Thursday, 4 June 2015

Love In Rain 12

ini percubaan kali keempat aku telefon mak. Kalau mak tak angkat juga, aku pecut ke Melaka sekarang juga. Tak kira!

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam Wafeen, ha kenapa telefon mak ni? Sorry lah tadi mak masak. Telefon mak letak di ruang tamu." lega dapat dengar suara mak dari corong talian. Ingat ke mana tadi.. Hayyoo!

"Wafeen tak boleh call mak ke? Mak ni lain kali bawa je masuk telefon dalam baju kurung tu.. Takde lah Wafeen risau lagi!" aku buat suara sedih. Mak ketawa pula dihujung sana. Heyy mak, orang di sini sudah menebal rasa rindunya kepada orang di sana.

"ye lah, ye lah. Lain kali mak ikat tali telefon kat leher ya?" kami ketawa. Terubat sikit rasa rindu aku kepada mak.

"Eh sapa kata Wafeen tak boleh telefon mak? Boleh sayang, apa pula tak boleh. Mak gurau je lah. Bila cuti sem? Tak nak kemari ke?" tokok mak lagi. mak ni macam tahu tahu aje naluri aku.

"harini cuti sem start dah mak.. Orang terfikir juga nak balik kampung. Rindu dengan mak, along dan adik chik."

"mak, along dan adik chik pun rindu Wafeen. So cepat-cepat lah balik ya. Bila nak baliknya Wafeen?"  aku mengetuk pucuk hidung dengan jari telunjuk.

"hari ni lah mak orang balik. Tapi dengan seseorang.."

"hah? Seseorang?! Siapa Wafeen?! Kamu jangan cakap kamu dah kahwin.. Ya Allah Wafeen!!!" cemas benar suara mak dihujung talian. Macam parah sungguh pun ada. Hailaaa mak oh, mak. Aku ketawa besar. Boleh pula mak cakap macam tu.

"Mak! Sampai hati tuduh Wafeen macam tu yaa? Wafeen masih single lah mak! Kot ye pun nak menuduh bagi lah Wafeen habis cakap dulu.." mak pun terikut gelak sekali. Barangkali malu kerana tersalah sangka terhadap anak sendiri.

"hesy kamu ni Wafeen.. Buat mak risau je! Habis tu balik dengan siapa?" suara mak mula mengendur. Lenguh berdiri, aku duduk di atas sofa.

"balik dengan Miza.. Mak tak kesah, kan mak?"

"laa kenapa mak nak kesah pula? Macam tak biasa aje si Miza tu ikut kamu balik kan? Mak rasa nak jodoh kan aje lah si along tu dengan Miza. Miza tu single lagi kan?"

Erk...? Sempat pula mak ni nak jadi match-maker untuk mereka berdua!

"mak.. Urusan jodoh-jodoh ni kan urusan tuhan? Lagipun.. Wafeen rasa Miza dah ada pilihan hati dia sendiri la." terdengar pula suara mak mengeluh. Haii kecewa sangat ke mak?

"hmm betul juga kan.. Berkempunan lah mak nak bermenantukan si Miza tu." aku ketawa kecil. Lawak juga mak aku ni. Kalau mak tahu perangai sebenar mesti mak lari tak cukup tanah punya lah. Berani potong jari.... Ayam.

"ye la mak, Wafeen nak gerak melaka dah ni.. Doakan Wafeen selamat sampai ya?"

"hmm ya lah Wafeen.. Drive elok elok okey? Kalau penat, berhenti kat mana-mana dulu."

"okey mak, Assalamualaikum!"

"yelah.. Waalaikumussalam." aku tersenyum mematikan talian. Lega dapat bercakap dengan mak tercinta. Ah... Tiba tiba rasa rindu terhadap arwah ayah menggigit jiwa. Haih..

"woi! Duk termenung apa?" tegur Miza yang sedang menuruni anak tangga. Sudah siap bertudung litup. Baju blaus ungu cair di padankan dengan skirt kembang putih. Cun gila kawan aku seorang ni. Aku tersengih memandang Miza. Kadang kadang terfikir juga.. Bila lah aku nak bertudung? Amalan semua aku dah tunaikan cuma tengah berusaha untuk memakai tudung dan menutup aurat secara sempurna. Aku tahu masa tu akan datang.

