Monday, 6 April 2015

The Nothing Something 7

Malu!

Sakit!

Ha tu lah, menyombong lagi bila orang nak jalan dengan kau kan dah jatuh. 2 in 1 sungguh! Malu dapat, sakit pun dapat. Malangnya nasib aku hari ni. Aku duduk menggenggam lutut. Orang ramai yang lalu lalang memerhati kan aku, tidak aku pedulikan. Mana Ilman!? Tak mahu tolong aku ke?

"Hey, hahaha.. Macam mana boleh terpeleot ni? Bukan pakai heels pun. Tu lah, tinggal lagi saya kat belakang kan dah jatuh!" gelak aje! Aku mendengus geram.

Dua batang kaki berdiri di hadapan aku, aku dongak ke atas. Dia ni manusia ke galah? Tinggi betul! "hey, hey.. awak boleh tak jangan banyak cakap? Saya jatuh sebab awak tau!"

"apa kena mengena dengan saya?"

"saya nak lari dari awak.."

"kalau awak lari, saya kejar.."

Eh? macam bengong aje kami berdua ni? Kami berpandangan sesama sendiri. Masing masing tak dapat mengawal diri, kami ketawa. Orang di kota London ni mungkin ingat kami ni gila berdrama pula di Cambridge Circus itu.

"Tolong angkat saya.."

aku memberi tangan kepada Ilman. Dia mengerutkan kening. Aku buat muka kesian. Tangan aku goncang sekali lagi. Tolong la tarik! Tiba tiba dia mencangkung disisi aku. Dekat. Jantung aku mengepam laju dari degupan ordinary... Dia tersenyum senget.

"Adreena.. kalau saya boleh, saya dah cempung dah awak. Saya tak boleh.." aku menjeling Ilman. Tak boleh kenapa pula?

"Saya tak berat okay?" Aku dah bangun sendiri. Punggung aku tepuk perlahan beberapa kali.

"Ni bukan masalah berat ke tak. as I said, kalau saya boleh, dah lama saya peluk dan angkat awak.. masalahnya saya tak boleh lah.." 

Aku dah mendengus geram. Tak gentleman langsung! Patutnya perempuan lemah yang jatuh terpeleot seperti aku ni harus dibantu bukan digelakkan. Hishh peluk? Aku sidekick karang!

"Awak jangan nak ambik kesempatan dalam kesempitan okay?" Aku pandang dia dengan pandangan jelik. Dia ketawa dan menggeleng."Haram saya bersentuhan dengan perempuan."

Bang! Bang! Bang! Malunya macam panjang kain sutera di Jakel!! Mana nak sorok muka ni? Ilman ketawa. "tapi kalau darurat tak mengapa lah.." suara aku mengendur. Malas nak panjang panjangkan cerita. Dia mengerling ke arah aku seketika. Aku perasan dia curi curi tengok aku, tapi aku buat tak tahu aje.

Remain cool Adreena!!

"Adreena, look. Tadi awak boleh bangun sendiri kan?" errr.... ya.. Aku mengangguk. Malu pun ada. Mana tak malu? Suruh orang lelaki bukan muhrim angkat kita sedangkan kita masih berdaya! Gila Adreena.. Tu hukum agama tu!

"saya akan angkat awak kalau awak betul betul dah desperate, ehem.. I mean, bila keadaan darurat sangat macam kalau awak pengsan ke mati ke.. Haa tu baru saya angkat awak."

Nak tercekik airliur aku! Malu gila dah ni. Kenapa lah aku tak ghaib sahaja masa jatuh tadi? Minta diangkat lagi... Adreena yang memalukan. Keadaan sepi antara kami berdua. Aku pun malas bercakap. Malu punya impact.. Kami berjalan tanpa hala tuju.

"coffee?" pelawa Ilman.

"sure... my treat." entah aku rasa nak belanja dia pula. Rasa nak berterima kasih pada Ilman, seorang yang begitu menjaga pergaulan dan sentuhan. Berterima kasih tiada sebab.

"why?"

"i just feel to.." dia tersenyum lebar.

"alhamdulillah.. jimat duit saya." jimat duit saya? Ah!! Tak gentleman betul. Kami ketawa sepanjang perjalanan kami ke Starbucks. Aku dah salah sangka terhadap Ilman. Okay, maybe aku baru kenal dia but he has that something...

...... like Hazim does.

No comments:

Post a Comment