsung! Patutnya perempuan lemah yang jatuh terpeleot seperti aku ni harus dibantu bukan digelakkan. Hishh peluk? Aku sidekick karang!

"Awak jangan nak ambik kesempatan dalam kesempitan okay?" Aku pandang dia dengan pandangan jelik. Dia ketawa dan menggeleng."Haram saya bersentuhan dengan perempuan."

Bang! Bang! Bang! Malunya macam panjang kain sutera di Jakel!! Mana nak sorok muka ni? Ilman ketawa. "tapi kalau darurat tak mengapa lah.." suara aku mengendur. Malas nak panjang panjangkan cerita. Dia mengerling ke arah aku seketika. Aku perasan dia curi curi tengok aku, tapi aku buat tak tahu aje.

Remain cool Adreena!!

"Adreena, look. Tadi awak boleh bangun sendiri kan?" errr.... ya.. Aku mengangguk. Malu pun ada. Mana tak malu? Suruh orang lelaki bukan muhrim angkat kita sedangkan kita masih berdaya! Gila Adreena.. Tu hukum agama tu!

"saya akan angkat awak kalau awak betul betul dah desperate, ehem.. I mean, bila keadaan darurat sangat macam kalau awak pengsan ke mati ke.. Haa tu baru saya angkat awak."

Nak tercekik airliur aku! Malu gila dah ni. Kenapa lah aku tak ghaib sahaja masa jatuh tadi? Minta diangkat lagi... Adreena yang memalukan. Keadaan sepi antara kami berdua. Aku pun malas bercakap. Malu punya impact.. Kami berjalan tanpa hala tuju.

"coffee?" pelawa Ilman.

"sure... my treat." entah aku rasa nak belanja dia pula. Rasa nak berterima kasih pada Ilman, seorang yang begitu menjaga pergaulan dan sentuhan. Berterima kasih tiada sebab.

"why?"

"i just feel to.." dia tersenyum lebar.

"alhamdulillah.. jimat duit saya." jimat duit saya? Ah!! Tak gentleman betul. Kami ketawa sepanjang perjalanan kami ke Starbucks. Aku dah salah sangka terhadap Ilman. Okay, maybe aku baru kenal dia but he has that something...

...... like Hazim does.

Sunday, 5 April 2015

The Nothing Something 6

"abang"

"hm?"

"bila kereta Ad nak sampai?"

"esok."

"hari ni?"

"abang hantar."

Tapi.. Kelas aku lambat lagi. Bosan kalau duduk rumah aje. Aan pergi sekolah. Aim pergi nursery. Kak Mel, gossip partnerku bekerja. Abang Kif sahaja yang cuti. Jetlag? Amboi! "abang.."

"ya?"

"Ad naik teksi aje lah. Lagipun bosan tak buat apa apa di rumah ni. Ad ingat Ad nak pergi beli buku references sikit. Boleh ya?" abang Kif mengeluh. Alahai si kacak ni! Susah betul nak bagi princess dia jalan jalan seorang diri. Adreena Zahirah is a grown up lady lah abang Kif!

"becareful?"

"i will."

"are you sure you can go alone?"

"100% sure."

"if that's what you want, then okay." hati aku dah kembang kuncup ni. berjaya juga aku pujuk abang Kif!

Kot berwarna hitam aku capai. Skarf bercorak petak petak aku ikat sekemas mungkin di leher. Beg Chanel berwarna hitam yang dihadiahkan oleh kak Mel, aku galas seperti sling bag. Done! "Adreena!" laung abang Kif dari bawah.

"ya?"

"teksi dah sampai!" aku segera mencapai but high cut berwarna hitam dan berlari kecil turun ke bawah. But aku sarungkan ke kaki.

"bye brother!"

"take care princess!"

"will do!" pintu teksi aku buka dan masuk kedalamnya setelah mengarah kan pemandu teksi itu destinasi aku. Sempat juga aku mengerling ke arah abang yang membuat isyarat 'call me' kepada aku. Aku hanya mengangguk sebelum teksi berdesup pergi meninggalkan rumah abang Kif. Akhirnya! Setengah jam perjalanan dari rumah abang Kif, sampai juga aku di Cambridge Circus.