"kita nak balik melaka je! Bukan nak singgah kenduri sesiapa tau." buat lawak, aku yang tergelak sendiri. Miza hanya menjeling aku.

"eh kau ni dah siap belum Waf?" Miza pandang aku atas bawah. Macam polis kastam pun ada.

"dah lah.."

"macam ni?"

"haa la. Nak balik kampung je, tak kisah." aku tersengih lebar. Okey apa. Sweater berwarna hijau lumut dan seluar jean.

"okey.. Whatever.. Jom lah gerak." setelah memasukkan beg segala beg, kami terus bergerak menyusuri jalan raya. Semoga selamat sampai hendaknya. Amin!

Baru setengah jam memandu aku dah rasa lenguh. Kami berhenti sebentar di hentian rehat. Miza pula mengambil alih untuk memandu. Oleh disebabkan Miza memandu, aku kenalah banyak bercakap, melayan Miza supaya tidak mengantuk. Kalau terbabas kereta dalam gaung kan susah tu!

"Weh Miza.." aku berhenti seketika menyedut air tin menggunakan straw. Miza yang sedang menguyah kacang hanya menganggukkan kepala.

"apa?"

"kau dah ada boyfriend ke?" Miza tersedak! Habis kacang-kacang disembur oleh Miza. Tak beradab sungguh lah anak dara seorang ni...

"hoi! Apa pasal kau tanya soalan sensitif macam tu?"

"hesy.. Jawab je la."

"mmhmm.. Aku pun tak pasti. Kenapa kau tanya?" aku melemparkan pandangan keluar cermin kereta.

"kalau tak ada, mak aku nak jodohkan kau dengan along aku."

Untuk kali kedua, Miza tersedak sekali lagi! Kali ini aku menepuk-nepuk belakang Miza. Hesy sorang ni! Menyembur aje kerjanya!

"along? Along kau yang handsome tapi hati kering tu? Tak mahu lah aku... Mintak simpang!" Miza buat gaya geli geleman pula padahal dulu punya syok kat along aku. Cuma along aje yang tak perasan Miza suka kat dia. Along memang macam itu perangainya.

"takpe.. Aku sebagai adik faham apa yang kau rasa Miza.." kami sama sama ketawa. Faham.

"eh aku rasa kita nak sampai dah ni. Lagi lima belas minit, sampai lah Merlimau."  kata aku. Miza mengangguk faham.

"aku nervous la beb nak jumpa mak kau." kata Miza. Aku sudah ketawa.

"boleh tak kau buat biasa je macam kau selalu buat?"

"kau ni sama je macam along. Hati kering!"

Aku ketawa, ketawa dan ketawa lagi. 

Tiba sahaja di perkarangan rumah teres setingkat milik mak, aku terus mengucapkan rasa syukur. Selamat juga sampai akhirnya. Miza meneguk air mineral yang masih berbaki sedikit dengan rakus. Dahaga mungkin. Kelibat mak mula kelihatan apabila kami menutup pintu kereta.

"Assalamualaikum mak,"

"Waalaikumussalam.. Sampai pun!"

tubuh yang sederhana tinggi itu aku peluk erat. Melepaskan segala rindu yang membuak-buak. Tak cukup dengan itu, kedua-dua belah pipinya aku kucup penuh sayang. Miza dari tadi asyik tersenyum sumbing.

Kini, giliran Miza pula menyalam mak. Mereka kelihatan mesra. Dari pintu, kelihatan pula seorang lelaki bertubuh tinggi lampai dan segak sedang memberikan sebuah senyuman kepada aku. Aku balas senyumannya dengan sebuah senyuman juga. Aku membuka langkah ke muka pintu, tempat lelaki itu berdiri.

"rindu along!" aku terus memeluk erat lelaki tersebut. Dia ketawa kecil sebelum membalas semula pelukan aku.

"isy apa ni, Waf? Nanti kena tangkap khalwat macam mana?" gurau along atau nama sebenarnya, Nazrul Aiman.

Aku merenggangkan pelukan dan menumbuk perlahan bahu along. "along ni teruk lah." aku muncungkan bibir. Lelaki itu hanya ketawa sambil menarik perlahan rambut gaya ekor kuda aku. Perilaku along mengingatkan aku kepada seseorang. Aku merengus geram pula tiba-tiba. Sakit hati bila fikirkan Jimmy.

