Wednesday, 27 May 2015

Love In Rain 8

"takpe lah, boleh kahwin free."

"err awak ni dah ngantuk sangat ni Jimmy. Pergi tidur lah." dia mengangkat kening kirinya.

"mata saya masih segar lah."

"tapi saya dah mengantuk.. Saya tidur dulu okey?"

"senyum jap." huh? aku kerut dahi. "apa?" dia buat muka bosan level langit ketujuh. "smile.. Senyum.. Smile dalam bahasa inggerisnya." dia jelaskan maksud senyum siap buat demonstrasi lagi! Aku faham lah senyum... Tapi..

"for what?"

"just for a second."

"ehh.. Mm okay," aku senyum dengan separuh rela hati. Ada ke suruh orang senyum senyum pula.

"ok thanks."

"err kenapa awak suruh saya senyum?"

"saje." boleh pulak? Aku peluk selimut dengan kemas.

"bagitahu la saya Jim-"

"goodnight." dia terus off facetime. Aku pula yang makan hati. Apahal nak suruh aku senyum pula tiba tiba? Pening la aku dengan mamat sorang ni. Alih-alih, aku pula yang tertidur sendiri. Penat!

* * * *

"Wafeen, have you done with your thesis?" soal Encik Hadri yang berdiri didepan aku. Alamak... Nak jawab apa ni? Tu lah semalam berface time tak teringat thesis semua!

"mhmm.. sir,"

"ya?"

"in progress lah sir, once it done, i'll tell you." jelasku sambil tersenyum.
Muka sir tenang je. Harap harap mood dia baik lah hari ni ya..

Encik Hadri ketawa kecil seraya menganggukkan kepalanya. "okay lah Wafeen, I give you a chance to make it complete before sem break.. alright?" mata aku bersinar. Ni bukan baik, ni lebih dari baik!

"thank you sir, I will try to complete it as soon as it possible before sem break."

"okay,"

aku tunduk hormat dan terus berlalu dari situ. Apalah pergi toilet pun terserempak dengan Encik Hadri. Haihh.. lapar lah pulak. Aku pandang jam di tangan. Baru nak dekat pukul 9, kelas mula pukul 10. Aku terus bergerak ke café. Aku pesan milo ais dan kuey teow goreng. Aku ambil tempat yang tersorok sikit. Senang, tak ada siapa nak kacau. Baru dua suap makan, tiba tiba ada suara riuh dari arah luar memasuki café. Oh damn it! Jimmy dan kawan-kawannya memasuki café tanpa menyedari aku kat sini. Ok bagus tapi kenapa mesti jumpa dia pagi-pagi ni?! Okay.. don't get it cocky, memang dia tak kacau aku secara fizikal  tapi secara mentalnya memang mengacau betul. Aku tunduk kebawah mengunyah kuey teow. Makan menunduk memang menyeksa betul lah.. Sakit tengkuk aku. Mana Miza dengan Jannah ni? Hari ni pagi pagi lagi dua minah tu dah ghaib. Kejut aku pun tak.. Sobs..

"weh nak duduk mana ni?"

"sini je lah."  lepas tu, aku dengar ada orang menarik kerusi belakang aku. Ya Allah.. Kenapa lah mereka mereka ni duduk kat sini? Aku pejam mata, berdoa agar Jimmy tidak menegur aku.

"hi, makan sorang je?" namun, doa yang baru aku minta tadi tidak dikabulkan. Dia memusingkan badannya, meletakkan kedua dua belah tangan di atas kepala kerusi sambil memangku kepalanya. Gaya bad boy gitu.

"no lah, saya makan dengan roommate saya ni, awak tak boleh nampak dia ke?" aku buat muka terkejut. Jimmy ketawa kecil sambil sebelah tangannya membetulkan bingkai mata yang terlorot di hidung.
"weh Jim, kau nak makan ke, nak ngorat awek?" tegur seorang lelaki dan tak silap aku...  tu ashraf rasanya. Same batch and salah satu student yang famous sebab ramai juniors minta couple. How sad perempuan zaman sekarang yaa.. "tu la Jim. Makan doh." kata Arfan, kawan Jimmy.