Kaki aku langkah ke kedai kedai buku di tepi jalan itu. Banyak betul buku. Mata aku dah rambang! Semua buku aku nak beli!

'Tamak nya kau Adreena!!' telah hatiku sendiri.

Oh hati! Bukan apa, harus sahajalah book enthusiast seperti aku ni akan jadi rambang mata, sebab every genres of book memang ada kat sini! Aku ketawa kecil seorang diri. You're funny Adreena! 

"Tak betul ke gelak sorang-sorang?"

"oh mak kau!" aku terlatah. Haiiiii jembalang mana yang tegur aku ni?! Nasib tak melayang nyawa aku. Tak sampai sehari lagi aku kat sini dah jadi arwah! Tak mahu lah...  aku toleh ke belakang. Ya Tuhan! Dia ni lagi. Mengintip aku ke?

"Mak saya kat Malaysia lah.."  Aku menjeling Ilman geram. Dia hanya tersengih. Menjawab je!

"Hey, macam mana awak boleh ada kat sini?! terkejut saya tau!" dia ketawa pula! Manis betul senyuman nya. Tak suka. Kencing manis. Potong kaki!

Ooh ohh wait.. Handsome pula Ilman hari ini. Oops, extra handsome! Memakai jaket denim biru, berseluar slack hitam dan sepasang kasut jenama Nike. Oh ya... There's something interesting here! Rambut dia beralun dan dah pendek. Add on, sudah kemas!! Sangat.... Handsome di mata aku. Oh Adreena, jaga pandangan matamu itu! Tak molek betul seorang anak dara menilik anak teruna orang. Tapi...

Dupdapdupdapdup..
Oh tidak.

Cepat cepat aku mengusir perasaan yang menular di hati aku tika itu. No! "awak fikir London ni awak punya?" dia turut berjalan sebelah aku. Kedua dua belah tangannya dimasukkan kedalam poket. "memang saya punya pun.." selamba aku menjawab. Aku buat buat sibuk memilih buku. Taknak pergi pula dia ni. "coincidence, kita boleh jumpa di sini" aku pula tersengih. "coincidence ke.. awak intip saya, mr. stalker?" aku buat kening double jerk style. Dia menjeling aku. "hey, buang masa saya je lah stalking awak. You're no fun but you have something." katanya tenang. Aku pula tersentak.

You're no fun but you have something

Apa maksud Ilman? Aku mengerling lelaki itu. Matanya masih kehadapan melihat jalan. Dia tak perasan aku curi-curi tengok dia. "awak buat apa sebenarnya di London? Bercuti?" dia tanya. Haiii... Peramah pula dia ni. Aku menggeleng. "Saya further studies. Master. Awak?"  dia menoleh ke arah aku. Riak mukanya seperti 'oh really? saya tak percaya!' "saya further studies juga seperti awak. pHD. So I assume you're 23?" aku mengangguk. Wah.. Phd.. Untung lah! Aku lagi banyak tahun lagi.. Sobs.. Nak menangis boleh? "awak 27 sekarang?" dia mengangguk. "pandai awak teka, so panggil saya abang Ilman!" abang Ilman? tunggu kucing bertanduk dulu boleh?

"abang Ilman?" kaki aku berhenti melangkah. dia mengangguk.

"kenapa?" dia tanya aku semula. Muka dia macam tahan ketawa aje.

"Tak mahu lah saya.. Awak ni teruk lah Ilman. Awak bukan abang saya!"

"saya memang bukan abang awak tapi saya tua lagi dari awak! Bukan nya abang apa, just nak suruh awak hormat saya sebagai abang aje. Bukan.... Sebagai 'abang' yang suami tu," selamba mak dia aje bercakap! Sengalnya!

