Wednesday, 29 April 2015

The Nothing Something 18

"lepaskan tangan saya.. Hazim." senak di dada masih ada. Aku rindu wajah ini? Suaranya? Ilman. Ilman mana?

"Za..."

"hands off man." Ilman. Suara Ilman! Aku merentap tangan aku dari genggaman Hazim. Hazim tidak mengeraskan pegangannya kali ini. Perhatiannya lebih difokuskan kepada Ilman yang berada di sebelah aku. "who are you?"

"her fiancee." Hazim kelihatan terkejut pada mulanya, kemudian dia tersenyum sinis memandang aku.

"that fast?" aku diam. Salah aku? Awak yang tinggalkan saya Hazim.

"you left her first, bastard." aku memandang Ilman. Aku tak pernah nampak dia marah sampai mengeluarkan kata kata sebegitu. Riak mukanya memang cool. Cool sangat sampai aku rasa nak ambik gambar buat wallpaper! Eh siot lah kau Adreena!! Kening Hazim bersambung.

"so you know?" sekali lagi gelak sinis Hazim menerjah telinga. Sakit hati aku mula meluap luap semula.

"ofcourse. She's my fiancee after all." Ilman beriak tenang lagi.

"memang patut saya tinggalkan awak Za. Kalau saya tahu macam ni, memang keputusan saya selama ini tak salah." aku tersentak. Sebak pun ada. "wow man, now you sounded like a dumb. You dumped her and you blame her when she had another fiancee now? Psh.. Stupid." Ilman terus membackup aku. Aku tak tahu nak cakap apa. Kepala terasa amat pening. Kenapa Tuhan jumpakan aku semula dengan Hazim. Memang, Memang aku rindu wajah Hazim. Tetapi aku tak mahu semua ni. Hazim mengetap bibir.

"Hazim.. Enough." dua pasang mata itu melihat aku serentak. Ilman masih tenang tapi aku tahu dia sedang menahan amarah."awak yang tinggalkan saya. Saya tunggu awak balik 3 tahun, Hazim. 3 tahun. Saya tunggu awak untuk kita langsungkan apa yang kita janji. Tapi mana awak masa tu? Cuba awak fikir kan." aku menahan sebak. Aku menunduk seketika. "Zah-"

"Ilman awak ada nak beli apa apa lagi tak? If no, then let's go." aku memotong percakapan Hazim dan terus berlalu ke tempat parkir kereta. Ilman membuntuti aku. Suasana di dalam kereta hanya kedengaran tangisan perlahan aku. "Adreena"

"hmm?"

"that's Hazim?"

"hmm.."

"masih cintakan dia?"

"hmm.. Eh hah?!" Ilman ketawakan aku. Apalah Ilman ni. Tanya soalan bengong pula. Mesti lah aku sayang dia. Ilman. Bukan, Hazim. Dia memberikan sapu tangan kepada aku. "wipe those tears..." aku mengangguk. dah berapa kali Ilman tengok aku menangis depan dia? Banyak kali.. Memang aku ni sobber! "Ilman.. Kalau awak tak datang tadi, saya tak tahu la." Ilman berdeham sedikit. "saya nampak orang lelaki pegang awak, saya rasa......" dia terhenti. Ego! Aku senyum senget. Suara aku pun sengau lepas nangis. Cet! "awak rasa jealous kan? Kan? Kan? Mengaku cepat!"

"saya cemburu. Memang. Memang saya cemburu. Saya tak nak tengok dia dekat lagi dengan awak. Kalau tidak..."

"if not what?"

Pandangannya tajam menusuk anak mata aku."don't ever try to dare me. Dia tak tahu apa yang saya boleh buat." gerun aku bila Ilman serius macam ni. Kering terus air mata aku. Tiba tiba dia tergelak kecil. Aku pula buat muka pelik dekat dia. Ilman ni psiko ke?

"dah lah, tak payah nak terkejut sangat. Kalau awak nak tahu saya cemburu atau tak, yes. memang saya cemburu. Saya pun manusia biasa jugak. Iman saya tak sekuat mana. Saya lelaki. Bila saya nampak dia pegang tangan awak tadi.. Nak je saya bunuh dia. Suka hati nenek dia je pegang makcik saya ni. Nasib saya ni berhati perut, selamat lah bekas tunang awak tu." sempat lagi mengutuk suka hati mak dia!

aku tersengih melihat Ilman yang masam mencuka sambil bercerita tentang apa yang dia rasa waktu terlihat aku dengan Hazim tadi. "itulah.. Awak hilang macam tu je tadi. Saya risau.." pipi aku berona merah.

Ilman tersenyum senget. "saya pergi ambil keju masa tu, tak sangka pula ada drama kat situ. Dan.. Saya menyesal tau."  aku kerutkan dahi. "menyesal kenapa pula?"

"ye lah, awak punya bekas tunang tu boleh tahan ya.. dia handsome tapi saya tahu saya handsome lagi, tak mustahil satu hari nanti awak tinggalkan saya."

"awak nak saya tinggalkan awak?"

"awak nak tinggalkan saya? Sanggup?"

Soalan berbalas soalan. Kami ketawa kecil. Pelik! Memang pelik.

"saya tak mahu tinggalkan awak Adreena."

"saya pun."

"jom kahwin."

No comments:

Post a Comment