Saturday, 30 May 2015

Love In Rain 9

"Assalamualaikum, Waf kau kat mana ni?" soal Miza di hujung talian. Petang baru nak cari aku.. Apa punya kawan lah. Nasib lah sayang.

"Waalaikumussalam. aku kat kampus lagi,"

"tak balik lagi?!" suara Miza meninggi. Risau agaknya. aku melihat jam di tangan. Jam menginjak ke pukul 6:30 petang. Gigit bibir, fikirkan alasan!

"err aku pergi dinner.."

"hah?! Kau pergi dinner? Dengan siapa? Alaaa.. Aku baru nak buat mac and cheese malam ni. Tak apalah Waf, aku makan dengan Jannah dulu kali ni.." tawa Miza jelas kedengaran di corong talian. Aku mencebik. "alah.... Rugi la aku pergi dinner hari ni!" aku menghentak kaki tanda menyesal + rugi sebab berjanji dengan Jimmy nak bawa dia pergi makan. Tanda maaf ya Wafeen? Sekali lagi Miza menghamburkan ilai tawanya.

"its okay my friend.. Kita masih ada esok. Ermmm... Kau dine dengan siapa?"

"dengan err..-"

"Wafeen! Jom pergi makan cepat saya lapaaaaar ni! Oh sorry awak tengah cakap dalam telefon ke, cakap dengan siapa tu?" aku mengarahkan Jimmy untuk senyap dengan meletakkan jari dibibir. Oh mampus dan kantoi lah kalau Miza dengar!

"wah!!! Keluar date dengan Jimmy ya? Untung kau Wafeen! Pergi lah dinner aku tak mahu kacau, pasal mac and cheese tu.. Esok kita buat?"

"ha? ye lah.. Bye Miza, Assalamualaikum!" aku menamatkan talian seraya memandang Jimmy yang berpeluk tubuh di bawah pokok itu. Pandangan matanya menikam tepat anak mata aku. Relaks tapi masih sejuk.

"awak ni memang suka datang macam magic ke? Tiba tiba je boleh ada kat belakang saya." aku menjongket kan kening gaya ala-ala polis penyiasat CSI gitu.

"as you said, magic." dia tersengih.

"not funny, Jimmy."

aku berjalan terus meninggalkan Jimmy. Dia jalan menyaingi aku.

"then make it funny,"

"how?"

"believe or not, I will always be there whenever you're thinking about me. On time." dia senyum herot.

Aku terkedu. Ada benar nya juga kata Jimmy. Tapi mengarut! Bukan dia ada kuasa nak tilik fikiran dan hati aku.

"Mr. Azim, we call that as coincidence.."

"and faith." dia menyambung pula.

Aku memandang Jimmy dari tepi. Dia masih memandang jalan. Aku terkesan dengan kata kata Jimmy. Faith? Takdir? Atau kebetulan sahaja? Hesy... Sudah tentu lah secara kebetulan. Takdir? Ridiculous! Tiba tiba dia pandang aku. Caught red handed, Wafeen is staring at him! Jimmy mengemam senyuman dan pandang ke depan semula.

"kenapa? Tak percaya?" soalnya dengan suara yang tenang. Suara yang mendebarkan hati aku.

"apa yang tak percayanya? Eh kita nak pergi mana ni? Kenapa kita jalan?" aku menukar topik selaju jet zero fighter. Tak mahu lebih mendalamkan topik takdir yang aku rasa awkward ni. Jimmy bagaikan baru tersedar, melepaskan tawa kecil dan menarik lembut pony tail aku. "sebab awak lah ni kita jalan sampai sini. Dah lah, saya park kereta saya kat depan tu, jom naik kereta saya."  aku memuncungkan bibir.

"kenapa awak suka tarik rambut saya Jimmy?"

"suka-suka" aku ternganga. Suka suka? Suka hati mak nenek dia je!

"meh saya cubit awak." aku mencubit bahu kanannya perlahan. Jimmy mengaduh.

"kenapa awak cubit saya?!" tempik Jimmy dalam tawa. Lucu sangat agaknya kena cubit.

"suka-suka." aku balas balik sambil buat muka eksyen gaya beyonce.

"sweet revenge of Wafeen Amani. As sweet as waffle's syrup. Saya suka."  dia mengenyit mata. Aku pula terus mengalihkan pandangan mata ke tempat lain. Jantung aku laju mengepam, selaju menaiki roller coster.

"Jimmy lambat lagi ke nak jumpa kereta awak? Saya penat ni berjalan. Kenapa awak park kereta awak jauh sangat?" aku mengeluh. Jimmy ketawa sambil mengirai rambut aku perlahan. "habis lah rambut saya Jimmy!" aku berhenti berjalan. Dia pun sama. Dia memandang mata aku dengan satu pandang yang aku kurang mengerti...

"you can't stop me from doing that, silly girl." seraya itu, dia mencubit hidung aku dan terus berjalan ke arah kereta nya. "Jimmy.. Awak teruk." dia ketawa lagi, lagi dan lagi. Aku tak faham Jimmy. Dia macam ada dua personaliti. Jimmy yang tenang dan Jimmy yang suka ketawa. "hey, apa yang awak berangan tu Wafeen? Cepat lah, saya lapar ni!" aku menjeling Jimmy yang sudah jauh kehadapan dan berjalan ke arahnya. Apabila aku menyaingi Jimmy, dia rapatkan wajahnya kemuka aku dan,

"kalau awak rasa rugi sebab keluar dengan saya, saya sebaliknya."

dia membuka pintu kereta dan berdesup kedalamnya meninggalkan aku keseorangan di luar mengeras dengan muka yang membahang kerana malu.

Jimmy dengar?

Urghhh!

2 comments:

  1. Dah cuti sekolah so please update banyak lagi ya cik pinie

    ReplyDelete
  2. Awaaaa! Lamanya nak update 🙍🙍

    ReplyDelete