Dah sebulan juga lah kami jadi rapat. Teman tapi mesra? Tak ada mesra mesra! Ilman masih Ilman yang sama. Ramai juga pelajar malaysia di kampus ini. Ramai orang dari negeri kelantan! Aku ada lah dua tiga orang kawan juga tapi tak rapat sangat. Aku hanya rapat dengan Ilman. Mana aku pergi mesti ada muka Ilman. Pergi balik pun dia nak ambik dan hantar, sampai satu hari, abang decide nak jumpa Ilman.
"suruh dia datang dinner sekali dengan kita malam ni. Class Ad habis awal kan hari ni?"
aku mengangguk. Suka juga nak bawak Ilman berkenalan dengan abang. sekarang aku dah ada 2 body guards. Aku cakap dengan Ilman hari ni tak perlu ambil aku memandangkan dia tak ada kelas hari ni, dia memang free. Memang boleh sangat nak ajak dia dinner. Aku call dia.
"hello?"
"hello? Nak cakap dengan siapa?" suara Ilman. Kenal sangat!
"saya nak cakap dengan encik Muhammad Ilman. dia ada?" aku ketawa kecil. Just go with the flow bak kata orang putih.
"dia cakap beri salam dulu baru dia cakap dengan awak," aku mencebik memandang iPhone 5s aku. Kalau tak perli memang tak sah!
"Assalamualaikum ya Ilman.." sengaja aku tekan namanya panjang sikit. kedengaran ketawa halus di hujung talian. Lucu sangat ke?
"Waalaikumussalam ya Adreena Zahirah.. Eh, saya baru teringat nama awak ada Zahirah. Kalau saya panggil awak Za boleh?" aku tersentak. Za? Aku mengangguk sendirian. Rasa sebak mula menjalar di lubuk hati. Cepat cepat aku usir perasaan sedih itu. Talian sepi diantara kami.
"hey.. Saya baru bagi salam sikit dah pengsan ke Za?" dia panggil aku Za. Aku tersenyum sendirian.
"tak semua orang panggil saya Za.."
"habis tu saya nak panggil awak Za boleh? Let me be the first one!" aku ketawa hambar. Awak bukan first one Ilman.. Im sorry.
"saya suka awak panggil saya Za, tapi saya laaaagi suka kalau awak panggil saya Ad.." ketawa lagi dihujung talian. "ye lah, Ad pun Ad lah.. Ermm..ada apa sebenarnya awak call saya? Baru sekali saya tak ambik awak, dah rindu?"
Rindu? ...ridiculous sangat! Aku ketawa. Berkawan dengan Ilman memang boleh buat stress aku hilang."Ish tolong lah.. Ehem.. Sebenarnya macam ni, abang saya ajak awak dinner dengan kami dirumah abang saya malam ni. Awak datang tau! Awak nak makan masakan Malaysia? Saya masakkan! Im a great cook. Dont worry.." amboi ni dah kategori riak dah ni Adreena.
"saya segan lah.. Tapi saya nak jumpa Aan dan maksunya sekali.." aku dah ketawa. Suka benar buat aku gelak si Ilman ni.
"kalau awak tak datang kita putus.."
"putus apa?"
"putus kawan!"
"macam budak kecil lah awak ni.. Haih ye la, disebabkan saya begitu dihormati dan di jemput dengan hormat sekali, saya akan pergi."
"nak makan apa?"
"apa awak masak, saya makan" terharu kejap. "awak ni Ilman..."
"ye la saya ni Ilman..." main main pulak dia. Ketawa lagi. Dalam telefon pun seronok berbual dengan Ilman. Tak stress. "dah lah saya nak pergi grocery..bye assalamualaikum.."
"waalaikumussalam.. Take care."
talian ditutup. Kak Mel tersengih sengih memandang aku. "Amboi.. Macam berchenta aje? Betul ke tak ada apa apa ni?"
berchenta?? Ha ha ha ha!! Aku tersenyum malu malu dan menggeleng.