"sakit lah!" dia tersengih pula sebelum mendekatkan wajahnya kepada aku.

"kenapa Miza ikut sekali?" bisik along ditelinga aku. Aku tersengih macam kerang busuk pula kali ini. Petandakah?

"kenapa? Dia makin cantik ke dimata along? Along dah tersuka dia ke?" seronok aku dapat mengusik along sehingga telinganya sedikit merah. Lelaki itu pura-pura buat muka serius depan aku. Cehh.. Tak jalan lah along!

"jangan nak merepek eh! Along tanya je kenapa dia ikut sekali. Bukan ada atas sebab lain pun along tanya. Hisy.." along menunjal kepala aku dan terus masuk kerumah meninggalkan aku keseorangan. Aku menjeling pintu. "Eleh.. Kalau suka tu cakap je lah. Tunjal-tunjal kepala orang pulak. Bukan nak tolong angkat beg ke apa.." aku mengomel sendirian. Mak dan Miza masih lagi di pondok halaman rumah. Berborak aje sedari tadi.

"Miza, jom bawa beg masuk." Miza mengangguk sambil meminta diri daripada mak. Mak anggukkan kepala dan berlalu kedalam rumah.

"apa yang kau borakkan dengan mak aku?"  sempat lagi aku menyoal Miza yang sedang mengeluarkan beg nya dari but kereta. 

Miza memandang aku sekilas sebelum menjawab, "macam-macam." aku hanya berdiam diri sambil mengeluarkan beg dan barang keperluan. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Apa yang diboraknya? Tak ambil pusing, aku terus masuk kedalam rumah bersama Miza. Usai meletakkan beg di dalam bilik, aku berlalu ke ruang tamu. Manakala si Miza, berehat di dalam bilik.

Aku menghenyakkan punggung disebelah along yang sedang duduk disofa sambil membaca senaskah majalah. Aku jeling sedikit tajuk majalah yang dipegangnya. Evolusi? Majalah kereta? Ewww... Bosannya.

"graduate sudah, jadi engineer pun sudah. Kahwin aje belum. Along taknak kahwin ke?" serta merta majalah itu ditutup. Mungkin pelik dengan soalan sensitif yang aku ajukan kepadanya.

"kenapa kalau along taknak kahwin pun?" dia tanya aku balik dengan nada yang tenang. Matanya tepat memandang anak mata aku. Air liur terasa payah pula untuk ditelan masa masa macam ni. Fikiran aku dah lain dah fikirnya!

"along.. Err... Gay?"  terjegil mata lelaki itu memandang aku.

"sampai hati Waf tuduh along gay. Along sikit punya handsome dan straight ni, Waf kata along gay?" aku meledakkan tawa besar apabila wajah tampan lelaki sudah mula bertukar cemberut.

"Waf gurau je la.. Tapi serius ni, Along tak nak kahwin ke?"

"along tunggu Waf kahwin dulu lah. Bye... Along nak lepak dengan kawan along." sebaik sahaja mencapai kunci motor, dia terus tinggalkan aku sendirian buat kali kedua.Deruman bunyi enjin motor semakin hilang dari pendengaran. Huih.. Cepat betul lesap. Aku menapak pula ke dapur. Mak sedang sibuk memotong bawang. Berair-air matanya menahan pedih.

"mak! Bagilah Wafeen buat. Tak sanggup Wafeen tengok mak menangis lagi." perempuan berumur awal 50-an itu berhenti memotong dan ketawa. Pisau sudah pun bertukar tangan. Aku mula menjalankan tugas memotong bawang. Baru potong sikit, mata sudar mula berair. Aku menyeka air mata yang turun tanpa rasa sedih itu dengan hujung lengan baju. Aku teringat kan sesuatu.

"mak! Dari tadi Waf tak nampak Aqil kat rumah ni. Mana dia mak?"  wanita tua itu ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"macam kamu tak kenal Nazrin Aqil tu? Awal-awal pagi lagi dah lesap kesekolah. Kelas tambahan untuk SPM. Kelasnya mula pukul 2, keluar rumah pukul 11." 

aku ketawa sekali. Oh adik chik! Bagusnya perangai... Apahal lah semula anak lelaki mak jenis tak lekat di rumah ya?! Haaaaihh..

No comments:

Post a Comment