Aku melangkah masuk ke pagar utama UKM dengan perasaan berdebar-debar. Tak mahu terserempak dengan Jimmy. Tak mahu! Tak mahu! "kau ni dah apahal Waf? geleng-geleng macam orang tak betul je tiba tiba?" aku tersenyum canggung pada Miza. "err... Aku takut terjumpa Jimmy." "laaaa... Apa yang kau takut kan? C'mon... Kalau kau suka tu fight for it lah, bukan mengelak dari dia."
"kau tak faham lah dude." Miza terkekeh ketawa. Mukanya jadi kemerah-merahan tidak pasti kerana ketawa ataupun berdiri di bawah panas terik. "dude??"
"duuuuude" aku menekan perkataan itu sekali lagi kami meletuskan tawa. Apa yang lucu aku kurang spesifik. Kaki masih laju melangkah ke dalam kampus.
"Wafeen, dah check result awak?" tegur salah seorang rakan aku di kampus, Akif. Aku tersenyum manis dan menggeleng. "belum, Mesti ramai orang kat notice board tu. Awak?" ujarku penuh kejujuran. Aku lemas berada di tempat yang menyesakkan dada dan pandangan aku.
"orang dah tengok dah.. Em not bad lah. Macam yang orang target." dia tersenyum sambil bercerita walaupun aku tak tanya.
"okay lah tu. Atleast awak pass. Congrats!" dia tersenyum lebar dan mengangguk. "nanti awak punya result, cerita la jugak kat orang eh?" aku balas dengan sebuah anggukkan juga. Dia seperti berpuas hati dengan anggukan aku, tersenyum dan melangkah pergi.
Pap! Bahu aku ditepuk dari belakang. Aku segera menoleh. Heh Miza ni! Tak reti nak bagi salam agaknya. Kurang kesedaran sivik betul. "tak reti nak bagi salam ke?"
"Assalamualaikum Wafeen Amani binti Khairul Azhar." perli Miza dengan nada yang ceria. "Waalaikumussalam Sharifah Almiza," aku menjawab salam Miza dengan pernuh gaya ceria juga. Dia tersengih. Tudungnya dibetulkan sedikit. "eh beb, kau dah check result belum?" aku menjulingkan mata. Kenapa semua orang sibuk pasal keputusan sekarang ni? Lepas lepas ni dah tak boleh nak pergi tengok lagi ke? diorang dah nak cabutkan ke kertas tu dari notice board?
"huh? Belum. Kau?"
"belum. Jom lah pergi check!"
lengan aku ditarik tapi kaki aku masih memaku, enggan mengikut Miza yang sudah excited hendak pergi periksa resultnya. Tahu lah budak cemerlang. Top 20 pula tu.
"eh kau ni kenapa? come on lah babe."
"kejap-kejap lagi tak boleh pergi ke? Aku malas lah nak pergi berkerumun dengan semua orang nak tengok result.."
"no! no! you have to come with me. Jom pergi ceeepat!" dia buat gaya kuasa veto dia pula sambil menarik lengan aku. Kuat jugak minah ni. Aku tarik muka masam. "ye la, ye la. Aku ikut. Let go my hand please." riak muka Miza gembira semendang. Dia melepas kan tangan aku. Huh suka lah tu aku ikut.
Haaaaaa betul lah aku punya instinct! Aku memang dah agak. Memang ada punya budak budak yang berkumpul di sini. "aku dah ca.. Wey wey, Kau ni apahal?" aku melihat Miza dengan kerutan di dahi. Hairan. Tapi kerutan di dahi Miza lagi hebat. Berpeluh lagi! Tadi dia yang beria-ria sangat mengajak aku, tup-tup.. "aku sakit perut doh! Aku tak tahan. Be right back!" dia terus pergi meninggalkan aku yang tercengang seorang diri.
"tunggu aku kat sini!"
sempat lagi berpesan tu! Aku sekadar mengangguk perlahan menghantar pemergiannya yang hampir ghaib dari pandangan mata. Aku toleh semula ke papan notis. Orang dah berkurangan tapi masih ada sekumpulan pelajar lelaki dan diantaranya ada seorang lelaki memakai baju T hitam dan seluar jean berwarna biru menarik perhatian aku. Aku rasa aku kenal tapi pelik, dia sedang bergelak ketawa? Oh lagi tiga puluh kali kacak bila dia gelak. Kenapa dia tak gelak macam ni bila dengan aku? Kenapa asyik cool je? eh jap, kenapa aku rasa dia macam tengah pandang aku sekarang? wait... Dia memang tengah tengok aku lah! Aku segera mengalihkan pandangan. Minta-minta dia pergi dengan pantasnya dari situ. Haaaiiii lama pula si Miza ke tandas. Membuang ke tengah bertapa? Aku curi curi pandang kebelakang. Buku aku pekupkan kehidung, menutup sebahagian mukaku. Okay. Dia dah tak ada! Aku menarik nafas lega. Perlahan-lahan buku aku tutup. Kaki aku laju melangkah ke papan notis.
