"happy birthday, sayang."
Okey.. Boleh tak aku nak pengsan je terus kat sini? Aku rasa lah kan kalau lama-lama aku dengan Ilman, boleh mati sebab banyak sangat kejutan. Sangat terkejut sampai aku tak boleh nak luahkan apa-apa. Aku mengerlipkan mata memandang Ilman yang sedang tersengih lebar.
"saya tengah mimpi ke sekarang Ilman?"
"mesti lah tak. Kenapa awak terkejut sangat dengan suprise saya? Ohhh saya tahu.. Awak mesti tengah terharu kan dalam hati? Mesti dalam hati awak cakap, 'Ilman kahwinlah dengan saya sebab awak ni sweetlah..'" dia ketawa sendiri. Hah? Makan masa 6 saat jugalah untuk aku cerna kata kata Ilman. "Kahwin dengan awak?"
"slow!!"
"eeee tak mahu saya kahwin dengan orang kuat perasan level 69 macam awak ni!"
"eleh.. Awak terharu kan sebenarnya?" aku cuba mengekalkan muka selamba aku tapi gagal sebab Ilman!
"sikit lah.."
"haa.. Terharu kan?"
"hey saya cakap sikit je lah!" aku memeluk tubuh dan Ilman? Terus-terusan ketawa.
"awak patut tengok tau muka awak sendiri masa saya wish tu. Pipi awak merah macam buah epal lepastu riaksi awak macam tengah berkhayal.. Haish Adreena, Adreena,"
"awak ni cakap banyak lah Ilman, hadiah untuk saya tak ada ke?" aku cuba menutup malu dan cepat cepat menyekat percakapan Ilman dari terus melalut. Ilman buat gaya sedang menfikirkan sesuatu. "wait a minute," dia berlari keluar rumah. Kemudian dia datang semula dengan sebuah kotak berwarna putih bersaiz sederhana besar. Aku sekali lagi terkejut.
"apa awak bawa ni?" kataku sedikit gugup. Buatnya ada handbag ke apa ke dalam tu, mau la jugak aku melompat kan?
"open it. I hope you like it."
Selepas mendapat lampu hijau dari Ilman, aku terus membuka balutan kotak itu. eh, baru perasan ada sekeping kad bersaiz A4 di tepi. Ilman ketawa kecil. Dia berpeluk tubuh sambil memerhatikan aku. Sengihannya lebar terpalit dibibir. Aku memegang kad tersebut dan Ilman mengarahkan aku untuk membacanya.
"read as loud as you can,"
"heol.. tak mahu lah saya."
"okay, okay. Just read, cukup saya seorang je dengar." aku menarik nafas dan mula membaca isi-isi yang terkandung di dalam kad itu.
"To Adreena,
I know this is very cliché tapi saya nak awak tahu, saya sayangkan awak dan awak tahu kan macam mana kalau manusia tak dapat oksigen? (cuba picit hidung dan tahan nafas awak, haaa trouble breathing kan? Macam tu lah hari saya bila tak jumpa awak).."
aku ketawa memandang Ilman. Ilman masih dengan riak selamba dia. "apa ni Ilman.." aku tahan tawa. "teruskan baca,"
"the very first moment bila saya nampak awak, saya rasa biasa je. Bila saya dapat satu row sit dengan awak dekat flight, lagi saya tak suka! Awak tahu kenapa? Awak mengigau dan bising tau tak? So, saya decide untuk kejutkan awak. Saya nampak awak macam terkejut. Muka awak merah masa tu, saya tak pasti kenapa (maybe sebab saya handsome sangat kot.. Hehehe). Bila awak menangis lepas tu saya rasa risau. Sebab saya ke awak menangis? Bila awak terjaga, main dengan Aan saya jadi suka mengusik awak. 13 jam perjalanan ke sini sudah cukup untuk buat hati saya terpaut kepada awak. Perasaan tak suka tu lama kelamaan bertukar kepada suka. Saya tak percayakan instinct saya sangat. Mungkin hanya ujian dari Allah, dihadirkan dengan perasaan sebegitu. Tapi bila saya terjumpa awak semula, saya rasa happy sangat saya rasa awak memang ada something dengan takdir saya. Bermula dari strangers kepada kawan dan saya tak sangka awak boleh bertahan dengan saya selama 2 tahun. Unbelievable dan unexpected tapi tu lah takdir. Selamat hari jadi, Adreena Zahirah Harith." aku menahan sebak dan tawa. Ilman....
"mana awak belajar hah buat karangan sweet macam ni?" aku menyeka air mata yang turun tanpa dipinta. Marah marah menangis juga. Dasar cembeng!
"saya A+ untuk bm SPM okey.. Jangan pandang saya sebelah mata, tapi pandang saya dengan dua belah mata awak yang cantik tu." aku tersenyum simpul. Apa lah Ilman melalut ni..
"buka la hadiah tu."
"nanti lah saya buka dalam bilik. Baru suprise!" Ilman ketawa halus.
"up to you."
No comments:
Post a Comment