Aku hempuk buku yang aku beli tadi perlahan di bahunya. Dia ketawa. Suka agaknya tengok aku malu malu kucing. Aku ni pun satu. Dah kenapa? Kata tak suka dulu? Aku tak ada jawapan spesifik lagi. Nanti lah ya? Aku jeling Ilman dan berjalan laju meninggalkannya.

"nak pergi mana?" sibuk pula mamat ni.

"saya nak pergi Starbucks. Kenapa?"

"saya ikut."

"tak payah lah.."

"Starbucks bukan awak punya." ha bisa lagi encik Ilman ni.

"sukahati awak lah." malas nak layan. Takut terjatuh. Jatuh apa?

Jatuh.......!

Friday, 3 April 2015

The Nothing Something 5

"Aan, give back uncle's phone. Kita dah sampai." tuturku sambil sibuk mengambil beg galas dari cabin atas. Sebenarnya sibuk nak mengelak mata dari terpandang mamat tu. "thank you uncle!" cerianya suara Aan. "No problem Aan.." Aan? Wah.. Sudah lebih ni!  Aku mengerling sedikit kearah mereka. Siap buat hand shake ada style lagi. Mesra benar nampaknya.

"see you next time uncle! Aan lives in Mayfair." peramah lah pula si Aan ni. Aku tarik tangan Aan tanda 'lets go' tapi Aan enggan. Aku menjulingkan mata. Apalah yang Ilman buat kat Aan? Sampai brotherhood betul ni! "Aan, come on. Later papa will scold you.." gertakan aku menggunakan papanya tak lut pun. Dia masih berbual dengan Ilman. Ilman pula seronok melayan. "okay bye uncle, see you next time!!" Aan melambai Ilman yang berada di belakang kami. "See you next time too, Aan" next time? Ohohoho there will be no next time! Aku pimpin tangan Aan dan berjalan laju sikit. Lemas betul.

"kenapa lambat?" soal abang Kif. Aku mengerling Aan. Ha! Aunty dah cakap.. Aan buat donno aje. Aku jugak lah yang kena menjawab soalan papanya.

  "Aan pergi toilet kejap," aku tipu.

Abang pun mengangguk percaya je apa yang aku cakap. Haila.... Abangku. Murni betul hati mu. Rasa bersalah pula menipu. Tapi takkan nak cakap sebab Ilman tu kut? Hiks... Aku menghampiri kak Mel yang mendukung Aim itu. "kak nak hold Aim jap!" pintaku. Kak Mel tersenyum dan menyerahkan anaknya kepada aku. Pipi gebu Aim menjadi sasaran ciuman ku. Kanak kanak berusia 3 tahun itu ketawa kegelian. Dia menyentuh pipi aku dengan tangan kecilnya itu. Geli tapi seronok tengok tangan dia travel merata muka aku. Sampai tangannya dibibir aku, aku mengacah untuk menggigitnya. Dia cepat cepat melarikan tangan kecilnya dan ketawa. Comel!! Anak rambut Aim aku usap ke tepi.  "nampak Aan tak?" soal kak Mel kepadaku. Aan? Aan!! Mana Aan?? Aku menyerah kan Aim kepada kak Mel semula. "biar Ad tengok Aan kejap.Mungkin dia di dalam." aku berlari kecil ke dalam lapangan terbang itu semula dan.... Aan bersama Ilman? Apa ni? Aku berjalan laju ke arah mereka. "Aan! What are you doing here? Everyone is looking for you, you know?! Come, follow aunty!" aku memang geram sungguh ni. Takut kehilangan lagi. Serik. Mata aku hala kepada Ilman. "dan awak! Boleh tak jangan sesuka hati nak panggil Aan datang kat awak? Kami semua risau tengok dia bla macam tu aje! Rupanya dia dengan awak!" muka dia tenang je kena sembur dengan aku. Manusia ke robot? "dia yang datang dekat saya okay?" aku tarik tangan Aim. "dont go or talk with strangers anymore. Copy that?!" terangguk angguk Aan. Takut lah tu. Kami meninggal kan Ilman seorang diri di situ. Panas betul hati aku. Lantak lah salah dia ke bukan ke biar aje lah. Pokoknya, aku risau!