"bising ah korang ni." kata Jimmy. Kepalanya masih senget, setia memandang aku. Aku pula yang tak selesa nak makan. Nak toleh depan tengok kuey teow pun susah.

"Wafeen, jom la join we all makan sekali." pelawa seorang lelaki yang memang aku kenal. Kenal sangat. Danial. Jimmy kawan dengan Danial? Senior paling hot tu... Aku tersenyum kekok. Aku nampak Jimmy pandang aku dengan pandangan paling sejuk. Eh kenapa? "err boleh ke?" melihat aku yang macam orang tak betul, Ashraf dan Arfan ketawa. Danial tersengih lebar. "mesti la boleh. Jom join kitorang. Meh sit sebelah saya." pelawa Danial. Tiba tiba Jimmy bangun dan mengalihkan pinggan dan cawan aku di sebelah makanan dia. "awak duduk sini je. Nak makan makan cepat." kata Jimmy dengan suara mendatar. Aku perasan Ashraf dan Arfan sedang mengemam senyuman. "no more Mia?" tanya  Danial tiba tiba. "shut up la weh." balas Jimmy pula. Mia? Haihh dua orang ni gaduh pasal awek ke? Untung lah si Mia tu.. Ketawa Arfan terhambur secara spontannya. Terkejut I noks! Biul ke apa gelak tiba tiba ni? "wey kau ni dah kenapa?" soal Jimmy dengan ekspresi geram. "takde apa cuma rasa lawak je.." aku ketawa kecil. Lawak juga Arfan ni. "Wafeen kan?" tanya Ashraf. Aku mengangguk, malu malu sikit. "bila kenal si Jimmy ni?" tanya Ashraf sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Bibirnya gelap sedikit. Smoking? Huuu.. So not my type. "a few weeks ago juga lah." serentak tiga lelaki di hadapan aku dan Jimmy mengangguk. Aku menyedut air milo sampai habis. One shot katako!

"emmm, saya pergi dulu. Bye."

"laa.. Awalnya." keluh Danial. Aku ketawa kecil. Eh sebelum ni tak pernah tegur pun? Buat macam lama kenal pulak si Danial ni..

"saya ada class pukul 10 ni."

"baru 9 setengah, lepak lah dulu." rayu Arfan. Aku menggeleng.

"sorry ya? Maybe next time."

"okay lah, bye Wafeen. Nanti bagi number phone ya?" dia mengenyit mata nakal.

Aku pura pura ketawa dan terus tarik diri dari situ. Rasa angin atmosfera kecanggungan tu merata-rata tempat kat situ. Sebaik sahaja aku keluar, aku terus menarik nafas lega.

"suka nampak kawan dengan kawan-kawan saya? Ada hati ke?"  aku tertutup mata secara automatik dan spontannya sebaik sahaja terdengar suara Jimmy dari arah belakang.

"hey hey kenapa tutup mata ni?" aku celikkan sebelah mata. Jimmy sedang memerhatikan aku. Wajah nya risau? He worries about me? Aku celikkan dua dua belah mata. "sebab awak lah. Terkejut saya! Tiba tiba je ada kat belakang saya." dia tersengih.

"awak buat saya macam tak wujud je kat dalam tu." dia memeluk tubuh berjalan sebelah aku.

"awak tak bercakap pun?" aku bidas balik.

"nak cakap apa? Awak tu main mata dengan Danial, ingat saya tak tahu?" aku terus menoleh ke arah Jimmy. Aku mencekak pinggang. Menahan geram yang dah naik satu oktaf.

"awak jangan tuduh sesuka hati ya? Saya bukan orang yang macam tu tau. Kalau awak tak ada kat situ tadi, saya takkan duduk dengan kawan kawan awak tu.." aku baru tersedar aku terlepas cakap. Wafeen!!!!! Kalau dah kalut mula lah semua serba tak kena. Jalan pun hampir nak tersandung. Jimmy jalan memotong aku. Tangan dalam poket. Dia berjalan secara terbalik. Arah yang sama, cuma badan menghadap aku.