"3.7? Oh pandai juga awak ni." oh crap. aku menutup mata. Rasanya dah tahu suara siapa. kenapa lah dia masih disini. Badan aku dipusingkan menghadap dirinya. Aku mendongak memandang Jimmy yang tersengih.
"apa awak buat kat sini?"
"lap lantai." aku balas kata katanya dengan sebuah jelingan.
"saya betul betul ni."
"saya betul betul lah ni." dia ketawa kecil sambil membetulkan bingkai spec nya yang mula melorot ke bawah.
"saya serious lah." aku buat muka marah.
"saya Jimmy lah..." loyar paling terburuk sekali! Aku hanya diam mengetap bibir dan pandang ke notice board semula. Tiba tiba gatal mata pula nak tengok dia punya.
AZIM AMRI BIN BADRUL AMIN. 3.9. LULUS. wah.. Budak pandai juga Jimmy ni. Hm aku punya?
WAFEEN AMANI BINTI KHAIRUL AZHAR. 3.7. LULUS.
cukup cukup makan je. Tak apalah. Janji pass, cukuplah.
"hey.. Sorry. Saya datang sebab nak jumpa awak lah."
"kawan kawan awak tadi mana?" errr.. Soalan yang tak related pula aku tanya.
"kawan kawan saya? oh diorang di kafe. Kenapa?" aku pantas menggeleng. Tiba tiba dia melekapkan belakang telapak tangannya ke dahi aku. Aku terkejut dengan tindakannya yang aku rasa memang spontan itu.
"Jimmy... Apa a..awak buat ni?!" aku menegur Jimmy geram.
"tak panas. Thank God." dia tersenyum kecil.
"tak panas?"
"hmm yes. Awak tak demam dan tak selsema. Awak okey je hari ni. Syukurlah. Nak main hujan lagi?" dia tersengih. Aku menunduk malu. Huh... Kenapa dia baik sangat dengan aku ni?
"kenapa awak mengelak dari saya tadi?"
"mana ada saya mengelak.." dia perasan pula tadi. Errgh.
"jangan tipu lah, silly girl. I saw you. Tutup muka dengan buku semua." sah! Dia nampak aku. Aku baru nak membalas tapi niat aku terbantut apabila aku ternampak Miza yang sedang berlari ke arah aku.
"Wafeen! Sorry! Aku sakit perut sangat tadi tu yang lama tu!" dia buat senyum serba salah.
"membuang ke bertapa dalam tu? Nak tunggu pokok tumbuh atas kepala dulu baru teringatkan aku ke apa?"
"hisshh kau ni! Aku sakit perut lah! Sorry lah!" dia mencubit lengan aku dan untuk seketika dia mengalih pandangan ke arah Jimmy. Dia terkejut seketika namun sedaya upaya dikawal riaknya. "Jimmy? Wahh apa kau buat kat sini?"
"jumpa Wafeen." balas Jimmy sambil menggosok perlahan bahagian belakang tengkuknya. Miza pula sibuk menggoncang lengan aku. Aku pandang Miza dengan pandangan yang membawa maksud 'apa-yang-kau-nak?' dan 'tolong-jangan-merepek!' Miza terusan senyum senget memandang aku dan Jimmy bersilih ganti.
"err, okay lah Jimmy. Kami pergi dulu ya?" aku memegang tangan Miza dan mahu cepat cepat pergi dari sini, namun, tangan aku direntap oleh Jimmy.
"jumpa saya sebelum balik." dia terus beredar. huh? Jumpa saya sebelum balik? teruk pula si Jimmy ni. Dah macam dia pula yang mengawal aku. Aku memandang Miza di sebelah. Mulut aku seperti dikunci. Miza sedang memandang aku misteri semacam. Sengihannya juga lain macam.
"what?"
"nothing.. I guess the time is here."
"what time?"
"a time for you to fall in love," dia bersiul kecil. Aku? Hanya membisu seribu bahasa.
No... No... No.
No comments:
Post a Comment