"Ya Allah Aan, where have you been?" tanya kak Mel sambil membelek belek muka anak sulungnya itu. Aku mengeluh. Pandangan kak Mel dihala kepada ku. Minta penjelasan. Aku faham, sekali lagi aku mengeluh.

"dia ada di dalam dengan lelaki yang duduk sebelah kami." aku berterus terang.

"hah? apa nama nya? baik ke jahat?"

"nama dia Ilman. Baik kut." malas malas aku menjawab. Baik ke mamat tu? Entah.

"Aan, dont do like this anymore! Mummy dont like. Anything just go with aunty su ok?" tenang kak Mel menasihat anaknya itu. Wajah itu jelas terpancar kerisauan nya. Ibu mana yang tak risau kan anaknya? Nak pula yang disayangi, yang dijaga sedari lahir tidak berada di depan mata, lagi lah tidak keruan di buatnya. Aku memeluk Aan.

"Aan... Sorry?"

"for what?"

"scolding you infront of uncle Ilman.."

"it's okay aunty su.. Aan dont mind. I'm sorry too.."

Dia membalas pelukan aku juga. Orang kalau tengok kami begini pun mesti fikir kami ni anak beranak. Aan memang manja dengan aku. Aku pula suka memanjakan dia. "okay, jap lagi pak hamid datang ambik kita," kata abang Kif. Dia tak tahu kejadian Aan hilang sebentar tadi kerana dia pergi menelefon seseorang. Tutup je la mulut. Benda dah lalu.

Wah cantik nya rumah abang! Terkagum sebentar aku. Lama tak ke sini dah macam macam perubahan dan perabot yang ditukar. Aku perasan ada sebuah lampu chandelier yang memang besar dan cantik sekali terpasang di pintu utama. Aan pantas menarik aku ke atas ke biliknya. "see!!" ujarnya teruja. sebuah bilik berkonsepkan 'space out' seluas 1/4 padang bola. Tak besar dan tak kecil sangat. Menarik bilik Aan ni. Wallpaper biliknya menggunakan gambar angkasa lepas. Gelap dan bintang bintang yang berkelipan. Memang terasa di angkasa lepas sangat! Pandai abang Kif dan kak Mel menghias bilik anaknya ini. Ada satu benda yang menarik perhatian aku. Sebuah khemah kecil di sudut bilik itu. Mainan elok tersusun. Aku baring di atas katil Aan. Dia menunjukkan aku figura Jedi dari cerita Star Wars itu. Abang masih tak berubah! Dia masih mempunyai koleksi Star Wars. Minat dia memang mengumpul figura figura cerita Star Wars. Anak nya pun terikut sekali. Aiyooooo...

"Aan bilik aunty kat mana?"

"beside my room!!" beside? Alahaiii sebelah Aan je lah ya? Bersyukur lah Adreena daripada duduk berseorangan di Manchester. Aan menarik tangan aku ke bilik sebelah. Mulut aku jadi bentuk O dah. Cantik! Nyaman! Sebuah katil bersaiz queen berwarna peach cream nampak saaaaaangat selesa. Nampak sahaja buat apa? Aku tarik tangan Aan dan kami berdua melompat dan berbaring di atas tilam itu. Ya Tuhan... Nikmat betul! "best la tilam ni Aan! Aunty loves it.." kata aku dengan perasaan teruja yang berluap luap. "Aan suka it too!! Papa bought it last month"  kami berdua ketawa. suka it too? Bantai lah Aan oii.. Janji dah cuba bercakap bahasa melayu! 

"love the bed?" tanya abang Kif dimuka pintu.

