Wednesday, 3 June 2015

The Nothing Something 24

aku mengulum senyuman setelah membuka kotak yang Ilman berikan tadi. Hati sedari tadi berbunga-bunga. Siapa sangka Ilman seorang yang manis begini? Tak ada kata kata cinta selalu, tapi cukup untuk aku rasa dan aku tahu dia pun menyaiyangi aku. Sehelai shawl labuh dari dUCkscarves, sekotak cokelat Ritter Sport, gambar kandid aku yang ditransform kan menjadi kepingan polaroid dan akhir sekali, yang paling menarik perhatian aku, sebuah Al-Quran kecil yang sangat cantik dan mudah dibawa kemana-mana. Aku membawa rapat Al-Quran itu rapat kedada. Senyum masih tak lekang dari bibir. Selepas meletakkan Al-Quran dan hadiah hadiah ke atas meja belajar, aku terus menunaikan solat Isya'.

Usai solat, deringan telefon mula kedengaran. Aku segera berlari ke arah katil dan menjawab panggilan tersebut tanpa melihat gerangan si pemanggil.

"Assalamualaikum!" aku memulakan perbualan dengan nada ceria.

"Waalaikumussalam, happy birthday Za." aku terkedu. Hazim?

"mana awak dapat number saya Hazim?"

"can you just forget about our past for one second?" suara nya masih kedengaran sensual di corong telinga walaupun nadanya mendatar. Aku masih terkesima dan kaku, tak menyangka yang dia akan menelefon aku.

"answer me Hazim.."

"is it so hurt that until I cant even wish you for a happy birthday? And is it so important where and how I found your phone number?"

"well it is! Its hurt Hazim! I can forgive but its hard for me to accept you back in my life.." aku mula meninggikan suara.

"i know this time would come.. Forgive me and all my wrong doings, Za. Believe me, saya masih cintakan awak. Saya lah orang yang paling bodoh sebab meninggalkan awak. Saya sayangkan awak Za. Every night im missing you.. The desire to meet you is unbelievable. Saya rindukan awak."

"apa yang awak nak sebenarnya? Boleh tak awak berhenti mengarut? Saya dah engaged."

"saya tunggu sampai awak putus dengan that guy." gila. Hazim dah gila! Takkan lah aku nak tinggalkan Ilman dan berpaling ke Hazim?

"dream on it Hazim. Cut off the crap, im not buying it." dia mengeluh.

"just wait and see, I will having you. Someday." aku menamatkan talian. Terkesan jugalah ugutan Hazim tadi di dalam hati aku. Kenapa Hazim? Kenapa sekarang? Maafkan saya Hazim. Muka aku tak boleh nak tersenyum. Kata kata Hazim memang berbekas di hati. Aku menepis segala bisikan bisikan aneh. Ah, kehidupan! Memang macam macam dugaan yang datang. Aku menghela nafas berat dan berbaring di atas tilam. Menarik comforter dan tidur. Tak ada mood nak layan mesej Whatsapp. Sorry ya.

"Ad, Ad..!"  laungan abang dari luar bilik mengejutkan aku. Aku menenyeh mata. "umm.. what?!" aku jerit semula dari dalam bilik. Suara aku serak-serak basah. Macam beyonce sungguh dah rasanya ni.

"tak solat subuh?" tanya abang sambil buat muka pelik di depan pintu.

"erkk... Dah time ke?"

"Masyallah Ad! Lagi 8 minit je nak habis subuh." aku apa lagi. Kalut gila lah! Tu la semalam nak layan perasaan sangat sampai alarm pun tak set? Haaa serve your right Adreena. Aku terkocoh-kocoh mengambil wudhu dan menepis segala kata kata bisikan yang negatif itu. Nasib baik sempat solat. Aku menghela nafas lega. Lega sebab masih berkesempatan menunaikan tugas sebagai seorang hamba Allah. Selepas menggantungkan tikar sejadah, aku terus kebawah untuk menyediakan sarapan. Jarang memang jarang. Nak kata masuk rekod dunia pun boleh juga sebab aku bukan suka masuk dapur dan memasak pun. Kesian lah kat Ilman nanti. Err.. Ilman? Agak-agak Ilman dah bangun ke belum eh..? Aku keluar kan iPhone 5s aku dan mula menyemak mesej-mesej Whatsapp. Aku tekan nama Ilman. 7 messages.

Ilman: how's the present?

Ilman: okay tak tudung tu? Awak suka?

Ilman: heelllloooo?

Ilman: dah tidur ke?

Ilman: awalnya :/

Ilman: tak apa lah pergi lah tidur. Tapi solat dulu kalau belum solat.

Ilman: Assalamualaikum, selamat malam.

