Thursday, 4 June 2015

Love In Rain 11

aku menyiapkan thesis yang masih berbaki sedikit. Sesekali cawan kaca lutsinar yang diisi air kopi ais itu aku hirup. Dah janji dengan Encik Taufiq kan nak siap kan thesis sebelum cuti sem.. Jadi inilah bala nya. Mata memang seksa benar menahan kantuk, tapi apakan daya.. Mujur lah dua minah ni masih setiasa meneman aku di ruang tamu.

"Miza.."

Jannah menepuk peha Miza yang leka menonton drama korea bertajuk School 2015. Hero cerita ni pun boleh tahan. Aku sampai terteleng kepala nak tengok tv dalam masa yang sama menaip kerja di laptop.

"apa?" jawab Miza acuh tak acuh.

"weh!!" tempelak Jannah.

"apa?!! Aku dengar lah.." Miza membalas semula. Marah barangkali tumpuannya diganggu. Jannah ketawa mengekek, aku pula hanya menggeleng melihat telatah mereka berdua ni.

"marah ke?" canda Jannah.

"marah lah!" Miza menjegilkan matanya. Alahai... Kawaii je.. Tak seram pun. Jannah ketawa sengal.

"jangan lah marah.. Aku cuma nak tanya. Next week kan cuti sem.. Kau balik mana?" Jannah sudah membaringkan kepalanya keatas peha Miza. Miza meletakkan jari telunjuk nya di atas pucuk hidung. Gaya seperti memikirkan sesuatu.

"aku.. Tak tahu lah. Aku rasa nak ikut Waf je lah. Waf kau ok kalau aku ikut kau?"

Dua pasang mata tertancap kepada aku. Aku yang baru lepas menggeliat kerana badan terasa sungguh lenguh jadi terkejut apabila nama aku disebut.

"apa?"

Miza buat muka toya.

"laaa.. Kau ni Waf, berangan ke? Aku cakap, aku nak ikut kau. Selalu cuti sem kau balik kampung kan? Aku nak ikut boleh?"

"ohh.. Boleh sangat. Jom lah. Kalau kau memang tak ada aktiviti lain.. Apa salah nya kan? Boleh, boleh." aku mengangguk. Kegembiraan terpalit di muka Miza, dapat aku kesan.

"Jannah, kau tak nak ikut?"

"i would love to.."

"but?"

"aku kena ikut parents aku pergi Australia. Family gathering sebab abang aku belajar kat sana."

aku dan Miza mengangguk faham. "tak apa lah.. Lain kali boleh pergi lagi kampung aku."

"uhmm.. ye la. Eh, kau buat apa tu Waf dari tadi duk hadap lappy je, dah nak cuti kan?" tanya Jannah dengan penuh minat. Kepalanya dipanggungkan di sisi sofa memandang aku dibawah.  Aku hela nafas.

"aku duk siapkan thesis ni haaa. Sikit je lagi.."

"ish..ish..ish.. Ni kes procrastination lah ni ya?" aku jeling Jannah dan dia ketawa halus. Sopan gitu.

"dah, dah. Tak payah jeling-jeling aku. Tak cantik pun! Hey.. Kau pergi dinner dengan Jimmy minggu lepas kan? Waaah.. tak cerita kat we all pun apa yang jadi!" aku merengus geram. Angin satu badan bila nama Jimmy disebut. Huh! Nyampah aku.. Pasal benda remeh pun boleh buat gaduh.

"tak payah dan tak perlu lah cakap pasal dia tu. Buat sakit jiwa je.."

aku menahan amarah yang menghimpit jiwa. Kalau dulu suka, sekarang seratus kali tak suka. Tak semena-mena, mereka berdua menghambur kan tawa.

"best gelak? Haa.. gelak lah, gelak sampai pengsan." aku menjuihkan bibir.

"alololo.. lovebirds kita ni gaduh yaaa? Biasa lah tu dalam hubungan memang ada manis pahitnya. So kau bersabar aje lah." nasihat Miza.

"apa yang manis dan pahitnya? Tak nampak pun. Kami tak makan cotton candy dan bitter-gourd pun." Jannah menunjal kepala aku. Miza pula menekup mulut dengan pantas menahan tawa. Seronok agaknya tengok kepala aku terteleng, ditunjal oleh Jannah. 

"jangan nak loyar buruk sangat boleh tak? Maksud Miza, the Doctor Love.. Dalam setiap hubungan mesti ada kenangan manis dan akan tercetus juga pergaduhan. Dan dari pergaduhan itu juga lah dapat merapatkan semula hubungan tau!" beria-ria Jannah menjelaskannya. Detail lagi kau! Miza mengangguk menyokong kata-kata Jannah. Aku ternganga sekejap. Cuba mencerna.

"tapi relevan ke kalau gaduh pasal waiter?" soal aku kepada mereka. Aku mengetuk-ngetuk pen di dahi. mereka dah tercengang. Laaa.. Tadi macam pakar sangat. Sekarang diam seribu bahasa pula?

"what do you mean by gaduh sebab waiter? Cuba cerita elok-elok.."

"last week.. Aku pergi dinner dengan Jimmy kan?" Miza yang berada di atas sofa tadi mula duduk bersila di hadapan aku, berminat mendengar cerita.

"ha.. Ye.. Pastu?"

"Jimmy saya nak pergi Boost Juice." Jimmy angguk kepala dan membuntuti aku.

"ya miss, what do you like to have?" tegur seorang pemuda yang bekerja di Boost Juice itu dengan senyuman tak lekang dari bibir. Aku membalas senyuman pemuda itu. Muka boleh tahan kacak juga.