"gila tak suka? I loooove it abang!"

sengaja aku menekan perkataan love itu. Abang Kif tersengih. Tahu sangat kesukaan adiknya itu. Abang yang memahami!! "okay lah tomorrow dah start kelas kan? So.. Go rest. Mandi lah apa yang patut. Tu beg, abang bawa naik. Excited sangat sampai tak angkat beg ya?" abang mengusik. Aku dah menjulingkan mata. "Aan yang tarik aunty. Bukan aunty yang naik sendiri,"  Aan aku peluk. Sampai naik rimas budak tu. "dah dah, Aan go take a bath. Aunty want to rest. Dont disturb aunty" tangan Aan di tarik papanya. "dah Ad pergi mandi dulu lepastu rehat. Nanti dinner abang panggil." aku mengangguk. Aku memang dah penat juga ni. Pintu ditutup. Aku menarik comforter dan... ZzzzZzzz..

Selamat.

Wednesday, 1 April 2015

The Nothing Something 4

Aku terjaga. Aku melihat jam. Hanya beberapa jam lagi kapal terbang akan mendarat. Kepala aku terasa berat. Mungkin sebab menangis. Aku memerhati Aan yang masih lena. Sejuk sikit hati aku. Badannya bergerak sedikit. Macam tahu tahu aje diperhatikan ya? Aan mengerdip kan matanya beberapa kali. Dia menguap sesekali. "enjoy the nap?" tanya ku. Pipi gebu itu aku picit. Sengaja tak nak bagi dia tidur semula, sebab aku bosan. Dia tersengih. "i enjoyed the loooooong nap aunty su. I dreamed I kissed a princess...." kata kata Aan yang selanjutnya tidak aku dengar. Kissed? Princess? Cepatnya anak buah aku.....

Oh Adreena, mengapa fikiran mu biru sekali?

Mimpi hanyalah permainan tidur.

Tetapi lelaki, kalau dah mimpi pasal seorang perempuan maknanya dah akil baligh lah kan? Tetapi masakan budak berusia seawal 6 tahun sudah akil baligh sedangkan masa kematangan lelaki dianggarkan 12-16 tahun? merepek aje kau ni Adreena! Cuba la berfikiran baik sikit.

"and we live happily ever after.." ujar Aan teruja dengan mimpi fairy tale nya. Seronok la tu jumpa princess. Aku tersengih. "hey.." mata aku beralih ke arah empunya suara. senyuman aku kelat sekali. Sibuk aje lah dia ni. Asyik hey,hey ingat aku tak ada nama ke? "ya?" dia tersengih pula! "ada buku cerita?" aku mengangguk. Novel cinta melayu aku serahkan. Muka nya merah menahan tawa. Akhirnya, terburai juga ketawanya. Nak buku, aku bagi. Nak apa lagi? "buku ni?" dia menyoal aku. Ya lah, buku tu je yang aku bawa. Aku angguk kan kepala. "sorry saya tak baca buku macam ni, mengkhayalkan dan merepek sama sekali jalan ceritanya.. Oh ya sangat... Klise" oh Tuhan... Mulut lelaki ini kalau dicabai memang best ni!! Main suka dia je tembak.

"tak suka jangan baca."

"suka baca novel?" suka. Suka lagi hempuk buku kat muka awak tu.

"kenapa tanya?"
          
"tak sangka.." dia buat muka.
          
"apa yang tak sangka?"   

"perempuan macam awak baca novel melayu yang mengarut jalan ceritanya."

Main tembak terus dia ni. Ni mesti kes kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Pukul rata terus. Tak semua novel melayu mengkhayalkan. Ada sesetengahnya mungkin kosong isinya, tetapi ada juga yang penuh dengan ilmu dan keratan surah-surah dari al quran. Bukan kosong semata mata. Walaupun ia hanyalah buku, ia tetap ilmu. Jika dilangkah, tetap berdosa!

