"jangan nak bau-bau sangat. Just use it. It safe. Lagisatu ia saya punya. Mesti la wangi."
aku membalas pandangan matanya yang tak berapa nak tajam itu dengan sebuah jelingan sambil mengiraikan rambut aku menggunakan tuala tersebut. Aku melepaskan keluhan kecil. Nasib lah hari ini aku hanya mengenakan hoodie yang oversized berwarna kelabu dan seluar slim fit berwarna hitam. Kasut pula, sepasang Converse berwarna maroon. Buatnya aku pakai baju kurung hari ni? Naya..
Ada hikmah rupanya penggosok baju aku rosak. Hujan masih lebat mencurah. Aku memeluk tubuh, memanaskan badan. Aku menghembus-hembuskan nafas ketelapak tangan, menggosok dan menekap kan kedua-dua belah tapak tangan dipipi. Wah... Sekurang kurangnya dapat juga lah rasa kehangatannya. Ada dua batang kaki terpacak didepan aku. Aku terpaksa mendongak untuk melihat lelaki tersebut.
"what?"
"my towel." aku menyerahkan semula tuala itu kepada tuannya.
"nah.. Thank-" belum sempat hendak berterima kasih, lelaki itu terlebih dahulu mengelap rambut aku. Perlahan dan lembut. Nafas aku seperti tidak teratur. Dada berombak kencang. Apa lelaki ni buat?
"apa ni?"
"just shut up." aku mencemikkan muka. Dia ketawa.
"jangan buat muka macam tu."
"suka hati saya lah. Awak sibuk kenapa?" dia menarik sehelai rambut aku. Aku terjerit kesakitan. "Hey! Sakit tau. Dah lah, huh!" dia ketawa halus. Entah kenapa suara dia buat jantung laju mengepam, adrenaline laju bergerak ke seluruh tubuh. Aku cuba untuk menolak lelaki itu tetapi dia menahan. "hey, hey.. Sorry ok. Just stay still." dia terus terusan mengelap rambut aku.
"okay done." dia meletakkan tuala kecil itu ke belakang leher.
"kenapa awak buat macam tu hah?" aku menjegilkan mata. Dia seperti menahan tawa. Tak takut?
"no thank you at all?" dia tersenyum sinis pula.
"err.. Thanks but why did you do that?" aku mula menyikat rambut.
"kalau rambut basah, lagi lah awak sejuk. Awak lap pun macam tak kering je so why not I help you?"
"but kita tak pernah kenal?"
"oops you mean you? Saya kenal awak lah."
"whats my name then?"
"Wafeen Amani?" di mengjengketkan keningnya. mata aku besar terbuka. Rahang terjatuh.
"ma..mana awak tahu?"
"saya tahu lah."
"tell me.."
"why should i?"
"it's unfair because I dont know your name, but you know mine." aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Jannah.. Your housemate?" aku angguk dan ohhh.... Dont say....
"she told me about you." bullseye! Tepat tekaan aku. Jadi Jannah lah yang membuka cerita tentang aku kepada lelaki ni? Hehh ceh punya kawan. "what's your name?"
"hampir setengah jam kita kat sini baru sekarang awak tanya nama saya?" dia mencemikkan muka sambil memeluk tubuh. Aku ketawa kecil.
"kenapa berdiri? Duduk lah."
"senang."
"huh? Senang apanya?" aku memeluk beg galas rapat ke dada. Kurang sikit rasa sejuk, macam peluk teddy bear pun ada.
"it's easier to see your face," aku mengangkat muka. Pandangan kami bertaut. Hati aku tak keruan. Aku pandang bawah semula. Fuhh.. Lebih selamat. "awak tak bagitahu lagi nama awak.." aku meneruskan topik utama semula. "nama saya Jimmy." aku ketawa. Jimmy? Haii peliknya nama. Nama sebenar apa? Najmi? Jamal?
"apa yang gelak sampai geleng geleng kepala tu? Mengutuk saya?" dia membetulkan posisi kaca matanya yang terlorot di batang hidungnya.
"pelik betul nama awak. Memang Jimmy atau awak ubah?"
"nama sebenar saya Azim. Keluarga saya panggil Jimmy. So, nama saya Jimmy." ohhhh... nama punya sedap tapi panggil Jimmy. Suka hati lah. Kenapa aku sibuk kan? Dia mengeluarkan satu peket choclate Ritter Sport berwarna hijau.. Hazelnut? Gulp. Aku bermain-main dengan kasut. Perut aku jadi lapar pula tengok dia syok mengunyah Ritter Sport tu. Nak mintak nanti dikata tak malu pula. Tiba-tiba ada benda menekan kepala aku. Aku terpaksa dongak. Dia sedang menghulurkan bungkusan Ritter Sport itu kepada aku. Aku hendak mencapai, tapi dilarikan semula. Sebaliknya, Jimmy menyuakan choclate itu ke mulut aku. Aku terkejut. Dada aku berdebar. Dia betul-betul duduk bersebelahan dengan aku. Too close.... "hey awak nak ke tak nak? Taknak saya makan seorang je lah." dia mengalihkan Ritter sport itu dari aku. Aku pula berperang dalam hati seperti Rose didalam cerita Titanic yang memanggil bot penyelamat kembali selepas teringatkan janjinya kepada Jack. "Jimmy.. Saya nak sikit?" dia kembali menyuakan Ritter Sport dihadapan mulut aku. Dia dah makan sebahagian besar. Cet.. Tapi aku gigit juga choclate itu sebab aku lapar. The almond combined with chocolate.. Heaven.......
"want some more?" aku menggeleng. Segaris senyuman aku hadiahkan kepada Jimmy.
"awak makanlah."
"uh.. Okay."
Perasaan apa ni... Kenapa aku cepat mesra dengan dia? Okay...
Ni tak normal.
No comments:
Post a Comment