Aku duduk di bangku kampus sambil membelek buku. Boring. Aku mengeluh. Penat juga kelas hari ini. Tak senang rupanya nak jadi doktor psikatari ni. Ingat kan nasihat nasihat macam tu je. Aku melihat jam. Sudah jam 6 petang. Mana Ilman ni.. Call pun tak apa pun tak. Dah hampir dua jam aku tunggu! Kata pukul 4 habis kelas. Naik teksi aje lah.
"lama tunggu?" aku mengeraskan diri.
Senyap.
"merajuk?" aku terdengar dia ketawa.
Senyap lagi.
Bing! Pesanan Whatsapp masuk.
Ilman: sorry :(
Me: ..
Ilman: Aunty su.... Talk to me :(
Me: no.
Ilman: Ilman sayang aunty <3
Oh guna jalan sayang sayang ya? Tak lut! 2 jam tu! Aku terdengar dia ketawa.
Me: 2 hours.
Ilman: sorry lah aunty... Ilman ada emergency case tadi.
Aku tekan button on di atas iPhone itu. Aku berdiri. "dah lah Ilman. Jom lah balik. Saya penat." macam orang tak betul pula bermesej padahal duduk depan belakang je.
"Za.." zupp! Badan aku mengeras. Suara Ilman...
"jom pergi makan? Saya lapar tunggu awak lama sangat tau." aku mengusap perut. Ilman ketawa dan mengangguk.
Kami makan di sebuah kedai waffle. Cantik decorations kedai ni. Rasa macam makan kat taman pula! Pandai Ilman cari kedai. Waffle dia pun marvelous! Waffle plus whipped cream plus strawberries and it syrup! Memang sedap. Ilman hanya memesan hazelnut icecream with hazelnut macaroons. Macam sedap je dia punya... Aku capai satu macaroon Ilman. Ilman menjegil kan matanya. Marah konon.. Aku tak takut la! Lepas makan, kami bersiar siar. Tak ramai orang.
"awak nak tahu kan pasal mimpi saya tu?"
"hm.."
"saya teringat kan Hazim."
"who's Hazim?"
"My ex-fiancee.."
Ilman senyap. Dia menunduk.
"Dia kata dia sayangkan saya Ilman. Dia kata dia akan kahwin dengan saya. 3 tahun saya tunggu dia balik dari Jordan. 3 years I waited for him.... Ilman. He promised that we will get marry after he done his phD, but he never show up after that..." aku dah menangis teresak esak. Aku dah janji pada diri aku tak mahu lagi teringatkan Hazim. Aku nak buang jauh jauh kenangan aku bersama Hazim. Biar lah aku mulakan hidup baru. Ilman memberi sehelai sapu tangan kepada aku. Aku menyeka air mata.
"awak menghidupkan perasaan saya yang mati.. Itu.. Itu ayat yang dia cakap di dalam mimpi saya hari itu.. Saya sedih Ilman.. Dia.. Hilang.. Dan tinggalkan saya dengan harapan macam itu aje.." Ilman memandang aku yang kembali menangis.
"sabar Adreena.. Mungkin ini satu ujian untuk awak dan mungkin juga Allah nak tunjuk ada yang lebih baik dari itu.. Shh dont cry.."
Aku menyeka air mata. "llman.."
"hm?"
"saya cintakan awak." muka aku merah padam. Aku menunduk. Cuaca sejuk tetapi bahang masih terasa.
"saya pun cintakan awak. Since the first day we met." aku terpana. Mata Ilman aku lihat mencari kepastian. Dia tersenyum. Aaahhh.. Pipi aku lagi panas. Senyuman Ilman paling manis pernah aku lihat. Boleh potong kaki!!!
"jom lah balik. Menangis je tahu dia ni."
"hish. Saya sedih lah."
"lepas ni awak tak sedih dah.."
"sebab?"
"saya ada!" aku tergelak. Kartun lah Ilman ni. Akhirnya kami sampai juga kerumah abang. "terima kasih.."
"kasih diterima.." aku menjeling. Dia tergelak.
"dah lah! Pergi balik dah lewat ni. Assalamualaikum." Ilman mencebik.
"menghalau.."
"eh mengada nya awak ni. Saya suruh balik je. Takkan nak tidur sini?"
"tunggu kita ka-"
"dah, dah pergi balik" Ilman tergelak dan terus beredar.
Baru nak bukak pintu, wajah kak Mel dah terjengul di muka pintu. "happy nampak?" aku menjeling. "mesti lah happy.." kak Mel membulatkan matanya. "ada apa apa ke ni? Cerita lah kat kak Mel." aku hanya tersenyum mengangkat bahu sebelum naik keatas meninggalkan kak Mel yang terpinga pinga di bawah. Mana boleh tahu! Exclusive lagi.
No comments:
Post a Comment