"Nama saya Muhammad Ilman. Orang panggil saya Ilman." sengal! Aku tak suruh pun kenalkan diri. Tak rela nak tahu menahu nama mu! buku tadi, beralih tangan semula. "Oh.." itu aje respon aku. Bagus Adreena, bagus! Aan terpinga pinga. Mesti dia perhatikan kami dari tadi dan mesti dia hairan, apa lah yang dibualkan oleh makcik dan abang yang berada di sebelahnya itu. Aku malas nak layan, aku betulkan posisi kedudukan. Molek sikit! baru mata nak terpejam, ada pula suara berbisik.

"what is your name?"
         
"Farhan."
         
"Aunty?"
         
"Adreena Zahirah Harith."
         
"what a fancy name. Tak padan dengan perangai!"  ohhh mengutuk?

Sabar Adreena sabar. In, out, in, out lama lama otak aku yang tak betul.
"hey, kalau awak jealous dengan nama saya pun, tak perlu lah mengutuk depan anak buah saya," dia tersengih lagi. Lesung pipit dalam betul. Berapa cm kedalam lah tu ya? 4cm ada tak? Muka handsome rambut je panjang sedikit. Dibelah tepi. Tak kemas lagi. Masih... Selamba. Dengan sweater maroon nya. Macam dah biasa ke London aje dia ni. Tak fancy pun cara berpakaian. Typical Malaysians betul aku ni. Asal pakai cantik sikit, kaya. Pakai selekeh sikit, miskin. Belajar tinggi tinggi tapi nak menilai orang, ilmunya setinggi buku lali aje? Waduh!

"siapa jealous dengan nama awak? Nama saya cukup sedap dan saya senang dengan nama saya.."

'dan... Oh ya? Macam saya kisah?' nak aje aku cakap tapi tak sampai hati pula.

Aan pun satu! Bagi nama aunty kenapa? Ohhhh wait! Aku baru perasan yang Aan sedang memegang iPhone 5s berwarna hitam. Siapa punya? Aku punya warna putih.

"Aan, who's iPhone is that?" Ilman duduk dengan posisi asal semula. Mata dikatup rapat. Bibirnya tersungging sebuah senyuman nakal. Kedua belah tangan diletakkan dibelakang kepala.

"Uncle's phone.." Aan menjawab acuh tak acuh. Matanya masih terpaku di skrin telefon itu. Tak malunya ambik handphone orang! Baru kenal pulak tu! Entah entah Ilman ni asassin ke apa kan?  Mm tapi tak mungkin lah assasin. Badan tak sasa sangat, tak kurus sangat, boleh-boleh je lah.

"Give back to uncle!" aku dah mengarah. Aan pula jenis taat, diserah kembali iPhone itu kepada tuannya.

"saya bagi dia main, kenapa dengan awak?"

Ilman mengerutkan kening. Aan kelihatan serba salah. Tak faham. Mungkin dia ingat semua ni kerana dia kut. "Anak buah saya tak perlu kan telefon orang lain. Cukup saya punya seorang" bidasku.

"Awak punya, tak ada game berjiwa lelaki. Main masak-masak, Jiwa perempuan. Bosan. Amatur dan sangat lah tidak menyeronokkan. No fun at all!"

mata dah tutup balik. Tapi mulut masih working? Karan karang mulut non smoking tu! Mulut bisa kalah bisa tebuan! Menyengat habis. Dia bagi semula handphonenya kepada Aan. Kenapa mudah pula Aan bergelak ketawa dengan Ilman ni? Baru aje kenal! Bala!!!!! "Mak awak pun perempuan jugak apa" aik? Itu yang terkeluar? Macam terpesong aje ayat aku.
        
"Memang lah perempuan. Takkan lelaki pula kan?" Bang! Bang!
         
"habis tu mak awak amatur. juga lah kan?"

apa aku melalut pun aku tak tahu tapi yang pasti hati aku sakit+malu dengan mamat ni! Sarkastik didahulukan, kutuk mengutuk diutamakan. baru kenal beberapa jam, dah boleh buat aku sewel!

"kapal terbang akan mendarat di lapangan terbang Heathrow, London sebentar lagi, diminta semua penumpang memakai tali pinggang keledar sehingga isyarat memakai tali pinggang keledar di padamkan, terima kasih.."