"habis tu sebab saya la?" Jimmy dah mula perah santan...

"hikss... Sebab awak tu saya kenal.. Yang lain, saya baru kenal."

coverline! Itu memang penting. Takkan aku nak beritahu Jimmy semua perkara sebenar yang aku suka dia? Oh no, no.. Its too early to start a new brand relationship. Baik lah berkawan. Lebih baik. 

"whatever." kata Jimmy.

Baru nak tengok jam, kaki aku tersandung dekat longkang kecil pula. Berdebub! Jatuh juga. Aku pejam mata. "ouch..!!" rasanya, aku tak cakap ouch pun. Eh suara aku transform jadi suara lelaki ke?.. peliknya aku tak rasa sakit sangat pun. Aku celikkan mata dan aku sedang berada di atas... Jimmy? Oh my God!!!!! Aku mengigau ke apa ni? Someone please kejutkan aku bangun!! Malu nya! Aku terus menolak tubuh Jimmy dan segera bangun menolong Jimmy. Muka Jimmy berkerut seribu. Mesti sakit sangatkan.... Kena himpap dengan raksasa 45 kg? Aku memandang Jimmy cemas. Tak bercakap lah pula si Jimmy ni. okey ke tak? Aku menggigit bibir lembut. Rasa gusar menghimpit hati. Kalau aku tak tengok jam tadi, mesti aku tak tersandung dan mesti... Jimmy tak selamat kan aku buat kali kedua!

"Jimmy.. Awak okey tak ni? Sorry lah saya tahu kalau saya tak tengok jam mesti saya tak jatuh dan mesti saya tak TERhimpap awak.." aku tekankan perkataan ter itu bagi dia tahu, aku tak sengaja!

"sakit lah orang tu landing baik punya atas saya. Badan kecik, tapi berat betul!" aku menepuk belakang Jimmy. "hey pasal berat orang perempuan jangan cakap ya? Sensitif tau!" dia ketawa kecil sambil mengaduh. "sakit lah silly girl, awak pukul dekat belakang saya, mesti lebam ni.." dia buat muka sedih pula. Aku naik cemas lagi sekali! "jom kita pergi klinik nak?"

"taknak lah, tak apa. Sikit je. Esok lusa baik lah." aku mengangguk. Kalau dah begitu....

"balik nanti saya belanja awak dinner sebagai tanda maaf saya? Deal?"

"awak bayar for it?"

"not too expensive please, im not a rich bitch. Saya biasa je" dia ketawa sambil menunjal kepala aku.

"silly Wafeen. Ada saya cakap nak makan somethings expensive?" dia menjongketkan keningnya. Aku menggeleng perlahan.

"err tak ada.. Tapi manalah tahu! Awak tu orang kaya berada."  dia menyekeh kepala aku pula.

"sekali lagi awak cakap macam tu, saya cemarkan first kiss awak." aku terus terdiam. Malu 44 hasta... Mengapa bibir gue juga mahu dijadikan mangsa mu? Jimmy  membetulkan rambutnya. Dia berhenti seketika.

"so deal are made kan?" aku angguk tapi mata aku tak pandang dia. Malu masih berbekas di jiwa ni. Bila nak vanish pun tak tahu lah.

"see you later then, you are naekoya."
Tempoyak?

"pardon?"

dia ketawa meninggalkan aku seorang diri terpinga-pinga. Tempoyak? Dengar macam  bahasa... Korea. Nanti lah aku tanya apa maksudnya dekat si Jannah. Maybe dia tahu. Dari terus berangan di situ, aku terus bergegas ke kelas.

'kalau lambat siap kamu semua!' masih segar lagi suara Prof. Halina di gegendang telinga. Prof. Halina. Seorang professor yang tegas dan garang macam singa. You mess up with her, she will destroy your entire life. Uhhh scary!

No comments:

Post a Comment