Tuesday, 2 June 2015

Love In Rain 10

Jimmy yang kini tekun memandu ke KLCC aku perhatikan dengan perasaan yang sedikit gusar. Mau tak gusar! KLCC tu.. Tempat orang kaya kan? Ah... Mesti makanannya expensive belaka yang akan Jimmy pilih. Lihat sahajalah jenama pakaianya. Nampak simple, tapi T-shirt berkolar berwarna kelabu itu datangnya dari kedai jenama Lacoste. Aku tahu sangat sebab ada buaya di depan. Aku pun tak mampu nak beli pakaian mahal mahal. Janji aku selesa cukup lah. Suasana hening antara kami di pecahkan dengan muzik dari radio. Jimmy  punya angkara lah ni. Terkejut aku! Tapi hati aku meruntun tenang semula sebaik sahaja lagu As long as you love me dari Back street boys. Aku terikut nyanyi sekali. Aku perasan pandangan Jimmy tapi sengaja aku buat tak endah. Mulut masih setia terkumat kamit menyanyi.

"I dont care who you are,
where you from and what you did,
as long as you love me.."

Korus itu aku nyanyi sepenuh hati, jiwa dan raga. Jimmy disebelah sudah mentertawakan aku. Aku jeling dia dari tepi tapi mulut tak henti henti menyanyi.

"wah.. Bersemangat betul ya awak menyanyi. Boleh masuk Asian Got Talent ni."

"awak nyanyi la sekali!" dia menggeleng.

"tak mahu lah, saya tak suka lagu macam ni dan.. Saya lapar."

Erk! Aku terus duduk diam semula. Mengunci mulut. Tak ada mood nak menyanyi dan gusar. Apa yang Jimmy nak makan? Mahal tak? Aku bawak duit berapa je? Kalau setakat McDonald, KFC boleh lah aku belanja. Buatnya dia nak makan dekat tGif? Manhattan fish market? Oh no.. Kopak duit bulan ni.

"err..umm.. Jimmy.. Awak nak makan apa nanti kat sana?" aku bermain main dengan jari tidak memandang Jimmy.

"is that matter?"

"it is lah since saya bukan orang kaya macam awak.."

"Wafeen.. Berapa kali saya nak cakap dengan awak? Kita ni semua sama je lah. Kaya semua tu duniawi je!" tempik Jimmy.

"kalau marah pun, tak perlu lah nak menempik! Saya ni masih ada telinga tau?" aku bagi sedas balik kepada Jimmy. Dia ketawa melihat muka aku yang masam mencuka ini.

"haaa gelak lah, gelak sampai terburai perut awak tu."

"wow garang nya. Takut i!" dia buat gaya dan loghat bapuk pula. Urghhh sungguh lah tak sesuai kalau dia jadi bapuk! Sayang gila wey muka handsome tapi kejalan bapuk dipilihnya.

"hesy, Jimmy! Jangan buat macam tu lah.. Geli saya tau?" aku terikut ketawa sama.

"okay, okay. Back to the point, kenapa awak tanya saya nak makan apa?"

"ye lah erm.. Saya takut awak makan benda mahal nanti tak cukup, awak lah yang kena buat kerja part-time kat situ ya?" kata kata aku mengundang tawa Jimmy.

"funny Wafeen is funny.. Saya tak kesah lah awak nak bagi saya makan apa pun. Saya okay je."

"betul ni?"

"betul lah." seraya itu, ubun-ubun aku di gosoknya. Rambut aku yang kemas tadi jadi messy semula. Kemudian, suasana senyap semula. Kesesakan lalu lintas membuat Jimmy memanggungkan kepalanya di atas stereng. Aku pula melemparkan pandangan ke luar cermin kereta. Manik manik hujan yang mula menitis dan seterusnya lebat menggila. Aku menggosok badan. Sejuknya... Brrrr... Nak slow kan aircond, dah habis yang terakhir dah aku pusing. Nak tutup aircond nanti, tak bernafas pula kami. Nak bukak tingkap, basah lah kereta Suzuki Swift ni. Suzuki Swift? Ya Suzuki Swift. Kata Jimmy ini kereta abangnya. Abangnya tidak gunakan kereta ini kerana melanjutkan pelajaran ke Singapura.

"Wafeen.."

"ya?"

"do you remember when we both trapped in the rain?" aku ketawa kecil dan mengangguk.

"that time when I almost fall down because of that goddamn plastic?" aku menahan tawa, begitu juga Jimmy.

"exactly."

"ya, saya ingat lah. Those things happened few weeks ago."

"do you feel anything?" aku terkedu sebentar. To be honest.. I do Jimmy, I do. Banyak perasaan yang hadir waktu tu dan sekarang juga. Tapi ni soalan cepumas ke?

"do I get some bucks if I answer your question?"

"pisau cukur?" Jimmy menjongket kan sebelah keningnya. aku senyum herot. Mendalam betul maksud mu Jimmy..

"Gillette type." aku berkata dengan nada bangga. Seterusnya mata kami bertaut dan terhambur tawa kami.

"bahaya awak ni, Wafeen." dia buat muka terkejut.

"I'm a poisonous snake,"

"woah really? So awak suka kikis duit oranglah?" dia tersengih lebar.aku menggeleng.

"saya kikis duit orang yang saya suka je. Bukan kikis teruk macam pisau cukur, but sekadar suruh belanja things yang.. You know.."

"awak kikis lah duit saya je lepas ni."

"awak tak kisah?"

"kisah kalau awak suka saya." 

Terdiam.
Awkward..

"cepat lah jawab soalan saya, Wafeen."

"soalan yang mana?"

"yang saya tanya tu lah.."

"yang mana?!" aku sengaja melengahkan. Menguji Jimmy.

"nevermind." dia memuncungkan bibirnya. Ahh! Tersangatlah comel macam mamat kpop.... Aku ketawa.

"Jimmy, I do feel it. Tapi saya tak pasti apa perasaan tu. Kalau saya dah tahu nanti, saya bagitau awak."

"alright."  dia tersenyum semula.

"Wafeen.. Do you like me?"

Terpana.
Terkedu.
Ter, ter semuanya ter! You can tell it how terkejutnya aku sekarang ni. Soalan Jimmy aku biarkan sepi. Suara aku sekarang bagai tersekat di kerongkong.

"we.. We are here right? Tadi awak kata awak lapar kan...? Eh.. Jom lah pergi makan." kami berjalan beriringan. Jimmy beriak tenang semula. "Jimmy.. Sorry."

"untuk apa?"

"tak jawab soalan awak."

"nevermind, saya tunggu."

Erk... Tunggu? Tak payah lah..

"umm okay..."

Ah... Jimmy memang sukar ditebak!


No comments:

Post a Comment