Yay!!!!!! Hati bersorak riang. Cepat lah sikit kaptennya! Aku nak cepat cepat keluar dari kapal terbang ni! Tak sukaaaaaaaaaaaaa duduk sebaris dengan mamat sewel ni ya tuhan mulutnya bisa tak terampun.

The Nothing Something 3

"Awak mendamaikan saya..." suara itu seperti berbisik ditepi telinga aku. Angin yang meniup di pantai itu menyapa lembut. Sejuk. Mana datangnya suara tadi? Seorang jejaka? Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, kawasan pantai lengang dan sepi. Kaki melangkah. sendiri ke arah lautan yang terbentang luas. Aku berjalan seolah-olah di panggil oleh sesuatu. Sesuatu yang aku tak pasti mana datangnya.      

"awak menghidup kan perasaan saya yang mati..." suara itu berbisik lagi. Apa maksudnya? Bingung.....

Tiba tiba, kepalaku terasa dibenamkan kedalam air. Pedih mata tahap petala dan masin mulut aku dimasuki air laut. Aku bergelut seorang diri. Bertarung nyawa. Siapa yang berada di belakang aku? Tercungap-cungap aku mencari nafas. Senak penafasan. Terasa lemah tak berdaya lagi untuk melawan. Sakit tekak aku menjerit. Pasrah. Gelap.

"Hey.. Hey... Bangun.." suara lagi? Aku celikkan mata. Muka ku berpeluh. Aku dimana ni? Aku pandang sebelah. Aan masih lena dibuai mimpi. Aku di dalam kapal terbang. Apa teruk sangat mimpi aku tu? Jauh betul terlajaknya. Pantai? Kapal terbang? Uikss... "awak okey?" tegur seorang lelaki di tepi Aan. Sejak bila ada dia ni? Kening di sebelah kanan aku jingkitkan.

       Mungkin last minute baru masuk. 

Aku teragak agak mengangguk. "awak mimpi tadi.. meracau teruk. Saya tak sampai hati nak kejut kan awak.." dia terus memberi 'maklumat' tanpa dipinta. Oh nooo....  malu betul. 

"tapi badan awak dah berpeluh, awak menjerit, seolah olah awak tenggelam dalam dunia mimpi awak sendiri.." 

aku dah malu tahap gaban dah ni. Mesti tak molek betul cara aku tidur tadi! 
             
"dan.. awak mengacau semua orang  sebenarnya." Bang! Bang! Bang! 

Oh hoiiiii... Harap muka aje handsome tapi tak sopan betul menegur perempuan melayu yang tertidur dan TERmengigau di dalam kapal terbang seperti aku ni. Sobs! Aku mengigau aje bukan meracau dengan rela hati. Tutup mulut aje lah, malas + malu nak menjawab. Aku mengerling lelaki yang bersweater berwarna maroon itu. Ohh...dia lelap balik. Selamat! Senak perut dengan kata-kata dari bibir merah non smoking itu. Mungkin aku kacau dia tidur kut, tu yang kejut kan aku tu. Tak sampai hati konon.. sembang lebih! Cakap je lah straight foward yang aku ni mengacau dia tidur. Tak perlu lah nak cakap aku menjerit teruk ke apa. Buat malu aku je. 

Tapi.. Mimpi tadi.. Sangat pelik. "awak mendamaikan saya?" perlahan bibir aku menutur tiga perkataan yang membingung kan kotak fikiran aku. Apa maksud mimpi itu? ayat itu.. Aku tersentak. Fikiran aku mula teringat kan seseorang. Wajah itu mula menerjah kotak fikiran.
 
..... Hazim? 

Hati aku berair semula. Hidung terasa pedih. Kepala aku pening. Celaru. Mata berair tanpa sedar. Dalam diam aku menyeka air mata yang menitis. Adakah mimpi itu petanda?

Kalau lah masa boleh berputar semula.... 

Hazim,

Saya rindu kan awak.

Aku terlena tanpa sedar.