"berries crushes, satu. Oh ya.. Medium size." dia mengangguk mengambil pesanan. Aku toleh kebelakang melihat Jimmy. Dia masih setia menunggu aku di belakang tapi matanya macam tak acuh sahaja memandang aku. Aku panggil Jimmy untuk berdiri disebelah aku dan dia hanya menurut.

"here miss your beverage. Please come again!" dia menghulur kan cawan itu kepada aku tapi tidak aku sambut. Betul ke tak dia ni? pemuda itu masih lagi dengan mood cerianya.

"err.. Thanks but tadi saya minta medium, bukan large cup."

"saya tahu. Large cup, saya belanja."

"thanks."

dia menghulur cawan tersebut sekali lagi tetapi bila aku hendak menyambutnya dia sempat lagi menyentuh tangan aku. Aku tersentak. Senyuman aku mati.. Hey ni dah lebih!

"apahal kau sentuh dia tadi?" tanya Jimmy. Suaranya perlahan tapi kasarnya ada juga. Aku dah macam cacing kepanasan. Janganlah mereka bergaduh!

"err maaf encik, saya ingat dia adik encik.. Girlfriend ke?" Jimmy tersenyum sinis. Kaca mata dibetul kan. Sangat menggerunkan..

"kalau dia bukan girlfriend aku pun, kau tak ada hak untuk touching dengan dia atau sesiapa perempuan. You know its an inappropriate things kan?" 

"err.. Sorry.."

Jimmy terus meninggalkan aku. Aku laju mengikut langkah Jimmy. Dia masih tidak mengendahkan aku. Sampai di tempat parking, aku tak menunggu lama. Aku terus tarik lengan Jimmy dan menahannya dari terus berjalan.

"what's wrong with you?"

"what's wrong with me?" dia soal aku semula dengan riak muka 'seriously?'

"yes, you! What is wrong with you?"

"you can't see it? The way he touched you, the way he look at you and the way he talks to you?"

Huh? Apa yang cuba disampaikan oleh Jimmy ni? Aku kurang faham.

"maybe dia cuma terpegang saya. Tak ada maksud lain, Jimmy. Come on.. cool down please." Jimmy menguak rambut kebelakang. Kaca matanya di tanggalkan seketika.

"and now you're backing up him? Wow.. Awak ni dah buta. Dah dibutakan dengan kebaikan dia, orang yang awak baru kenal."  giliran aku pula yang tersenyum sinis.

"apa kurangnya awak? Awak pun orang yang saya baru kenal juga." aku sudah terlanjur kata. Aku kematian kata. Rasa bersalah mula menerpa. Tapi segera aku kawal riak muka aku, supaya nampak tak bersalah.

"you're so cheap! Dia pegang awak dan awak sebelah kan dia juga? Saya tak sangka awak orang yang macam ni." suaranya mula meninggi. Marah aku pula yang meluap-luap sekarang ni. Suhu badan mungkin dah naik satu atau dua oktaf. Dia panggil aku murah?

"habis tu awak sentuh saya boleh pula?!" aku menempelak tiba-tiba.

"jangan samakan saya dengan lelaki tadi. saya ada reason saya sendiri!"

"what is that reason?" aku tersenyum sinis. Dia mengeluh dan menunduk.

Sepi.

Bosan menunggu jawapan Jimmy aku terus keluar dari KLCC dan menahan teksi untuk pulang ke rumah. Bengang dengan sikap Jimmy. Terasa sebal juga dengan diri sendiri. Salah siapa sebenarnya?!

"haa.. Macam tu lah cerita dia." aku berkata sebak. Hai laaa... Sedih pula tak memasal. Aku tahu Miza sedang menahan tawa. Jannah pula sedang sedaya upaya mengemam senyuman.

"korang ni apasal..? Faham tak cerita aku tadi?" mereka angguk kepala serentak.

"kau memang dah buta lah Waf.." keluh Jannah.

"apa pasal pula? Kan elok aku tengah nampak kau orang kat depan ni?" seraya itu, peha aku dicubit oleh Miza.

"cuba serius sikit lain kali!"

"laaa.. Betullah.. Aku tak buta lah. Aku tak faham lah korang ni asyik berkias aje. Straightfoward lah senang." aku mencebik.

"Jimmy tu suka kau. Dia tu jealous lah tengok kau kena pegang." kata-kata Jannah membuat aku terpana untuk satu perpuluhan dua saat.

"suka aku?"

"ye lah! Kau tak nampak ke dia punya back up kau tapi kau tak habis habis nak back up waiter Boost Juices gatal tu.." tambah Miza pula. Rasa macam ada bunga api pula dalam jantung aku ni. Semuanya seperti meletup-letup.

"dia ada contact kau tak lepastu?" tanya Jannah. aku menggeleng laju sambil buat muka sedih.

"haaaa.. You better do something."

"do what?"

Mereka jongket bahu tanda tak mengerti.

"hanya kau je tahu apa patut kau buat. Dah lah jom naik dah malam ni." kata Miza.  Aku menggeleng.

"korang naik lah tidur dulu. Aku nak siapkan thesis ni ha.. Sikit je lagi."

"hm ye lah. Naik cepat sikit tau. Tv ni nak terus stay on ke apa?"

"eh harus lah stay on. Ingat aku berani ke sorang sorang dalam keadaan senyap sepi?" mereka ketawa melihat wajah aku yang sudah separuh pucat ini.

"isy.. ye lah cik Waf."

Tinggal lah aku seorang diri di bawah ini. Aku terdiam seribu bahasa dan menyambung tugasan aku yang tergendala tadi semula. Malas nak fikir pasal benda lain dah.

No comments:

Post a Comment