Aku ketawa kecil membaca mesej- mesej Ilman. Kesian cakap seorang diri. Maaf lah yaa... Bukan tak nak reply, tapi memang dah tertidur. Aku keluar kan 3 biji telur, timun yang dipotong cube dan sosej yang dipotong cube juga. Aku goreng telur itu menjadi telur dadar. Jadi tak jadi, redha je lah! Janji the spirit of the effort tu ada. Aku nak buat kimbap! Baru menggoreng telur, aku mendail nombor Ilman. Sebelah tangan memegang telefon di telinga, sebelah lagi membalikkan telur dadar. Bibir aku gigit lembut. Takut tak jadi pula. Nasib lah terbalik baik punya..

"Assalamualaikum!" Ilman dah bangun!

"Waalaikumussalam Adreena. Awal bangun hari ni? Kenapa tak jawab Whatsapp saya semalam?"  aku ketawa halus. Dah agak mesti Ilman tanya pasal semalam.Tangan sebelah ligat menggoreng sosej.

"semalam saya tertidur.. Oh saya buat kan breakfast untuk abang dan family dia pagi ni." aku mengulum senyuman.

"wahhh dah boleh kahwin ni. Masak dah pass." usik Ilman. Aku ketawa besar. Hesyy! Pipi aku dah merona merah.

"sapa lah nak kahwin dengan perempuan suka nangis macam saya ni Ilman.." niat pada mulanya hendak bergurau tiba tiba rasa sebak pula.

"alamak dia ni.. Berapa kali dah saya rasa ada seorang mamat tu asyik propose dia tapi dia je jual mahal." kata kata Ilman, mengembangkan semula senyuman di muka aku. Tahu sangat siapa yang dimaksudkan oleh Ilman.

"kalau akhir tahun ni awak propose saya, saya akan terima. Without hesitation, Insyallah!"  tawa Ilman memang memberi semangat kepada aku.

"iye ke ni?"

"Insyallah Ilman kalau tak ada apa apa halangan."

"Adreena tinggal 3 bulan je lagi kan nak habis study?"

"hmm ya. Awak tu dah habis. Untung lah.. Lepas ni nak bekerja kat mana?" aku duduk di kerusi meja makan.  Menggulung kimbap.

"saya fikir nak rehat dulu 3 bulan ni. Lepas awak habis, kita kahwin then i'll continue abah's business."  aku mengangguk kecil. Begitu rupanya. Ah... Tak kisah lah kalau dia sambung perniagaan ayah dia pun. Tak ada benda nak dihairan kan pun.

"oh... Emm Ilman saya nak tanya sesuatu."

"tanya lah.."

"kalau kita kahwin, boleh tak saya sambung phd? Awak benarkan saya tak?" Ilman diam sejenak.

"depends.."

"depends?" aku soal semula. Apa yang dimaksud kan dengan depends?

"ye lah depends la. Saya akan bagi awak continue your studies tapi when you're pregnant, saya nak awak stop or mintak cuti. Saya tak mahu awak banyak kerja. Anything dangerous could possibly happen kan?"

"ya..."

"lepas pregnant awak continue la balik study and our baby hantar kat mama or umi saya dulu kalau awak busy. Saya tak mahu hantar nursery lagi. Does that sounds okay?" oh jauhnya pemikiran Ilman... Anak? Our baby? Aku tersenyum sekali lagi. Cadangan Ilman memang bernas. Tak ada sebab untuk aku bantah. Malahan, aku berasa terharu dengan sikap Ilman.

"very much okay.. Apa pun keputusan awak, saya setuju." Ilman ketawa halus. Tak jelas namun dapat aku dengar juga.

"dah boleh jadi isteri mithali ni. Hahaha.. Eh awak masak apa for breakfast?"

"saya buat kimbap."

"kimbap?"

"ya its like sushi but this one is from Korea.."

"oh.."

"awak nak tak Ilman?"

"kalau tak menyusahkan awak, then why not?" aku tersenyum lebar.

"okay saya nak buat ni. Nanti saya hantar ke rumah awak."

"eh tak payah, biar saya ambik benda tu and hantar awak pergi kampus sekali."

"okay whatever..." dia ketawa kecil.

"okay lah saya nak mandi ni. Dah bau satu badan leka berborak dengan awak." aku menjeling telefon seolah olah sedang menjeling Ilman.

"saya pulak dipersalah kan.. Ye lah dah lah bye, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku menyambung semula tugas yang tergendala tadi. Akan kupastikan kimbap yang aku buat ini sedap kerana ada satu perisa yang tak semua orang letak dalam masakan. Perisa kasih sayang. Aku tergelak sendiri. Teruk betul kau ni Adreena!

"Aunty!"

No comments:

Post a Comment