"ish kak Mel ni... Mana ada Ad berchenta dengan Ilman.. Lagipun tak sesuai lah kak Mel.."
kak Mel ketawa sambil menyuap nestum ke mulut Aim. Aku hanya jadi pemerhati. "apa yang tak sesuai nya? Sesuai sangat lah Ad oi... Akak tengok si Ilman tu not bad juga.. Handsome orang nya. Ad pula cantik macam pelakon korea tu apa nama dia.. Kak Mel lupa lah.." aik kak Mel ni! Pandai pandai aje ya.. "Ad ni muka orang melayu pure ok? Bukan macam akak.. Berdarah jepun dan arab patut lah lawa and patut lah abang Kif asyik berkepit dengan akak je.." aku mengusik. Merah pipi kak Mel sambit ketawa. Ketawa kak Mel pun beradab. Sopan gitu! Lain sungguh dengan aku ni. Memang aku ni tak molek! kak Mel sudah bersiap siap. blouse labuh berwarna biru dan sepasang selendang dipakainya.
"jom pergi grocery!" kata abang Kif dari tingkat atas.
"jom!" aku dan kak Mel menjawab serentak.
Selepas membeli barang barang untuk masak, kami terus pulang ke rumah memandangkan hari sudah petang. Aan disekolah masih belum di jemput. "biar Ad pergi jemput Aan lah ya?" abang Kif mengangguk. Bukan jauh sangat sekolah Aan dari rumah abang Kif. Tiba tiba ada suara memberi salam. "Ad tolong tengok siapa tu.." arah kak Mel. Aku angguk dan tudung aku capai sebelum pergi membuka pintu utama. Bibir aku menguntum senyuman sendiri tanpa dipinta.
"awal datang? Saya tak masak lagi.."
"saja datang awal. Tak syok lah datang makan macam tu aje, baik saya tolong masak sekali."
"awak kan tetamu.." Ilman terdiam merenung aku. Kemudian, dia tersenyum. Oh oh, manis betul lah! Semput nafas aku bila dia senyum macam ni! Aku punya senyuman pun dah kekok. Wey wey... Sampai bila nak berdiri tegak macam ni?
"Adreena!" laungan abang Kif menyentakkan kami. Seperti baru tersedar pula!
"y..yaa!!" tergagap pula aku. Ilman ketawa. Suka la tu tengok aku kalut!
"siapa kat luar?" tegur abang dari dapur.
"Ilman!" pandangan Ilman teralih kepada belakang aku. Dia tersenyum memandang abang. Berjabat tangan.
"saya Ilman." dua dua tersenyum.
"nama abang, Aakif. Ilman masuk lah dulu. Abang dengan wife tengah masak ni. Nanti dah siap, abang panggil makan ya? Oh sambil tu kita boleh berbual sedikit.." Ilman hanya mengangguk. Abang berlalu ke dapur semula.
"Saya nak pergi ambik Aan ni.."
"Aan? Saya nak ikut."
"jom lah.." kunci kereta aku serah kepada Ilman. Bagi dia drive. Aku? Relax je la kat seat penumpang sebelah.
"Adreena.." aku menoleh ke arah Ilman.
"Adreena.." terpukau aku dengan senyuman manis Ilman..
"Za!" aku tersentak.
"y..yaa..?" aku dah tergagap balik.
"saya tahu saya tak patut cakap macam ni..."
"cakap apa?"
"cakap...." sengaja dia lambat lambatkan nak bagi aku bengang!
"cakap apa?!" suara aku meninggi sedikit.
"tudung awak senget!" dia ketawa semahu mahunya. Aku pula dah malu tahap petala. Cermin kereta aku lihat. Oh tuhan! Pin aku dah senget sebelah dagu! Memalukan.. Adreena yang memang memalukan!!!
No comments:
Post a Comment